TO ALL MY BLOG READERS

TERIMA KASIH - شكرا لك - THANK YOU - ありがとうございました - 谢谢您 - Teşekkürler - Mulţumesc - Obrigado

Rabu, 22 Februari 2012

Malaysia Sasar RM110 bilion pelaburan

Oleh NORLAILI ABDUL RAHMAN, bisnes.utusan@gmail.com

KUALA LUMPUR 21 Feb. – Malaysia menyasarkan peningkatan pelaburan terlaksana (realised investment) kepada RM110 bilion tahun ini berbanding kira-kira RM94 bilion yang dicatatnya pada 2011.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, unjuran positif itu didorong oleh pelaburan domestik (DDI) terutamanya sumbangan sektor minyak dan gas selain kepercayaan yang diberikan oleh pelaburan langsung asing (FDI).

“ Kita mempunyai banyak projek yang akan dilaksanakan pada tahun ini terutama yang melibatkan projek-projek di bawah Program Transformasi Ekonomi (ETP), “ katanya semasa mengumumkan Prestasi Pelaburan Malaysia 2011 di sini hari ini.

Malah menurut Mustapa, bersandarkan arah aliran semasa, DDI merekod pertumbuhan melebihi FDI iaitu 55.4 peratus atau RM82.3 bilion berbanding FDI (RM66.3 bilion) pada tahun lalu.

Kata beliau, jumlah keseluruhan pelaburan yang diluluskan melonjak 40.7 peratus kepada RM148.6 bilion bagi 4,964 projek pada 2011 berbanding RM105.6 bilion (4368 projek) pada 2010.

Katanya, bersandarkan jumlah tersebut, dijangka sebanyak 149,496 peluang pekerjaan mampu ditawarkan.

Beliau berkata, sektor pengilangan menunjukkan pemulihan pada 2011 apabila 846 projek bernilai RM56.1 bilion telah diluluskan, meningkat hampir 19 peratus berbanding tahun sebelumnya.

Angka ini turut melepasi lebih 100 peratus sasaran purata pelaburan tahun yang ditetapkan di dalam Pelan Induk Industri Ketiga, 2006 hingga 2020 iaitu RM27.5 bilion sahaja.

Bagi sektor perkhidmatan yang menjadi pemangkin pertumbuhan negara, sejumlah 3,957 projek dengan pelaburan bernilai RM64.4 bilion telah diluluskan tahun lalu, meningkat 75.5 peratus berbanding RM36.7 bilion pada 2010.

Pelaburan domestik diluluskan meningkat 74.8 peratus kepada RM48.2 bilion tetapi FDI turut menyaksikan lonjakan tinggi kepada RM16.2 bilion berbanding RM4.1 bilion tahun sebelumnya.

Sektor utama pula sebanyak RM28.1 bilion atau 161 projek diluluskan pada 2011 dengan sektor perlombongan meraih pelaburan terbesar iaitu sebanyak RM26.7 bilion.

Source: Utusan Malaysia Online

Tiada ulasan:

CLICK NOW

Tajuk Kegemaran