TO ALL MY BLOG READERS

TERIMA KASIH - شكرا لك - THANK YOU - ありがとうございました - 谢谢您 - Teşekkürler - Mulţumesc - Obrigado

Jumaat, 17 Februari 2012

Kementerian Kewangan yakin projek Pusat Transformasi Luar Bandar jana ekonomi usahawan luar bandar

2012/02/17

IPOH: Kementerian Kewangan yakin pendekatan bersepadu di bawah Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) yang mencirikan Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC), mampu melakar kejayaan besar dalam mengukuhkan ekonomi usahawan dan masyarakat luar bandar seperti dihasratkan melalui Program Transformasi Luar Bandar (RTP).

Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah, berkata RTC pertama iaitu RTC Gopeng yang akan dirasmikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, Ahad ini serta lima lagi yang akan diwujudkan iaitu Kelantan, Kedah, Johor, Sabah dan Sarawak, juga dapat mengukuhkan rantaian bekalan produk bagi memenuhi keperluan pasaran dan menyediakan perkhidmatan kepada masyarakat berkenaan.


Beliau berkata, kementeriannya terbabit menjayakan inisiatif kelapan RTC berhubung soal pembiayaan bagi membantu peniaga dan pengusaha industri luar bandar meluaskan perniagaan mereka dan melahirkan lebih ramai usahawan.

Katanya, bagi tujuan itu, satu kluster kewangan dibentuk di RTC Gopeng melalui kerjasama beberapa institusi kewangan dan pembiaya seperti Bank SME, Agrobank, Bank Simpanan Nasional (BSN), Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YAPEIM), Tekun Nasional dan Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM).


"Dalam konteks Kementerian Kewangan, kita tahu mana-mana inisiatif bergantung kepada pembiayaan kewangan untuk membantu usahawan.

"Di sini (RTC Gopeng) umpamanya, usahawan sedia ada yang terbabit dalam bidang pertanian berkemungkinan besar memerlukan pembiayaan daripada sektor perbankan dan begitu juga usahawan baru yang bakal muncul pada masa depan yang memerlukan pembiayaan seperti itu," katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan ke RTC Gopeng di sini, hari ini. – BERNAMA


Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC), Gopeng

Source: Berita Harian Malaysia Online

2 ulasan:

ZaridaIshak berkata...

RTC Gopeng akan dirasmikan pada hari Sabtu, 18/2/2012.

Idris Talu berkata...

Sayang juga, saya berada di Pulau Pinang minggu ini. Tidak dapat ikut sama di RTC Gopeng.

CLICK NOW

Tajuk Kegemaran