TO ALL MY BLOG READERS

TERIMA KASIH - شكرا لك - THANK YOU - ありがとうございました - 谢谢您 - Teşekkürler - Mulţumesc - Obrigado

Khamis, 5 Mei 2011

Ahmad bin Abdul Rashid Talu (1889-1939)

Ahmad bin Abdul Rashid Talu
Ihsan: Perpustakaan Negara Malaysia.



Nama sebenar ialah Ahmad Bogol bin Haji Abdul Rashid bin Sheikh Abdul Majid. Beliau dilahirkan di Pulau Pinang dan bersekolah hanya darjah tiga di sekolah Melayu Chowrasta, Lebuh Karnovan, Pulau Pinang. Semasa remaja beliau gemar merantau malah ke luar negeri seperti Singapura, Thailand dan Hong Kong. Beliau banyak bergaul dengan orang-orang intelektual, pengarang dan penerbit buku-buku Melayu di Acheen Street. Disamping itu juga, beliau mudah mendapat buku-buku agama Indonesia, surat khabar dan majalah-majalah yang telah mendorong beliau untuk menulis buku-buku novel.

Tulisan tentang Ahmad Rashid Talu.


Allahyarham telah menulis antara tahun 1920-an hingga 1930-an. Beliau telah melahirkan enam buah novel dan tiga buah novelet. Novel sulungnya diterbitkan pada tahun 1927, iaitu Kawan Benar, diikuti dengan Iakah Salmah? (1929), 12 Kali Sengsara(1929), :Siapa Jahat? atau Datuk Cencano Perompak yang Termashor (1929), Rahmah Binti Abdullah atau Peti Rahsia (1933) - hanya satu penggal bercetak ) dan Perangkap Hitam atau Kelawar Pulau Pinang (1934). Tiga noveletnya ialah Silap atau Ciu yang Taat (1934), Sedih atau Riwayat Sekapur Sireh (1935), dan Dua Kali Selamat atau Selamah yang Beruntung (1935).

Kini beliau telah diiktiraf sebagai novelis Melayu Moden pertama kerana penulisannya banyak berasaskan budaya dan masyarakat Melayu. Tidak seperti penulis-penulis sebelum beliau yang banyak mengaitkan cerita-cerita Timur-Tengah atau mengalihkan ke dalam bahasa Melayu.


Beliau berkahwin dengan sepupunya Puan Maimunah binti Ariffin dan ibunya Siti Rokiah binti Sheikh Abdul Majid. Kedua-dua mereka adalah cucu Sheikh Abdul Majid bin Abdullah bin Akasah bin Affandi dari Nagari Talu, Sumatera Barat. Mereka telah dianugerahkan seorang puteri bernama Pn. Hjh. Madinah dan bersuamikan Hj. Abdul Hadad bin Sutan Sharif bin Hj. Abdul Rahman bin Sheikh Abdul Majid.

Source: Komuniti Rang Talu Malaysia

CLICK NOW

Tajuk Kegemaran