PUTRAJAYA 15 Feb. - Wee Soo Yen, 16, pelajar Cina tunggal yang mendapat A bagi subjek Bahasa Arab Komunikasi dalam Penilaian Menegah Rendah (PMR) lalu dan mendapat liputan muka depan Utusan Malaysia menerima satu kejutan hari ini di atas kecemerlangan tersebut.
Dia dipilih sebagai salah seorang daripada tujuh penerima anugerah Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan tahun ini.
Mengakui dirinya masih terkejut, pelajar tingkatan empat Sekolah Menengah Kebangsaan Bachok, Kelantan itu memberitahu, beliau mengambil masa selama tiga tahun untuk mempelajari bahasa itu sebelum meraih gred A subjek itu dalam kesemua lapan matapelajaran Penilaian Menengah Rendah (PMR) tahun lepas.
Mengimbas cabaran yang dihadapinya pada peringkat awal, Soo Yen yang mengenakan tudung litup berwarna jingga ketika ditemui di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin di sini berkata, keluarga membantah pada mulanya kerana tidak percaya kemampuannya mendalami bahasa tersebut.
Namun, berkat kesungguhan dan keazaman yang tinggi membuatkan ibu bapanya mengalah sebaliknya memberi semangat kepadanya mempelajari bahasa itu bermula tingkatan satu.
"Ibu tidak setuju kerana dia takut saya tidak boleh buat tetapi saya janji kepadanya bahawa saya akan lulus dalam peperiksaan kertas bahasa Arab.
"Jadi, ibu benarkan. Sebenarnya saya mahukan cabaran pada diri saya dan tidak sangka dapat anugerah ini, terima kasih kepada semua yang mengiktiraf diri ini," kata Soo Yen yang fasih berbahasa Melayu itu.
Pelajar itu menerima anugerah daripada Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin sempena sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan di sini.
Beliau menerima wang tunai RM20,000, sebuah plak, sijil penghargaan serta Kitab Terjemahan Fi Zilal Al-Quran (17 Jilid) bernilai RM3,000.
Soo Yen memberitahu, walaupun mengalami kesukaran untuk mempraktikkan bahasa Arab dalam kehidupan seharian, dorongan kuat ahli keluarga serta guru di sekolah membolehkannya berjaya menguasai bahasa itu.
"Ahli keluarga dan adik beradik merupakan sumber inspirasi saya termasuk cikgu-cikgu yang bagi dorongan untuk berjaya.
"Saya memang tidak boleh komunikasi bahasa ini di rumah, jadi saya gunakan sepenuhya peluang di sekolah untuk bincang dengan kawan dan guru," katanya yang mengenakan baju kurung bercorak bunga.
Source: Utusan Malaysia Online.
TO ALL MY BLOG READERS
TERIMA KASIH - شكرا لك - THANK YOU - ありがとうございました - 谢谢您 - Teşekkürler - Mulţumesc - Obrigado
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
CLICK NOW
Tajuk Kegemaran
-
إدريس تالو Idris Talu Universiti Terbuka Malaysia telah banyak memberikan peluang kepada mereka yang telah bekerja tetapi ingin terus...
-
By Idris Ismail Talu Arrowhead atau ngaku, atau kentang Cina merupakan sejenis “ubi” yang lembut yang kononnnya ditanam di dalam sawah berai...
-
Source: Mingguan Malaysia Selak-selak surat khabar lama, terjumpalah gambar ini. Nostalgik bukan? Suatu gambaran cara kita masak dodol zaman...
-
By Idris Ismail Talu Sekolah Menengah Kebangsaan Clifford di Kuala Lipis banyak menyimpan peristiwa bersejarah di negeri Pahang Darul Makmur...
-
Credit Photography: En. Azmi Jamaludin dan En. Azizan Jamaludin Tasik Temengor merupakan tasik buatan manusia terbentuk apabila terbinanya E...
-
Sumber: Utusan Malaysia Online. Tarikh: 24 August 2010 . KUALA LUMPUR 23 Ogos – Baju Melayu serta baju kurung daripada fabrik kapas dan son...
-
By Idris Ismail Talu. Di negeri Perak, buah nadir ini dinamakan sebagai buat “seralat” atau “salat” sahaja. Sementara di tempat-tempat lain ...
-
By Idris Ismail Talu Pokok daun kari adalah tergolong dari keluarga “Rutaceae” yang boleh tumbuh subur di tanah yang pamah di sekeliling rum...
-
Sumber: Berita Minggu Malaysia Online. Lupus ikut Syariah. Oleh Hasliza Hassan, hasliza@bharian.com.my Tarikh siar: 2010/09/19 Pusat Pelupus...
-
Teks dan gambar Kusyi Hirdan MUNGKIN ada pembaca yang sudah tahu mengenai buah perah ini. Mereka yang berada di Terengganu, Perak, Pahang da...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan