SIBU: Satu majlis khas akan diadakan di skim penempatan semula Nanga Sekuau kira-kira 45 kilometer dari sini Sabtu ini bagi upacara pengebumian semula sisa rangka wira Iban, Penghulu Imban anak Medan yang terkorban 40 tahun lalu.
Sisa rangka anak kelahiran Batang Oya itu akan diambil daripada perkuburan terpencil hulu sungai dan disemadikan di monumennya di tanah perkuburan masyarakat itu.
"Beliau layak diberi penghormatan sedemikian," kata Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Tamin Joseph Mauh Ikeh semasa ditemui pada majlis pengagihan Bantuan Rakyat 1Malaysia di SK Tong Ah di sini, hari ini.
Penghulu Imban, ketua masyarakat Iban kawasan Batang Oya dibunuh dengan kejam oleh pengganas komunis di rumah panjangnya Nanga Pakoh pada 26 Feb, 1972.
"Mereka menembaknya kerana ramai pengikutnya merupakan pengakap sempadan, unit paramilitari negeri, yang bertanggungjawab atas beberapa kejayaan serbuan dan pertempuran dengan pengganas.
Mereka mengancam orang kampung yang lemah agar menyokong perjuangan mereka dan pada masa yang sama bangkit menentang kerajaan," katanya.
Katanya pengganas yang sedang marah mengancam untuk menyerang pengikut dan ketika itu pemimpin berumur 78 tahun itu sanggup menggadai nyawanya bagi menyelamatkan pengikutnya.
Keesokannya, dia disemadikan di tanah perkuburan Iban Nanga Pakoh
Mauh berkata berikutan pembunuhan Imban dan bagi menghilangkan rasa takut di kalangan peneroka tempatan bahawa mereka akan menjadi mangsa selepas itu atau terus diganggu untuk mendapatkan makanan menyebabkan kerajaan mewujudkan Nanga Sekuau, Nanga Tada, Nanga Jagau, Nanga Ngungun, Rantau Panjai dan Nanga Dap, kesemuanya di Bahagian Sibu.
Nanga Sekuau adalah kawasan yang pertama diwujudkan pada 26 Mac, 1972 dan ia kini mempunyai lima rumah panjang dengan 50 keluarga.
Katanya monumen Imban adalah hasil idea Timbalan Ketua Menteri Tan Sri Alfred Jabu, Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Joseph Entulu, Komander Briged Infantri Kesembilan Brig Jen Datuk Stephen Mandaw dan beliau dan mendapat persetujuan anak-anaknya.
Katanya idea itu dikembangkan apabila kerajaan negeri dan Kementerian Pertahanan membawa balik sisa rangka 21 wira Renjer dan Pengesan jejak Sarawak yang terbunuh semasa bertempur dengan pengganas di beberapa negeri termasuk Perak, Kedah, Melaka dan Singapura semasa zaman darurat.
Mereka kemudiannya disemadikan semula di Perkuburan Pahlawan di Jalan Budaya, Kuching tahun lepas.
Mauh berkata Imban akan menjadi inspirasi dan contoh kesempurnaan patriotik dan nasionalis kepada generasi muda kerana sanggup mengadai nyawanya demi keselamatan pengikutnya.
Beliau berkata upacara persemadian semula yang diberi nama "Ops Mai Pulai" akan dijalankan mengikut kepercayaan masyarakat Iban setelah berunding dengan Majlis Adat Istiadat Sarawak.
Katanya mereka telah menjemput beberapa pemimpin termasuk Jabu, Menteri Kemajuan Tanah Tan Sri Dr James Masing, Menteri Pembangunan Sosial Tan Sri William Mawan dan wira negara Temenggong Datuk Kanang anak Langkau untuk upacara itu.
Sementara itu, sambil berterima kasih atas usaha kerajaan negeri, anak bongsu Imban, Benedict Bato, 62, ketika dihubungi berkata sisa rangka bapanya akan dibawa dari tanah perkuburan pada pagi 26 Feb untuk disemadikan semula di monumen itu pada sebelah tengah hari. -- BERNAMA
Source: Harian Metro Malaysia Online.
TO ALL MY BLOG READERS
TERIMA KASIH - شكرا لك - THANK YOU - ありがとうございました - 谢谢您 - Teşekkürler - Mulţumesc - Obrigado
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
CLICK NOW
Tajuk Kegemaran
-
By Idris Talu. Buah kasai atau dalam bahasa botaninya - “ Pometia pinnata “ - dikenali juga sebagai buah matoa di kepulauan Papua. Kasai...
-
ادريس تالو Idris Talu Dikatakan diberi nama dahlia kerana mengambil nama seorang ahli botani berbangsa Sweeden yang bernama Anders Dahl. ...
-
By Idris Talu Agak lama tidak update foto yang berkaitan Taman Herba Perak. Kali ini penulis bawakan tentang pokok buas-buas atau sesete...
-
By Idris Ismail Talu. Petang tadi, penulis dan isteri singgah di Medan Selera Green Town, Ipoh untuk menikmati rojak Green Town. Selepas men...
-
Pantun Tentang Pinang Batang pinang akarnya licin, Batang cangkah akarnya mati; Orang bertunang bertukar cincin, Kalau berkasih bertukar ha...
-
By Idris Talu Penulis ingin berkongsi keindahan pohon renik dan juga pohon paku pakis yang banyak tumbuh di sekitar kawasan Cameron Highla...
-
Oleh Sri Ayu Kartikawati Amri, kartika@hmetro.com.my INDUSTRI biomas di Malaysia dijangka mampu memberi platform baru dalam menjana ...
-
Kepada para peminat lagu-lagu Minang di Malaysia khususnya mereka yang berketurunan Minang, belilah VCD yang asli (original). Kepada para pe...
-
By Idris Talu Salah satu usaha ternakan di Ladang Infoternak Sungai Siput Utara ialah ternakan rusa. Usaha ini amat berjaya setakat ini....
-
Sumber: Berita Minggu Malaysia Online. Oleh Zul Husni Abdul Hamid Tarikh: 2010/09/05 PERNAH dua kali mencuba tetapi tidak bertahan, namun Ra...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan