TO ALL MY BLOG READERS

TERIMA KASIH - شكرا لك - THANK YOU - ありがとうございました - 谢谢您 - Teşekkürler - Mulţumesc - Obrigado

Selasa, 31 Ogos 2010

Majakian @ Malakian

By Idris Ismail Talu.







http://idristalu.blogspot.com/

LCCT baru bernilai RM2b akan dikenali sebagai KLIA2

Sumber: Utusan Malaysia Online.

Tarikh: 30/08/2010 4:34pm


SEPANG 30 Ogos
– Lapangan terbang tambang murah (LCCT) baru yang dibina berhampiran Kompleks Bunga Raya kini dikenali sebagai Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2).

Pengumuman itu dibuat oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada majlis pecah tanah lapangan terbang baru berkenaan.

KLIA2 - Menurut gambaran pelukis

Sementara itu, Malaysia Airports Holdings Bhd. (MAHB) memberi jaminan LCCT baru yang bernilai RM2 bilion itu akan siap pada April 2012.

Pengarah Urusannya, Tan Sri Bashir Ahmad berkata, saiz LCCT baru yang akan menampung 30 juta penumpang itu adalah 60 peratus lebih besar dari saiz asal.

Sementara itu, pembina LCCT itu, UEM Bhd. berkata, projek LCCT baru berkenaan turut melibatkan pembinaan landasan baru. – Utusan

Source: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0830&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_19.htm

Perak contohi Grameen Bank kurangkan kemiskinan

Sumber: Berita Harian Malaysia Online.

Perak contohi Grameen Bank kurangkan kemiskinan

Tarikh:2010/09/01

IPOH: Kerajaan Perak mencontohi kejayaan Grameen Bank di Bangladesh dalam mengurangkan kadar kemiskinan di negara itu menerusi program memberi pinjaman mikro kepada golongan wanita.

Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Pembangunan Luar Bandar, Pembasmian Kemiskinan dan Perladangan negeri, Datuk Saarani Mohamad, berkata kerajaan negeri menubuhkan Yayasan Bina Upaya (YBU) Disember tahun lalu, khusus untuk membantu golongan kurang berada daripada pelbagai kaum. Katanya, yayasan berkenaan bertindak melengkapi peranan agensi kebajikan sedia ada dan tidak melaksanakan program memberi wang tunai untuk bantuan sara hidup. Beliau yang juga Pengerusi YBU berkata, yayasan itu sudah memilih 50 golongan miskin tegar, iaitu mereka berpendapatan RM420 sebulan untuk menerima pinjaman mikro antara RM5,000 hingga RM20,000.

"Semua 50 penerima pinjaman mikro ini mempunyai pengalaman seperti menjual kuih atau bahulu, air tebu, pisang goreng dan nasi lemak, tetapi pendapatan mereka masih di bawah paras kemiskinan.

"YBU membantu mereka dengan memberi modal untuk membesarkan perniagaan sedia ada. Kaedah kita ialah memberi pancing, bukan memberi ikan," katanya kepada Berita Harian di sini. Hadir sama Ketua Pegawai Eksekutif YBU, Khairul Azwan Harun.

Penyampaian pinjaman mikro, iaitu 50 penerima pertama itu disempurnakan Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.
Sementara itu, Khairul Azwan berkata, pinjaman mikro YBU sama seperti konsep Grameen Bank, iaitu tanpa faedah dan tanpa cagaran.

Katanya, penerima pinjaman itu juga bebas untuk memilih jumlah yang akan dibayar semula sama ada secara mingguan atau bulanan.

"Penerima pinjaman bebas menentukan tarikh bila mereka mahu mula membayar pinjaman. Peminjam juga sudah dimaklumkan bahawa pemberian kewangan ini adalah pinjaman, bukan geran. Jadi, mereka mesti membayar semula walaupun dengan kadar yang rendah," katanya.

Khairul Azwan berkata, hanya 13 daripada penerima pertama pinjaman mikro itu berada dalam senarai E-Kasih, iaitu penerima bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat manakala bakinya, 37 penerima adalah golongan miskin yang dikenal pasti sendiri oleh YBU.

