Zainudin Maidin
Ketika Barat dan rakyat Amerika Syarikat merayakan kejayaan pembunuhan Ketua al-Qaeda, Osama bin Laden yang didakwa sebagai dalang serangan berani mati 11 September yang meruntuhkan bangunan Pusat Dagangan Dunia (WTC) dan membunuh beribu orang di New York , saya terkenangkan tragedi pembunuhan beramai-ramai di kem pelarian di Sabra dan Shatila di Palestin.
Sebuah lagu puisi, Balada Seorang Gadis Kecil karya Allahyarham Zubir Ali mengenai peristiwa itu kembali mendayu dan menyayat perasaan saya.
Saya juga terkenangkan atas suatu cerita rekaan semata, berlaku pembunuhan ke atas ribuan rakyat Iraq dan pemimpinnya Saddam Husein dan diikuti dengan serangan pihak yang sama ke atas Libya yang membunuh anak lelaki Presiden Muammar Gaddafi dan ribuan rakyatnya selepas kebangkitan rakyat menuntut kebebasan dan demokrasi di Tunisia, Mesir, Bahrain, Yemen, Syria dan Sudan.
Saya pernah berjabat tangan dengan kedua pemimpin itu, merasakan cengkaman keras mereka tetapi apakah hak negara asing untuk menceroboh negara mereka?
Betapa soft power kuasa besar, Internet, facebook dan twitter berjaya menyusup dunia tanpa sempadan menghasut kebangkitan popular dalam negara , mencetuskan perang saudara dan pembunuhan sebangsa dan seagama.
Ketika semua aparatus media Barat sedang meyakinkan bahawa pembunuhan ketua “pengganas” Osama dialu-alukan diseluruh dunia sebagai kejayaan AS membalas dendam hutang darahnya terhadap kematian beribu orang di New York.
Saya terkenangkan bahawa ketua penjenayah perang, bekas Presiden Amerika George Bush masih bebas dan belum ditangkap untuk dihadapkan ke Mahkamah Antarabangsa seperti yang dihasratkan oleh Tun Dr.Mahathir Pengasas dan Pengerusi KL Foundation To Criminalise War.
Apa yang sedang berlaku menepati pandangan Tun Mahathir dalam suatu interviu dengan Al Jazeera tidak lama dahulu mengenai perang Iran Iraq: “Selama lapan tahun, Iran telah kehilangan satu juta manusia. Sekiranya AS hilang satu juta manusia, adakah anda tahu apa yang AS akan lakukan, mereka akan mengebom seluruh dunia”
Tangan Amerika sendiri tidak lagi perlu untuk melakukan pengeboman ini kerana ia telah mempunyai rakan-rakan perkongsian dalam inspirasi dan ideologinya di mana mana untuk melancarkan perang saudara atas nama demokrasi dan kebebasan bagi “Sebuah Dunia 1 Amerika”
Tun Mahathir yang dianggap sebagai “The Last Mohican of Asia” turut sepi di atas strategi pembunuhan ke atas Libya kerana seluruh dunia telah berjaya dikondisikan lebih dahulu pemikiran mereka oleh Presiden Obama bahawa kejadian itu adalah lanjutan dari kebangkitan popular rakyat di Tunisia dan Mesir.
Kebijaksanaan Obama ialah merancang kebangkitan popular di negara negara Arab sahabat Amerika untuk merintis jalan ke arah kebangkitan di negara-negara Arab yang tidak dapat menjamin keselamatan AS dan Israel, tetapi tidak ada siapa yang menuduh campur tangannya, tidak ada langsung sepanduk atau slogan anti AS atau Yahudi dalam tunjuk tunjuk perasaan di Mesir, Tunisia dan lain-lain.
Melumpuhkan
Matlamat jaringan kebangkitan ini ialah untuk melumpuhkan negara-negara yang berpotensi menjadi halangan kepada pencapaian “Sebuah Dunia 1 Amerika.” Matlamat terakhirnya ialah Iran yang akan dapat kita disaksikan setelah Libya dan Syria berjaya dijinakkan menjadi seperti Arab Saudi, Dubai, Abu Dhabi, Oman dan lain-lain. Ketika itu suara nasionalisme Arab semakin sepi.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib dengan pantas memberikan pengesahan terhadap tindakan pembunuhan itu kerana dunia akan lebih selamat dan aman tanpa Osama. Ini selari dengan dasar Malaysia yang anti-ekstremisme dan kekerasan dari sejak awal kemerdekaan.
British telah meninggalkan warisannya untuk menjamin kemerdekaan Malaysia selari dengan konsep ekonomi dan keselamatan Barat yang semakin jelas sekarang dalam dunia yang sedang bergerak pantas kearah globalisasi. Nasionalisme tidak lagi penting jika tidak selari dengan globalisasi.
Berita lanjut, sila rujuk edisi cetakan Mingguan Malaysia atau langgani e-Paper di http://ebrowse.bluehyppo.com/utusan/index.asp
Source: Mingguan Malaysia Online.
TO ALL MY BLOG READERS
TERIMA KASIH - شكرا لك - THANK YOU - ありがとうございました - 谢谢您 - Teşekkürler - Mulţumesc - Obrigado
Sabtu, 7 Mei 2011
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
CLICK NOW
Tajuk Kegemaran
-
By Idris Talu Salah satu usaha ternakan di Ladang Infoternak Sungai Siput Utara ialah ternakan rusa. Usaha ini amat berjaya setakat ini....
-
إدريس اسماعیل تالو Idris Talu Buah pisang kebatu @ kepok @ abu. Pisang abu atau pisang kebatu ini mempunyai kulit teba...
-
By Idris Talu. Buah kasai atau dalam bahasa botaninya - “ Pometia pinnata “ - dikenali juga sebagai buah matoa di kepulauan Papua. Kasai...
-
By Idris Talu Petai kerayong tidak ada banyak bezanya dengan petai biasa. Petai kerayong bila matang, buah dan kulitnya menjadi keras, tida...
-
Kueh Pinukuik Oleh: Rita Desfitri Lukman [R@ntau-Net] MAMBUEK PINUKUIK CARO KAMPUANG Assalamu'alaikum Wr. Wb. Dek sabanta lai mungkin du...
-
By Idris Talu. Nama saintifiknya: Carica papaya. Nama lain: Kulikih, kalikih, parenghek, situkau, sampelo, kapelo, santelo (Minang), p...
-
By Idris Ismail Talu. Selepas kita membakar sampah dan dedaunan kering di kebun, biasanya tidak lama selepas itu, anak-anak pokok pucuk mera...
-
By Idris Ismail Talu. Selada air atau watercress atau nama saintifiknya Nasturtium officinale, N. microphyllum ; merupakan sejenis tumbuha...
-
(Oleh Tuan Haji Duan Yusof) Bahan-bahannya : Daging Segar (samada daging kerbau atau lembu)- Lebih Kurang 1 kilogram…Lobi...
-
By Idris Talu Akar tunjuk langit? Yang satu lagi, buah tunjuk langit? Ramai juga yang agak keliru dengan dua jenis herba ini, kerana ked...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan