Oleh Ismail Mat, ismailmat@bharian.com.my
Tarikh siar: 2011/05/08
Lebih 1,000 peserta mulakan cabaran rebut hadiah wang tunai RM82,000
MERSING: Karnival GP Joran anjuran Berita Harian yang berlangsung di Tanjung Leman dekat sini semalam, mencipta sejarah apabila menarik penyertaan hampir 1,000 peserta bagi kategori laut dalam.
Selain pemancing dari seluruh negara, acara itu turut menarik penyertaan peserta Singapura dan Indonesia yang menaiki 120 bot menuju lokasi tumpuan memancing terletak kira-kira 20 batu nautika di luar perairan Mersing. Kategori Laut Dalam dan Pantai GP Joran Berita Harian 2011 yang berlangsung di Pantai Tunjuk Laut Resort hari ini, menawarkan hadiah wang tunai RM82,000 termasuk RM20,000 sebagai hadiah utama bagi setiap kategori.
Majlis pelepasan peserta acara laut dalam itu disempurnakan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar yang berkenan mencemar duli di Jeti Tanjung Leman pada 11.30 pagi.
Turut hadir Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman; Presiden dan Ketua Eksekutif Johor Corporation (JCORP), Kamaruzzaman Abu Kassim; Pengarah Eksekutif Editorial The New Straits Times Press (M) Berhad (NSTP), Datuk Ahmad Talib dan Pengarang Kumpulan Berita Harian, Datuk Mior Kamarul Shahid.
Pusingan kedua Karnival GP Joran Berita Harian 2011 yang berlangsung serentak dengan Karnival Tanjung Leman, mendapat kerjasama Kerajaan Negeri Johor, Jabatan Pelancongan Johor dan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM).
JCORP dan Damansara Assets Sdn Bhd, memberi sokongan padu selaku penaja eksklusif pusingan kedua, manakala Perusahaan Otomobil Kedua (PERODUA) selaku penaja utama keseluruhan karnival GP Joran 2011.
Penaja lain menyokong pertandingan tahun ini termasuk Gardenia (KL) Bakeries Sdn Bhd; Nestle Product (M) Sdn Bhd bagi produk Nescafe dan Maggi; Adabi Consumers Industries Sdn Bhd; Universal Fitness & Leisure Sdn Bhd; Bor Explorer Sdn Bhd, World of Sports bagi produk Columbia dan Axis Kay Trading yang menaja minuman kesihatan.
Acara kategori pantai yang akan berlangsung di Pantai Tunjuk Laut Resort mulai jam 8 pagi ini dijangka menarik penyertaan 1,000 peserta yang sebahagiannya mula tiba di sini sejak petang semalam.
Selain acara memancing, kira-kira 20 acara sampingan untuk kanak-kanak serta persembahan artis sempena pelancaran edisi awal Berita Minggu berlangsung di pentas utama tapak karnival Tanjung Leman, malam tadi.
Sempena karnival itu, ceramah agama turut disampaikan Penasihat Majlis Agama Islam Johor, Datuk Nooh Gadut yang dihadiri peserta GP Joran dan penduduk tempatan.
Source: Berita Minggu Malaysia Online.
TO ALL MY BLOG READERS
TERIMA KASIH - شكرا لك - THANK YOU - ありがとうございました - 谢谢您 - Teşekkürler - Mulţumesc - Obrigado
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
CLICK NOW
Tajuk Kegemaran
-
By Idris Talu. Buah kasai atau dalam bahasa botaninya - “ Pometia pinnata “ - dikenali juga sebagai buah matoa di kepulauan Papua. Kasai...
-
By Idris Talu. Nama saintifiknya: Carica papaya. Nama lain: Kulikih, kalikih, parenghek, situkau, sampelo, kapelo, santelo (Minang), p...
-
By Idris Talu Salah satu usaha ternakan di Ladang Infoternak Sungai Siput Utara ialah ternakan rusa. Usaha ini amat berjaya setakat ini....
-
Kueh Pinukuik Oleh: Rita Desfitri Lukman [R@ntau-Net] MAMBUEK PINUKUIK CARO KAMPUANG Assalamu'alaikum Wr. Wb. Dek sabanta lai mungkin du...
-
إ دريس تالو Idris Talu Di Barat Semenanjung Tanah Melayu, ramai yang menyebutnya sebagai ikan tongkol atau ikan kayu . Kenapa? Mungk...
-
Sumber: Utusan Malaysia Online. Tarikh siar: 20 September 2010. 1,400 guna khidmat ETS Ipoh-KL setiap hari. KUALA LUMPUR 19 Sept. - Sejak m...
-
إدريس اسماعیل تالو Idris Talu Buah pisang kebatu @ kepok @ abu. Pisang abu atau pisang kebatu ini mempunyai kulit teba...
-
By Idris Ismail Talu Arrowhead atau ngaku, atau kentang Cina merupakan sejenis “ubi” yang lembut yang kononnnya ditanam di dalam sawah berai...
-
By Idris Talu Petai kerayong tidak ada banyak bezanya dengan petai biasa. Petai kerayong bila matang, buah dan kulitnya menjadi keras, tida...
-
إدريس تالو Idris Talu Universiti Terbuka Malaysia telah banyak memberikan peluang kepada mereka yang telah bekerja tetapi ingin terus...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan