TO ALL MY BLOG READERS

TERIMA KASIH - شكرا لك - THANK YOU - ありがとうございました - 谢谢您 - Teşekkürler - Mulţumesc - Obrigado

Khamis, 19 Mei 2011

‘Labur di Malaysia dapat seluruh Asia'


Daripada Mior Kamarul Shahid di New York, mkamarul@bharian.com.my

2011/05/19

Najib beri 10 sebab pikat pelabur AS


“MELABUR di Malaysia dan anda akan mendapat seluruh Asia. Begitu mudah sekali,” kata Datuk Seri Najib Razak kepada peniaga dan pelabur Amerika Syarikat (AS) semalam. Berucap merasmikan Invest Malaysia New York 2011 yang dihadiri 363 kapten dan pemain industri terkemuka AS di Bursa Saham New York (NYSE), Perdana Menteri berkata, ia antara 10 sebab menjadikan Malaysia tempat paling baik untuk melabur, selain mengambil peluang daripada peruntukan sejumlah AS$440 bilion menerusi program transformasi kerajaan.

Beliau berkata, lebih 5,000 syarikat dari lebih 60 negara sudah membuka pintu mereka di Malaysia, selain pembukaan 160 ibu pejabat operasi syarikat, 209 Pusat Prokumen Antarabangsa dan 19 pusat penyuraian serantau dengan bilangannya terus meningkat.

Najib berkata, kekayaan hubungan sejarah Malaysia dengan China, India dan Timur Tengah membolehkan pelabur menjalin hubungan dengan pusat pertumbuhan ekonomi baru, selain meningkatkan hubungan dengan Barat.

“Melabur di Malaysia bermakna mereka mendapat akses pasaran kepada lebih 600 juta rakyat dengan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dianggarkan AS$2 trilion tahun ini,” katanya.

Bagi pelabur AS, Najib menjelaskan sistem dagangan Malaysia adalah diterajui platform Euronext (NYSE) yang boleh mereka peroleh dalam tempoh mili-saat saja.

Najib dalam ucapannya juga menggariskan alasan sebagai galakan syarikat AS patut melabur di Malaysia, iaitu:

•Kekuatan ekonomi dalam kepelbagaian yang mana Malaysia ialah negara pelbagai etnik yang menarik. Perdana Menteri berkata, ini antara faktor beliau memperkenalkan gagasan 1Malaysia untuk menyatupadukan rakyat.

•Memberi kebebasan semangat keusahawanan dengan contoh kejayaan AirAsia sebagai syarikat penerbangan kos rendah terbaik di dunia dan Axiata yang mempunyai 150 juta pelanggan telefon dan memberi perkhidmatan kepada lebih 1.5 bilion rakyat di lebih 10 negara, selain mempunyai dua daripada lima kumpulan bank terbesar di Asean – Maybank dan CIMB Bank.

•Terus melakukan liberalisasi perkhidmatan utama – dua tahun lalu meliberalisasi 27 perkhidmatan sub-sektor dengan membenarkan pelabur asing meluaskan akses pasaran dengan ekuiti 100 peratus.

•Kerajaan membantu menjayakan perniagaan dan bukan sebaliknya – mewujudkan suasana perniagaan dibenarkan berkembang, termasuk mewujudkan Program Transformasi kerajaan (GTP).

•Turut melakukan transformasi ekonomi – menjadikan negara berpendapatan tinggi. Komitmen jumlah pelaburan melebihi A$S35 bilion dan menjangkakan mewujudkan 298,000 peluang pekerjaan menjelang 10 tahun akan datang.

•Meningkatkan pelaburan asing dalam pasaran modal.

•Pelabur boleh mendapat manfaat sepenuhnya melalui Asean. Jika Asean sebuah negara, ia bernilai AS$2 trilion dan berada pada kedudukan kesembilan sebagai ekonomi terbesar di dunia dan ketiga terbesar di Asia.

•Peluang meningkatkan pembabitan syarikat AS, termasuk Microsoft, Dell dan Intel yang berada dalam negara, selain memastikan matlamat Wawasan 2020 dicapai.

Source: Berita Harian Malaysia Online.

Tiada ulasan:

CLICK NOW

Tajuk Kegemaran