Nostalgia - kenangan semasa melalui zaman kanak-kanak hingga zaman belia. Pada masa dahulu memang ada dibuat reban atau rumah untuk ayam atau itik peliharaan. Namun, namanya sahaja reban, tetapi jarang pula pintunya bertutup samada kerana pintunya uzur atau dinding reban itu pun berlubang di merata tempat. Ayam dan itik boleh masuk dan keluar reban ikut mana-mana lubang yang ia suka.
Bukan itu sahaja, banyak juga didapati, ayam peliharaan tidur di atas pokok manggis, pokok rambutan atau pokok jambu air di sekeliling rumah. Oleh itu, apabila tiba musim perayaan, untuk menyembelih ayam untuk dibuat lauk pada hari-hari tersebut, yang menjadi masalah besarnya ialah untuk menangkap ayam-ayam tersebut.
Biasalah, kita selalunya beri rasuah ayam itu dengan padi atau beras dedak yang disimpan selepas kerja menumbuk padi untuk menjadi beras. Dulu-dulu manalah ada mesin padi seperti sekarang. Padi ditumbuk sendiri dengan menggunakan lesung kaki sehingga menjadi beras.
Selepas itu, terpulanglah kepada kemahiran yang hendak menangkap ayam tersebut. Ada yang mengejar ayam-ayam tersebut sampai ada yang patah kaki ayam itu sebab kasar sangat waktu menagkapnya.
Ada yang menggunakan jala untuk "menjala" ayam yang dirasuahkan dengan padi atau antah beras itu. Kalau tidak dapat menangkap ayam-ayam tersebut, jawabnya raya tidak berlauklah. Macamana nak makan lemang kalau tidak ada rendang ayam?
TO ALL MY BLOG READERS
TERIMA KASIH - شكرا لك - THANK YOU - ありがとうございました - 谢谢您 - Teşekkürler - Mulţumesc - Obrigado
Selasa, 7 September 2010
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
CLICK NOW
Tajuk Kegemaran
-
By Idris Talu. Buah kasai atau dalam bahasa botaninya - “ Pometia pinnata “ - dikenali juga sebagai buah matoa di kepulauan Papua. Kasai...
-
ادريس تالو Idris Talu Dikatakan diberi nama dahlia kerana mengambil nama seorang ahli botani berbangsa Sweeden yang bernama Anders Dahl. ...
-
(Oleh Tuan Haji Duan Yusof) Bahan-bahannya : Daging Segar (samada daging kerbau atau lembu)- Lebih Kurang 1 kilogram…Lobi...
-
By Idris Talu Agak lama tidak update foto yang berkaitan Taman Herba Perak. Kali ini penulis bawakan tentang pokok buas-buas atau sesete...
-
Teks dan gambar Kusyi Hirdan MUNGKIN ada pembaca yang sudah tahu mengenai buah perah ini. Mereka yang berada di Terengganu, Perak, Pahang da...
-
By Idris Ismail Talu. Petang tadi, penulis dan isteri singgah di Medan Selera Green Town, Ipoh untuk menikmati rojak Green Town. Selepas men...
-
Sumber: Utusan Malaysia Online . Tarikh siar: 08 Oktober 2010. Penulis – Tan Sri Nordin Kardi. Hujung minggu lalu saya menghadiri majlis har...
-
By Idris Talu Penulis ingin berkongsi keindahan pohon renik dan juga pohon paku pakis yang banyak tumbuh di sekitar kawasan Cameron Highla...
-
Pembentangan Bajet 2015 oleh YAB Dato' Sri Mohd Najib. Telah didengar dengan tekun, Sedari jusa sampai pekebun, Lunaknya ba...
-
Oleh Sri Ayu Kartikawati Amri, kartika@hmetro.com.my INDUSTRI biomas di Malaysia dijangka mampu memberi platform baru dalam menjana ...

6 ulasan:
salam...dulu2 nak makan sedap - ayam & daging tunggu raya la!
raya dulu seronok kueh-kueh klasik megah di puncak..tapi sekarang kueh moden mendominasi red karpet...
Begitu pun merupakan suatu nikmat juga, tidak ada masalah diabetes, high blood pressure dan sebagainya.
Selamat hari raya.
WaQheh - begitulah nampaknya.
Selera orang kita sudah berbeza. Apa yang boleh buat. Tetapi masih ramai yang tetap mepertahankan kueh-mueh trdisional.
Salam 29 Ramadhan, En Idris
kenanggan semasa kecil di kg
saya tukang kejar/tangkap ayam
habih satu
Wassalam
En Rozali,
Wa'alaikumussalam.
Anak lelaki zaman dulu memang tugasnya mengejar ayam bila nak raya.
Pernah saya tabur padi, lepas itu, tebar jala atas ayam - sampai koyak-koyak jala orang tua.
Kena marah pulak jala koyak - nak "membubur" jala bukan pandai.
.
Catat Ulasan