Katanya, kebanyakan penerima pinjaman daripada YBU buat julung kali tinggal di kawasan bandar di daerah Kinta dan Kampar, iaitu golongan miskin bandar.

Source: http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Utara_PerakcontohiGrameenBankkurangkankemiskinan/Article

Buah Dan Pohon Kasai

By Idris Talu.

Buah kasai atau dalam bahasa botaninya - “Pometia pinnata“ - dikenali juga sebagai buah matoa di kepulauan Papua. Kasai dikenali dengan pelbagai nama mengikut tempat ianya tumbuh, seperti matoa, ganggo, jagir, jampania, kase, kungkil, lamusi, lanteneng, lengsar, pakam, sapen, tawan, tawang dan wusel.


Pucuk daun kasai - cantik, berwarna hijau kemerahan.

Buah kasai boleh digolongkan dalam kategori buah-buahan nadir. Saiz buahnya lebihkurang sebesar ibu jari tangan kita dan panjangnya sekitar 3 hingga 4 cm. Ketika muda, buahnya bewarna hijau muda bertukar merah keperangan bila mula agak tua. Apabila cukup masak ianya menjadi biru kehitaman.

Buah kasai yang cukup matang - kehitaman kulitnya.

Buah kasai di celah daunnya yang hijau.

Buah kasai.


Pada zaman dahulu, ketika belum ada lagi tali nylon untuk dijadikan jala untuk menangkap ikan, jala diperbuat menggunakan tali benang kapas yang tidak tahan lama apabila selalu terendam di dalam air. Penduduk kampong ketika itu, mengambil kulit pokok kasai dan dikeringkan. Setelah kering kulit pokok kasai tadi direbus di dalam periuk. Air rebusan kulit pokok kasai ini digunakan untuk mencelop jala yang diperbuat dari benang kapas untuk mengelakkannya daripada cepat rosak.


Proses mencelop jala benang kapas di dalam air rebusan kulit pokok kasai ini dinamakan “menyamak jala”. Pada masa dahulu, benang kapas juga dikenali sebagai “benang serban”.




Buah kasai yang cukup masak.




Isi buah kasai yang telah masak - bening tipis.



Kulit buahnya agak rapuh jika digigit, berisi bening tetapi tipis. Isinya cukup manis tetapi isi buahnya tidak mudah lekang dari biji buahnya. Oleh itu kita terpaksa mengulum-ngulum isinya untuk menikmati kemanisan buah kasai ini.


Buah kasai ini juga biasa dibuat bubur dengan dimasak bersama santan kelapa bercampur gula Melaka dan sedikit tepung jagung untuk memekatkannya.



Isi buahnya menyerupai isi buah bendara hutan atau isi buah mata kucing yang banyak terdapat di negeri Pahang Darul Makmur.

Isi buah kasai yang telah dikopek, enak dibuat serawa atau bubur dengan mencampurkan sedikit santan dan gula Melaka. Boleh dimakan bersama roti putih atau bersama pulut seperti yang kita buat dengan bubur isi buah durian.

Kepada yang belum merasakan nikmat bubur atau serawa kasai, boleh mencobanya.


http://idristalu.blogspot.com/

Isnin, 30 Ogos 2010

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Yang Ke-53

Selamat menyambut hari kemerdekaan yang ke-53! Seluruh rakyat Malaysia perlu berbangga dengan pencapaian negara kita selama ini dan tidak leka dengan kejayaan yang telah kita capai itu.


Kita perlu terus bekerja dengan lebih cekap dan berkesan supaya momentum pencapaian kita lebih melonjak lagi. Setiap kita adalah komponen penting dalam penyatuan tenaga yang menyumbang kepada kejayaan negara.

Semoga Malaysia terus makmur untuk kita sebagai rakyatnya menikmati kemakmuran tersebut.



Perayaan kemerdekaan tahun 1962.

Leftenan Adnan Saidi.

Pahlawan yang mempertahankan tanah air dengan darah dan airmata.

Detik yang terlalu istimewa untuk Malaysia.

Penyertaan rakyat dalam menyambut hari kemerdekaan.
Foto: ihsan Utusan Malaysia Online.


Kemajuan negara adalah sumbangan keseluruhannya rakyatnya yang terdiri dari pelbagai kaum. Foto: ihsan Telekom Malaysia.


Kesenian rakyat tunggak keperibadian negara. Foto: ihsan DRB - Hicom.

Rumah Allah perlu dipelihara

Sumber: Utusan Malaysia Online.

Oleh SAIFULIZAM MOHAMAD, pengarang@utusan.com.my


KUALA LUMPUR 30 Ogos - Tindakan membenarkan pemimpin parti politik bukan Islam mengadakan program di dalam masjid atau surau, apatah lagi dalam keadaan tidak menutup aurat jelas merupakan satu perbuatan mencemarkan kesucian rumah Allah.

Penasihat Majlis Agama Islam Johor, Datuk Nooh Gadot (gambar) berkata, dalam apa jua keadaan sekalipun kemuliaan rumah Allah perlu dipelihara dan dipertahankan khususnya daripada unsur-unsur yang boleh mengundang fitnah serta perpecahan.

Datuk Nooh Gadot.

Menurutnya, Rasulullah sendiri amat menitikkan pemeliharaan kesucian masjid hingga baginda pernah bersabda bahawa mereka yang memakan bawang putih tidak digalakkan memasuki masjid kerana ia boleh mendatangkan rasa kurang selesa di kalangan jemaah lain.

"Namun apa yang kita bicarakan ini lebih besar daripada memakan bawang putih iaitu pemimpin politik bukan Islam dibenar mengadakan program dalam masjid. Ini sudah tentu lebih mendatangkan rasa kurang selesa di kalangan jemaah.

"Bukan itu saja, ia juga mungkin boleh menyebabkan perpecahan di kalangan jemaah dan bukankah ini merupakan satu perkara dibenci Allah. Mengapa saya kata demikian, kerana tindakan mereka itu berunsurkan politik,'' katanya kepada Utusan Malaysia di sini, hari ini.

Beliau mengulas pendedahan mengenai tindakan dua wakil rakyat bukan Islam yang memasuki ruang solat di sebuah masjid dan surau dalam Ramadan ketika mengadakan program penyerahan bantuan.

Dalam kejadian pertama iaitu pada 22 Ogos lalu, Ahli Parlimen Serdang daripada DAP, Teo Nie Ching dibenarkan berucap di ruang solat Surau Al-Huda, Kajang Sentral tanpa menutup aurat.

Sehari selepas kejadian tersebut, Ahli Parlimen Selayang daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR), William Leong pula dibenarkan berada di ruang solat Masjid At-Taqwa, Selayang Baru bagi menyerahkan bantuan.

Mengulas lanjut, Nooh yang juga bekas Mufti Johor berkata, tambahan pula setiap pergerakan untuk memasuki rumah Allah mesti berlandaskan adab, peraturan dan syarat-syarat tertentu,

"Ia bertujuan memuliakan rumah Allah. Contoh paling mudah sebelum memasuki masjid, adabnya hendaklah dimulakan dengan kaki kanan dan keluar dengan kaki kiri. Ini baru adab pertama dan belum lagi dikira adab-adab lain.

"Justeru, saya hairan mengapa kejadian seumpama ini boleh berlaku. Bagi saya semua pihak harus sedar dan peka terutama pihak jawatankuasa masjid supaya memastikan program dilakukan di dalam masjid adalah bersesuaian dengan adab Islam,'' katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, beliau turut mempersoalkan mengapa selepas 53 tahun negara merdeka, kejadian seumpama itu boleh berlaku.

"Apa yang sudah berlaku dengan negara kita. Dahulu tidak pernah berlaku kejadian seperti ini. Sepatutnya kita sama-sama menjaga kemuliaan institusi masjid.

"Apa yang lebih menyedihkan, ia berlaku pada Ramadan mulia. Tindakan itu juga bagi saya telah melanggar perintah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah sebagai ketua agama,'' katanya.

Bagi memastikan perkara itu tidak berulang lagi, beliau menggesa tindakan sewajarnya dikenakan kepada pihak terbabit.

Dalam pada itu, beliau meminta umat Islam merenung pengertian ayat 108 surah at-Taubah yang antara lain mengisahkan mengenai kepentingan masjid sebagai tempat mencetuskan rasa takwa kepada Allah.

Source: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0831&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_09.htm

Jangan jatuhkan maruah ummah - Raja Dr. Nazrin Shah

Sumber: Utusan Malaysia Online.

Oleh KHAIRUL ABIDIN NUAR, utusanperak@utusan.com.my

IPOH 30 Ogos – Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin Shah menzahirkan kebimbangan terhadap umat Islam di negara ini yang disifatkannya dalam suasana kritikal, bagaikan tenggelam punca.

Keadaan itu berlaku titah baginda, akibat pemimpin memilih untuk bertelagah serta bersaing mendapatkan pengaruh sehingga tergamak melakukan perkara mencemarkan agama serta menjatuhkan maruah ummah.

Raja Dr. Nazrin bertitah, pemimpin sedemikian mungkin menyimpang daripada prinsip asas Islam yang sentiasa menyeru kepada perpaduan ummah kerana merelakan agamanya dicemari dan umatnya dihina.


Raja Dr. Nazrin Shah


Mengambil contoh penderitaan dan penghinaan yang menimpa sebahagian umat Islam di Palestin, Afghanistan dan Iran, titah baginda, ia bermula daripada pemesongan di kalangan pemimpin yang rela membuka laluan kepada orang bukan Islam untuk melakukan pencerobohan serta kemusnahan terhadap bumi dan umat Islam itu sendiri.

“Pencerobohan besar bermula daripada perbuatan kecil. Ia mungkin bermula dari surau, madrasah, masjid atau sebuah mimbar. Ia bermula daripada satu ungkapan, ucapan, khutbah, tazkirah atau doa.

“Ia bermula daripada pencerobohan kecil dan jika ketika itu orang Islam masih belum insaf, berdegil dan sombong mempertahankan ego serta memilih untuk bertelagah, mereka sebenarnya memberi petanda yang salah seolah-olah menggalakkan pencerobohan lebih besar boleh dilakukan ke atas umat dan institusi Islam,” titahnya.

Baginda bertitah demikian pada majlis Anugerah Kecemerlangan Pelajar Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (Yapeim) Peringkat Negeri Perak serta Penyampaian Sumbangan Hari Raya Aidilfitri Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk) di sini, hari ini.

Dalam perkembangan sama, baginda meminta umat Islam supaya sedar, insaf serta wajib mengambil pengajaran sebelum “nasi menjadi bubur” kerana tiada pihak lain akan bersimpati jika mereka jatuh dan menjadi lemah.

“Masa depan dan penentuan nasib umat Islam berada di tangan mereka sendiri. Selagi kekal bersatu dan teguh berpadu, tidak ada pihak boleh meruntuh atau menjatuhkannya,” titah baginda.

Sementara itu, baginda bertitah, pemimpin wajib mengambil ingatan dan insaf bahawa selagi terdapat kumpulan fakir miskin di dalam negara, mereka masih menghadapi cabaran dan tanggung jawab besar untuk memastikan pengagihan sumber kekayaan negara berlaku secara adil dan saksama.

Malah tegas baginda, kewujudan fakir miskin harus menginsafkan warga yang hidup senang dan mendapat banyak nikmat serta kemudahan untuk tidak bersifat tamak, bernafsu membolot seluruh kekayaan tanpa menghiraukan penderitaan golongan miskin dan susah.

Baginda menyifatkan usaha membantu fakir miskin dan membasmi kemiskinan adalah jihad yang perlu diberi keutamaan pihak terbabit.

Dalam titahnya, baginda memuji langkah MAIPk yang memperuntukkan sebanyak RM3 juta kepada 15,000 fakir miskin di negeri ini termasuk 5,450 orang yang masih memerlukan bantuan bulanan.

