PUTRAJAYA 5 Feb. - Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Hassan Ahmad dipilih sebagai penerima Anugerah Perdana Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan sempena sambutan Maulidur Rasul di Masjid Putra di sini hari ini.
Pemilihan itu membolehkan Hassan menerima wang tunai RM50,000, trofi, sijil dan hadiah iringan.
Hassan terpilih menerima anugerah tersebut sebagai pengiktirafan terhadap sumbangan beliau dalam pelbagai aspek merangkumi pengajian Islam, sektor perbankan dan muamalat serta sumbangan kemasyarakatan.
Selain menjadi Ahli Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan, beliau juga aktif dalam bidang penulisan dan setakat ini telah menghasilkan empat buah buku.
Hassan ketika ditemui berkata, beliau amat terharu dengan penerimaan anugerah tersebut kerana tidak pernah menyangka akan diberi pengiktirafan tertinggi tersebut.
''Saya ucapkan terima kasih kepada pihak penganjur majlis sambutan yang memilih saya sebagai penerima.
''Saya tidak menyangka akan menerima pengiktirafan ini kerana ramai lagi kawan-kawan yang berhak menerima anugerah ini," katanya kepada pemberita selepas menerima anugerah itu daripada Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah.
Selain Hassan menerima Anugerah Perdana Maulidur Rasul, seramai lapan orang lagi turut terpilih untuk menerima anugerah sempena dengan sambutan peringkat kebangsaan tersebut.
Mereka termasuk Ahli Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan, Toh Puan Wan Asiah Ahmad; bekas Ketua Sektor Pendidikan Islam Jabatan Pelajaran Kelantan, Abdul Razak Mat Saat; Timbalan Presiden Persatuan Cina Muslim Malaysia, Ir. Dr. Muhammad Fuad Yeoh dan Duta Dakwah Saba Islamic Media Sdn. Bhd., Shah Kirit Kakulal Govindji.
Turut menerima anugerah ialah bekas johan qariah tilawah al-Quran peringkat kebangsaan, Datuk Rogayah Sulong; bekas Pengarah Jabatan Ukur dan Pemetaan Pahang, Abdul Majid Abdul Hamid; Ketua Masyarakat Orang Asli, Hussein Ngahyin dan pelajar orang kelainan upaya (OKU) yang cemerlang dalam Penilaian Menengah Rendah (PMR), Muhammad Hadi Darus.
Pemenang Anugerah Maulidur Rasul dipilih berdasarkan sumbangan dalam menjalankan tugas yang mencabar, berisiko tinggi dan berinovatif serta menyumbang ke arah kesejahteraan dan kemakmuran rakyat dan negara.
Source: Utusan Malaysia Online.
TO ALL MY BLOG READERS
TERIMA KASIH - شكرا لك - THANK YOU - ありがとうございました - 谢谢您 - Teşekkürler - Mulţumesc - Obrigado
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
CLICK NOW
Tajuk Kegemaran
-
15 January 2012. KUALA LUMPUR 15 Jan. - Bukan sekadar guru, malah seorang sahabat. Itu adalah sifat yang digambarkan oleh sesiapa sahaja yan...
-
Sumber: Petikan dari akhbar Mingguan Malaysia Bertarikh 6 hb Oktober 1974 Penulis rencana dan gambar: Puan Azah Aziz Pantun-pantun: Allahyar...
-
By Idris Talu Pulang melihat tanah asal leluhur masing-masing memang menjadi impian sesetengah orang. Begitulah juga saya. Datuk ( di...
-
By Idris Talu Petai kerayong tidak ada banyak bezanya dengan petai biasa. Petai kerayong bila matang, buah dan kulitnya menjadi keras, tida...
-
Pembentangan Bajet 2015 oleh YAB Dato' Sri Mohd Najib. Telah didengar dengan tekun, Sedari jusa sampai pekebun, Lunaknya ba...
-
By Idris Ismail Talu Nyawa Di Hujung Pedang – begitulah namanya sebuah novel pendek berkaitan sejarah Peperangan Dunia Yang Kedua. Novel pen...
-
By Idris Ismail Talu Jambatan Raja Permaisuri Bainun dibina untuk memudahkan pengguna jalan raya rangkaian Pantai Barat Semenanjung dari Lum...
-
(Oleh Tuan Haji Duan Yusof) Bahan-bahannya : Daging Segar (samada daging kerbau atau lembu)- Lebih Kurang 1 kilogram…Lobi...
-
By Idris Talu Buah yang agak jarang boleh ditemui. Di kampung penulis, ianya dikenali dengan nama "gucil". Di tempat lain, penu...
-
Kita lihat apa yang terjadi dengan ura-ura hendak membakar Al Quran. Video - courtesy Youtube.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan