TO ALL MY BLOG READERS

TERIMA KASIH - شكرا لك - THANK YOU - ありがとうございました - 谢谢您 - Teşekkürler - Mulţumesc - Obrigado

Ahad, 6 Februari 2011

Laluan dari utara, selatan, Lebuhraya PLUS sesak

06/02/2011 7:21pm

KUALA LUMPUR 6 Feb. - Keadaan lalu lintas di Lebuhraya Utara-Selatan(PLUS) daripada arah Utara menghala Selatan dan arah Selatan ke Kuala Lumpur hari ini mengalami kesesakan teruk berikutan ribuan warga kota mula kembali ke ibu kota selepas cuti panjang Tahun Baru Cina.

Jurucakap Plusline, Juhaimy Harun berkata, keadaan trafik adalah perlahan di kawasan Plaza Tol Sungai Dua dan Plaza Tol Juru di Pulau Pinang, Plaza Tol Simpang Pulai hingga Plaza Tol Slim River di Perak.

Kenderaan dari arah Ipoh berhampiran Plaza Tol Ipoh Selatan
sekitar jam 4.00 petang tadi.

Laluan tengah ke Kuala Lumpur - tanpa perlu mengambil tiket.

Masih ada yang ambil kesempatan menggunakan laluan kecemasan.

"Manakala bagi aliran Selatan ke Kuala Lumpur, laluan yang dikesan mengalami kesesakan adalah di kawasan Plaza Tol Pedas Linggi hingga ke kawasan rehat dan rawat Seremban dan laluan Nilai ke Seremban,” katanya di sini.

Kenderaan berhampiran Plaza Tol Ipoh Selatan
Waktu petang tadi sekitar 4.00 petang.

Plaza Tol Ipoh Selatan petang tadi.


Turut mengalami kesesakan ialah laluan dari Plaza Tol Machap, Melaka ke Plaza Tol Sedenak yang menghala ke Johor Baharu, katanya.

Beliau berkata kesesakan yang berlaku sejak pukul 10 pagi itu adalah disebabkan pengguna jalan raya keluar serentak dan keadaan tersebut dijangka berterusan sehingga malam ini. – Bernama

Source: Utusan Malaysia Online

Tiada ulasan:

CLICK NOW

ANDA TETAMU BLOG SAYA

Tajuk Kegemaran