Selain itu, baginda menggalakkan badan Islam lain mencontohi langkah Yapeim menyediakan anugerah kecemerlangan untuk warga bukan Islam kerana ia dapat memperlihatkan kemurnian ajaran agama selain memupuk perpaduan di kalangan rakyat pelbagai kaum di negara ini.

Source: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0831&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_01.htm

Gambar Terbaru Dari Akhbar

Sumber: Berita Harian Malaysia Online.

Bunga Santalia – cestrum nocturnum.

By Idris Ismail Talu

Santalia atau di sesetengah tempat dinamakan sebagai sundal malam, atau nama botaninya cestrum nocturnum merupakan spesis Cestrum. Nama biasa bagi bunga ini pelbagai, termasuklah Night-blooming Cestrum, Lady of the Night, Queen of the Night, dan Night-blooming Jessamine.

Bunga santalia kembang di depan rumah penulis.

Pohon bunga ini dikatakan berasal dari pulau-pulau di Hindia Barat. Antara ciri-ciri menarik tentang bunga santalia ini ialah, ianya kembang elok selepas waktu tengah malam. Santalia juga mula mengeluarkan baunya yang harum itu, selepas tengah malam. Bagi pengunjung yang tidak biasa di sesuatu tempat yang ada bunga santalia, apabila terbau bau harum di tengah-tengah malam, akan terasa seram juga.





http://idristalu.blogspot.com/

Jambatan Iskandar Di Kuala Kangsar

By Idris Ismail Talu.

Jambatan Iskandar di Kuala Kangsar, yang dibina merentasi Sungai Perak, sungai yang terpanjang di negeri Perak Darul Ridzuan. Jambatan Iskandar merupakan salah satu jambatan besar yang terawal dibina di Semenanjung Tanah Melayu.
Ia merupakan jambatan penting untuk menghubungkan Ipoh di Lembah Kinta dengan Taiping di Larut Matang - dua daerah yang kaya dengan bijih timah. Kolonial Inggeris berusaha untuk memendekkan pusingan kerja dalam memproses bijih timah ke dalam bentuk yang lebih baik sesuai dengan kehendak pengguna di Britain dan Eropah.


Jambatan Iskandar terkini.
Kelihatan agak kurang terurus.



Jambatan Iskandar dilihat dari sebalik pagar stesen tolok Jabatan Pengairan Dan Saliran yang mempunyai dua tugas - membaca paras air Sungai Perak dan membaca paras hujan yang turun di kawasan Jambatan Iskandar ini.


http://idristalu.blogspot.com/

Makan buah ketika berbuka, sahur

Sumber: Harian Metro Malaysia Online.

Oleh Fairul Asmaini Mohd Pilus, asmaini@nstp.com.my

Tarikh: 2010/08/30

JARANG menikmati buah-buahan, tidak cukup tidur dan kurang minum air adalah antara faktor yang boleh melemah­kan sistem imunisasi badan ketika berpuasa.

Kelemahan sistem ketahanan badan boleh menyebab­kan kita mudah didatangi penyakit seperti selesema, demam dan batuk.

Ia nampak tidak begitu menakutkan, tetapi jika ­dibiarkan, ia mungkin menjurus kepada penyakit yang lebih berbahaya dan sukar dirawat.

Ketua Pakar Pemakanan Pusat Perubatan Prince Court, Datin Farah Diba Khan, berkata, sistem imunisasi badan boleh ditingkatkan dengan pengambilan makanan yang seimbang mencakupi semua nutrisi yang diperlukan badan termasuk dengan memperbanyakkan hidangan buah-buahan.

Menurutnya, masyarakat perlu banyak mengambil buah-buahan kerana ia kaya dengan vitamin serta zat yang penting bagi kesihatan tubuh badan.

Antara buah yang digalakkan untuk diambil adalah kiwi kerana ia bukan saja kaya dengan vitamin C dan E, malah mengandungi pelbagai zat penting seperti serat, magnesium, zink serta fosforus.

Isi buah kiwi.

Bagaimanapun, katanya, masyarakat di Malaysia kurang meminati buah berkenaan dan ada yang beranggapan harganya mahal kerana ia diimport dari luar negara.

Kiwi tidaklah semahal yang disangka dan mempunyai kandungan vitamin yang banyak.

Buah kiwi di ladang.

“Ibu bapa harus mempelbagaikan sajian buah-buahan anak mereka dan tidak hanya terhad kepada jenis tertentu saja.

“Kiwi sebagai contoh memang elok untuk dinikmati setiap hari kerana kajian membuktikan ia kaya dengan vitamin dan zat yang diperlukan badan.

“Walaupun ibu bapa tidak begitu menggemarinya, jangan sesekali menjadikan ia sebagai halangan untuk tidak menyelitkan buah ini dalam sajian harian anak-anak,” katanya ketika ditemui baru-baru ini.

Buah khurma.

Menurut Farah Diba, lebih elok untuk kita mengambil vitamin dan zat secara terus daripada buah-buahan berbanding mendapatkannya menerusi pengambilan pil pemakanan tambahan.

Buah-buahan yang dinikmati segar mengandungi kandu­ngan vitamin yang tinggi dan disebabkan itu ibu bapa perlu mendidik anak mereka sejak kecil supaya mengambil buah-buahan dalam menu harian mereka.

“Buah-buahan tidak kira tempatan mahupun dari luar negara memang mudah didapati di negara kita. Jadi, memang tiada alasan untuk tidak mengambilnya setiap hari.

“Jika dibandingkan dengan pil vitamin tambahan, buah-buahan lagi berbaloi untuk dinikmati kerana ia mengenyangkan dan mempunyai kandungan serat tinggi yang berfungsi membantu melancarkan sistem penghadaman.

“Lebih penting, buah-buahan juga lebih murah dan menjimatkan serta amat sesuai bagi mereka yang memiliki sumber kewangan terhad,” katanya.

Tambahnya, daripada segi sains, buah-buahan sangat elok untuk dinikmati sama ada ketika berbuka atau bersahur kerana ia mempunyai kandungan gula yang rendah, kurang kalori dan kaya dengan air.

Jika anak bosan menikmati begitu saja, ibu boleh mempelbagaikan hidangan seperti mencampurkan kiwi ke dalam salad, bijirin mahupun dimakan bersama yogurt.

“Makan kiwi begitu saja setiap hari memang menjemukan lebih-lebih bagi kanak-kanak yang sememangnya tidak menggemari buah-buahan.

“Untuk itu, ibu perlu kreatif mempelbagaikan sajian dengan mencampurkan kiwi di dalam hidangan kegemaran anak mereka,” katanya.

Mengenai masalah penghadaman seperti sembelit, gastrik dan kembung perut yang dihadapi ramai ketika bulan puasa, katanya, ­masyarakat perlu mengubah cara masakan dan mengurangkan hidangan bergoreng atau menggunakan santan.

Paling mustahak, pesakit gastrik tidak boleh mening­galkan sahur dan mengambil hidangan seperti yang disarankan piramid makanan.

“Pesakit gastrik juga perlu mengurangkan pengambilan makanan berminyak dan pedas kerana bimbang boleh menyebabkan penyakit bertambah teruk.

“Jadi, jika anda mempunyai penyakit gastrik, berhati-hatilah dengan jenis makanan yang diambil,” katanya.

Makanan yang paling ideal sebagai permulaan ketika waktu berbuka puasa adalah air suam dan kurma.

Ini kerana perut kita tidak menerima sebarang makanan selama hampir 12 jam dan seharusnya ia dimulakan dengan makanan yang ringan dan manis supaya perut dapat beransur-ansur menerima makanan lain yang lebih berat.

Buah manggis - buah tempatan yang berkhasiat.

Menurutnya, pengambilan air kopi dan teh juga tidak digalakkan kerana kita akan kerap buang air kecil dan akan mengurangkan lagi kandungan air dalam badan.

Jika air berkurangan, kita akan menjadi cepat letih, lesu dan tidak bermaya untuk menjalani ibadah puasa keesokan harinya.

Pengambilan makanan selepas berbuka juga harus disusun seperti mana waktu biasa seperti sarapan pagi, makan tengah hari dan makan malam. Cuma yang membezakannya adalah ia dilakukan semuanya selepas berbuka.

Buah rambutan juga amat berkhasiat.

Jelasnya, susun dan praktikkan waktu pemakanan yang ideal selepas berbuka. Berbuka puasa dimulakan de­ngan memakan dua biji kurma dan air suam. sSelepas seketika, mulakan dengan menu sarapan pagi yang normal, sekadar cukup untuk kita menjalankan solat Maghrib.

Buah dokong yang telah masak di pokoknya.

“Selepas solat Maghrib, boleh diteruskan dengan kuih-muih dan memperbanyak minum air suam sebelum solat Tarawih. Selepas solat Tarawih, bolehlah kita bersedia untuk mengambil makanan tengah hari pula. “Seperti waktu makanan tengah hari biasa, pengambilan nasi, bihun atau pasta dan diselangi pula dengan lauk-pauk.

Rambutan masak segar di pohon.

“Ketika ini, perut kita sudah menjalankan proses pencernaan sejak berbuka dan kini ia bersedia untuk memproses makanan yang berat pula. “Paling mustahak, jangan sesekali tidur ketika kenyang kerana ia boleh ­menyebabkan makanan tidak dapat diproses dengan baik, sekali gus ­disimpan sebagai lemak berlebihan,” jelasnya.

Source: http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Makanbuahketikaberbuka_sahur/Article

Pembukaan kota Makkah tanda kejayaan perkembangan syiar Islam

Sumber: Berita Harian Malaysia Online.

Tarikh: 2010/08/30


PEMBUKAAN kota Makkah antara peristiwa besar dalam sejarah Islam yang berlaku pada Ramadan, tahun ke-8 hijrah. Pembukaan kota Makkah dilihat sebagai kejayaan penting dalam peribadatan dan perkembangan syiar Islam kerana di sini terletak kiblat orang Islam, Kaabah.

Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Sesungguhnya Kami sudah membuka bagi perjuanganmu (wahai Muhammad) satu jalan kemenangan yang jelas nyata. Kemenangan yang dengan sebabnya Allah mengampunkan salahmu yang lalu dan yang terkemudian dan menyempurnakan nikmat-Nya kepadamu serta menambahkanmu hidayah ke jalan lurus (dalam mengembangkan Islam dan melaksanakan hukum-hukumnya). Dan dengan sebabnya Allah memberikanmu pertolongan (untuk mencapai kejayaan) dengan sepenuh-penuhnya dan sehebat pertolongan (yang tidak ada tolok bandingnya).” (Surah al-Fath, ayat 1-3) Peristiwa ini berlaku apabila Bani Bakr dalam naungan Quraisy menyerang Bani Khuzaah dalam naungan Islam pimpinan Rasulullah SAW. Serangan Bani Bakr dibantu pihak kafir Quraisy. Tindakan ini menimbulkan kemarahan orang Islam kerana dengan pertolongan itu, pihak Quraisy melanggar perjanjian Hudaibiyah yang dipersetujui mereka. Serangan itu juga menyebabkan hampir 20 orang daripada Bani Khuzaah terbunuh.

Oleh kerana serangan itu dibantu pihak Quraisy, maka Amru bin Salim bersama rakannya daripada Bani Khuzaah bergegas ke Madinah untuk memberitahu dan meminta bantuan daripada Rasulullah SAW.

Apabila pihak Quraisy mendengar permintaan Bani Khuzaah kepada Rasulullah SAW, mereka begitu menyesal lalu menghantar Abu Sufian bin Harb bertemu Baginda untuk merayu dan memohon maaf namun, Rasulullah SAW dan sahabat tidak menghiraukannya. Dengan keputusan itu, beliau pulang dengan perasaan hampa dan kecewa ke Makkah.

Oleh kerana perjanjian Hudaibiyah dilanggar pihak Quraisy, maka Rasulullah SAW menyiapkan angkatan Muslimin dengan jumlah mencecah hingga 10,000 orang berangkat ke Makkah. Keberangkatan Rasulullah SAW dan sahabat ke Makkah dapat dijangka oleh pihak Quraisy.

