Oleh Ifwan Tun Tuah, ifwan@bharian.com.my
Tarikh siar: 2011/05/16
Mohamad mahu jumpa waris pendeta, lembaga muzium selesai masalah
REMBAU: Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan mahu siasatan terperinci dan telus dilakukan berhubung dakwaan waris Pendeta Za'ba mengenai sebahagian besar bahan pameran di Teratak Za'ba di Bukit Kerdas, Batu Kikir dekat sini, bukan milik Allahyarham. Katanya, beliau akan bertemu kedua-dua pihak iaitu waris keluarga tokoh ilmuwan dan nasionalis Melayu itu serta Lembaga Muzium Negeri Sembilan (LMNS) untuk menyelesaikan isu berkenaan. “Buat masa ini saya sudah mengarahkan LMNS serta Ketua Setiausaha Kerajaan, Datuk Mat Ali Hassan, selaku Pengerusi LMNS untuk menyerahkan laporan lengkap secepat mungkin.
“Apa yang penting ialah kita perlu meneruskan hubungan baik antara kedua-dua pihak supaya segala peninggalan Allahyarham terpelihara dengan baik untuk tatapan generasi masa depan,” katanya selepas menghadiri Program Juara Rakyat di Perumahan Rakyat Lubok China, di sini semalam.
Beliau berkata, sepanjang pengetahuannya setakat ini, barangan peninggalan Pendeta Za'ba atau nama sebenarnya Tan Sri Dr Zainal Abidin Ahmad, dijaga dengan baik oleh LMNS.
Bagaimanapun, ditanya dakwaan diluahkan oleh waris Allahyarham, Mohamad berkata, beliau perlu meneliti semua laporan itu sebelum memberi komen secara spesifik.
Semalam, Berita Minggu melaporkan waris Pendeta Za'ba kesal kerana Teratak Za'ba yang dibina dengan kos hampir RM2 juta kira-kira 10 tahun lalu seolah-olah tidak menghargai sumbangan tokoh berkenaan kerana hampir keseluruhan bahan pameran dalam memorial itu bukan milik Allahyarham, sedangkan keluarga mereka sanggup menyerahkan khazanah tinggalan Za'ba secara percuma.
Mereka juga mendakwa kesal dengan sikap LMNS yang didakwa tidak amanah dalam menjaga khazanah tokoh itu sehingga menyebabkan kerambit dan sepucuk surat yang ditulisnya dan diserahkan kepada LMNS hilang.
Turut dipersoalkan adalah tindakan LMNS membeli katil sezaman dengan tokoh itu sedangkan katil sebenar miliknya yang mahu diserahkan kepada LMNS tidak dituntut.
‘Tak pernah tawar katil besi’
SEREMBAN: Lembaga Muzium Negeri Sembilan (LMNS) mendakwa waris Allahyarham Tan Sri Dr Zainal Abidin Ahmad atau Za’ba tidak pernah menawarkan katil besi untuk diletakkan di Teratak Za’ba memperingati pendeta itu.
Pengarah LMNS, Shamsuddin Ahmad, berkata waris Za’ba juga tidak memaklumkan mengenai katil itu ketika beliau mengunjungi rumah tinggalan Za’ba di Jalan Gasing, Petaling Jaya, kira-kira 10 tahun lalu.
“Kunjungan ke Jalan Gasing untuk mendapatkan barang Za’ba daripada warisnya dan ketika itu tidak ada yang tawarkan katil besi, malah tidak pernah timbul isu berkaitan katil berkenaan,” katanya ketika dihubungi semalam.
Bagaimanapun, Shamsuddin mengakui pihaknya pernah membeli katil besi sezaman Za’ba daripada peniaga barangan antik di Melaka tetapi hanya mempamerkannya sementara kerana ia menyebabkan ruang pameran menjadi sempit.
Source: Berita Harian Malaysia Online.
TO ALL MY BLOG READERS
TERIMA KASIH - شكرا لك - THANK YOU - ありがとうございました - 谢谢您 - Teşekkürler - Mulţumesc - Obrigado
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
CLICK NOW
Tajuk Kegemaran
-
By Idris Talu Salah satu usaha ternakan di Ladang Infoternak Sungai Siput Utara ialah ternakan rusa. Usaha ini amat berjaya setakat ini....
-
إدريس اسماعیل تالو Idris Talu Buah pisang kebatu @ kepok @ abu. Pisang abu atau pisang kebatu ini mempunyai kulit teba...
-
By Idris Talu. Buah kasai atau dalam bahasa botaninya - “ Pometia pinnata “ - dikenali juga sebagai buah matoa di kepulauan Papua. Kasai...
-
By Idris Talu Petai kerayong tidak ada banyak bezanya dengan petai biasa. Petai kerayong bila matang, buah dan kulitnya menjadi keras, tida...
-
Kueh Pinukuik Oleh: Rita Desfitri Lukman [R@ntau-Net] MAMBUEK PINUKUIK CARO KAMPUANG Assalamu'alaikum Wr. Wb. Dek sabanta lai mungkin du...
-
By Idris Talu. Nama saintifiknya: Carica papaya. Nama lain: Kulikih, kalikih, parenghek, situkau, sampelo, kapelo, santelo (Minang), p...
-
By Idris Ismail Talu. Selepas kita membakar sampah dan dedaunan kering di kebun, biasanya tidak lama selepas itu, anak-anak pokok pucuk mera...
-
By Idris Ismail Talu. Selada air atau watercress atau nama saintifiknya Nasturtium officinale, N. microphyllum ; merupakan sejenis tumbuha...
-
(Oleh Tuan Haji Duan Yusof) Bahan-bahannya : Daging Segar (samada daging kerbau atau lembu)- Lebih Kurang 1 kilogram…Lobi...
-
By Idris Talu Akar tunjuk langit? Yang satu lagi, buah tunjuk langit? Ramai juga yang agak keliru dengan dua jenis herba ini, kerana ked...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan