TO ALL MY BLOG READERS

TERIMA KASIH - شكرا لك - THANK YOU - ありがとうございました - 谢谢您 - Teşekkürler - Mulţumesc - Obrigado

Selasa, 28 Disember 2010

Daftar dulu haji walaupun duit belum cukup

Tabung Haji Kuantan.

KUANTAN 28 Dis. - Umat Islam di negeri Pahang ini yang berhasrat menunaikan ibadat haji dinasihat membuat pendaftaran awal walaupun perbelanjaan untuk tujuan itu belum mencukupi.

Pengarah Tabung Haji negeri Pahang, Mohyen Mosman berkata, pendaftaran haji sentiasa dibuka kepada mereka yang berhasrat menunaikan rukun Islam kelima itu dengan bayaran minimum sebanyak RM1,300.

"Saya menggalakkan mereka yang belum mendaftar untuk menunaikan haji supaya berbuat demikian sekarang dan jangan hanya tunggu sehingga berumur lanjut atau perbelanjaan telah mencukupi.

"Masalahnya, kebanyakan bakal haji membuat pendaftaran apabila perbelanjaan mengerjakan haji telah mencukupi.

"Sebenarnya, mereka boleh mendaftar awal kerana ia akan memendekkan masa menunggu ekoran kuota yang ditetapkan adalah terhad," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan kelengkapan persekolahan kepada fakir miskin dan anak yatim di sini hari ini.

Seramai 43 pelajar sekolah rendah dan menengah menerima pakaian sekolah termasuk kasut dan wang saku sempena sesi persekolahan yang bermula minggu depan.

Menurut Mohyen, bakal haji boleh menyimpan duit sedikit demi sedikit selepas membuat pendaftaran.

"Selain itu, mereka yang terpilih perlu menghadiri kursus yang dijalankan oleh Tabung Haji sebagai persediaan untuk menunaikan Rukun Islam kelima itu.

"Sekiranya mereka menghadiri dan memberi tumpuan semasa kursus dijalankan, segala urusan di Mekah akan menjadi lebih mudah," jelasnya sambil memberitahu perbelanjaan mengerjakan haji pada masa ini sebanyak RM9,980 seorang.

Tambahnya, bakal haji juga disaran menjaga kesihatan dengan baik kerana ia merupakan faktor utama untuk menjalani ibadah tersebut dengan sempurna.

Source: Utusan Malaysia Online

Tiada ulasan:

CLICK NOW

ANDA TETAMU BLOG SAYA

Tajuk Kegemaran