Catatan sejarah menjelaskan bahawa sahabat dapat mematahkan cubaan Hatob untuk mengutuskan surat ke Makkah bagi memaklumkan keberangkatan Muslimin.

Apabila Hatob dihadapkan kepada Rasulullah SAW, beliau menjelaskan bahawa tujuan mengutus surat ke Makkah melalui seorang wanita untuk memaklumkan keluarganya mengenai keberangkatan Muslimin dan bukan berpaling tadah atau murtad. Alasan ini diterima Rasulullah SAW kerana beliau adalah salah seorang pejuang di medan Badar yang Allah SWT janjikan keampunan.

Setiba Rasulullah SAW di Makkah, orang Islam berjaya memasukinya tanpa tentangan sengit. Walaupun pertempuran berlaku, ia dapat dipatahkan oleh Khalid Ibn Walid dan sahabat lain.

Baginda menghancurkan berhala di sekeliling Kaabah sebagai simbol berakhirnya penyembahan berhala di Makkah.

Source: http://www.bharian.com.my/bharian/articles/PembukaankotaMakkahtandakejayaanperkembangansyiarIslam/Article

Jangan biar penghinaan

Sumber: Berita Harian Malaysia Online.

Jangan biar penghinaan, 'pencerobohan' ke atas umat Islam, titah Raja Nazrin

Tarikh: 2010/08/30

IPOH: Penderitaan dan penghinaan yang menimpa sebahagian umat Islam hari ini, bermula dari pemesongan di kalangan pemimpin sehingga pemimpin reda membuka laluan membolehkan yang bukan Islam melakukan pencerobohan terhadap bumi serta umat Islam.

Raja Muda Perak, Raja Dr Nazrin Shah, bertitah pencerobohan besar bermula dari perbuatan kecil, mungkin bermula dari sebuah surau, madrasah, masjid atau mimbar. Titah baginda, pencerobohan itu itu juga boleh bermula daripada satu ungkapan, ucapan, khutbah, tazkirah atau satu doa. "Ia bermula daripada pencerobohan kecil dan jika dalam menghadapi pencerobohan kecil, umat Islam masih belum insaf, masih berdegil dan masih sombong mempertahankan ego, masih memilih untuk bertelagah, umat Islam sebenarnya memberikan petanda yang salah.

"Petanda seolah-olah menggalakkan pencerobohan lebih besar boleh dilakukan ke atas umat Islam dan terhadap institusi Islam," titah baginda di sini, petang ini.

Baginda bertitah demikian di Majlis Anugerah Kecemerlangan Pelajar Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) Peringkat Perak dan Penyampaian Sumbangan Hari Raya Aidil Fitri Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk), di Kompleks Islam Darul Ridzuan, di sini.

Turut berangkat Raja Puan Besar Perak, Tuanku Zara Salim.

Source: http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Janganbiarpenghinaan__pencerobohan_keatasumatIslam_titahRajaNazrin/Article

Ahad, 29 Ogos 2010

Menerima Tetamu R@ntaunet Dari Ranah

By Idris Ismail Talu.

Pagi Ahad, 29 Ogos 2010, saya terima panggilan telefon dari Ustadz Zulharbi Salim mengatakan beliau akan menaiki bas ekspres dari Kuala Lumpur ke Ipoh. Menjelang tengahari, penulis menjemput beliau di terminal bas Ipoh dan membawa terus ke rumah sahabat lama beliau semasa menuntut di Universiti Islam Madinah dahulu.


Sahabat lama bertemu.

Dari kiri, Ustadz Zulharbi, Tuan Haji Muhammad Rifai, Tuan Haji A. Rahman dan penulis, di rumah Tuan Haji Muhammad Rifai, di Ipoh.

Pertemuan dua sahabat lama.

Dalam suasana kekeluargaan.

Ustadz Zulharbi dan Tuan Haji A. Rahman di pondok penulis.

Penulis bersama dua tetamu istimewa dari Ranah.

http://idristalu.blogspot.com/

CLICK NOW

Tajuk Kegemaran