Oleh Helmy Abd Rahman, helmy@hmetro.com.my
BANK Islam Malaysia Bhd (BIMB) mengintai peluang untuk bekerjasama dengan rakan kongsi berpotensi terdiri daripada institusi kewangan besar di Indonesia dalam usahanya mengembangkan portfolio niaganya ke negara berkenaan.
Pengarah Urusannya, Datuk Seri Zukri Samat berkata, pihaknya ketika ini sedang mengadakan perbincangan awal bersama pemegang saham dan masih meninjau peluang untuk menembusi pasaran Indonesia.
“Kami bercadang mengadakan pakatan strategik bersama rangkaian bank yang lebih besar di sana berbanding mengambil alih bank kecil.
“Kami berharap ia akan menjadi kenyataan secepat mungkin. Proses ini bagaimanapun mengambil masa agak panjang kerana banyak pihak yang terbabit. Kami juga melihat kemungkinan untuk mengembangkan perniagaan ke Bangladesh, namun ia hanya akan dilaksanakan selepas Indonesia,” katanya selepas menandatangani memorandum persefahaman (MoU) bagi mewakili BIMB dengan Koperasi Pembiayaan Syariah Angkasa Bhd (Kopsya) di Kuala Lumpur, semalam.
Menerusi perjanjian itu, BIMB akan melanjutkan keseluruhan perkhidmatan kewangan berlandaskan Syariah kepada Kopsya sekali gus memberikan capaian kepada produk perbankan dan kemudahan terbarunya termasuk penyediaan perbankan pelaburan korporat, perbendaharaan dan perkhidmatan pengurusan tunai.
BIMB juga akan menyediakan perkhidmatan deposit kepada akaun Kopsya menerusi perkhidmatan kaunter di cawangan BIMB di seluruh negara, mesin deposit tunai, arahan tetap, perbankan Internet dan perbankan mudah alih.
Bank berkenaan akan memulakan pemodenan pengurusan pembiayaan Kopsya menerusi e-dagang dan terminal. Selain itu, kedua-dua pihak akan membangunkan landasan untuk mewujudkan kad debit dan kredit dengan berkongsi jenama.
Dalam perkembangan berasingan, Zukri berkata, pihaknya sudah menerima kelulusan Suruhanjaya Sekuriti (SC) bagi tawaran awam permulaan (IPO) ketiganya dan sedang menunggu masa sesuai sebelum melancarkannya.
Source: Harian Metro Malaysia Online.
TO ALL MY BLOG READERS
TERIMA KASIH - شكرا لك - THANK YOU - ありがとうございました - 谢谢您 - Teşekkürler - Mulţumesc - Obrigado
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
CLICK NOW
Tajuk Kegemaran
-
By Idris Talu Salah satu usaha ternakan di Ladang Infoternak Sungai Siput Utara ialah ternakan rusa. Usaha ini amat berjaya setakat ini....
-
By Idris Talu. Buah kasai atau dalam bahasa botaninya - “ Pometia pinnata “ - dikenali juga sebagai buah matoa di kepulauan Papua. Kasai...
-
إدريس اسماعیل تالو Idris Talu Buah pisang kebatu @ kepok @ abu. Pisang abu atau pisang kebatu ini mempunyai kulit teba...
-
By Idris Talu. Nama saintifiknya: Carica papaya. Nama lain: Kulikih, kalikih, parenghek, situkau, sampelo, kapelo, santelo (Minang), p...
-
By Idris Talu Petai kerayong tidak ada banyak bezanya dengan petai biasa. Petai kerayong bila matang, buah dan kulitnya menjadi keras, tida...
-
Kueh Pinukuik Oleh: Rita Desfitri Lukman [R@ntau-Net] MAMBUEK PINUKUIK CARO KAMPUANG Assalamu'alaikum Wr. Wb. Dek sabanta lai mungkin du...
-
By Idris Ismail Talu. Selepas kita membakar sampah dan dedaunan kering di kebun, biasanya tidak lama selepas itu, anak-anak pokok pucuk mera...
-
By Idris Ismail Talu. Selada air atau watercress atau nama saintifiknya Nasturtium officinale, N. microphyllum ; merupakan sejenis tumbuha...
-
(Oleh Tuan Haji Duan Yusof) Bahan-bahannya : Daging Segar (samada daging kerbau atau lembu)- Lebih Kurang 1 kilogram…Lobi...
-
By Idris Talu Akar tunjuk langit? Yang satu lagi, buah tunjuk langit? Ramai juga yang agak keliru dengan dua jenis herba ini, kerana ked...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan