Oleh NORLIZA ABD. RAHMAN, pengarang@utusan.com.my
PUTRAJAYA 1 Dis. – Kementerian Pengajian Tinggi memperuntukkan RM2.68 bilion bagi melahirkan puluhan ribu graduan di peringkat ijazah Sarjana (MyMaster), ijazah Kedoktoran Falsafah (MyPhD) dan PhD Industri menerusi Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10).
Menterinya, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, dalam tempoh lima tahun, kerajaan optimis dapat melahirkan 5,000 graduan PhD selain 40,000 graduan MyMaster, 500 graduan PhD Industri dan 9,700 graduan untuk Skim Latihan Akademik institusi pengajian tinggi awam (IPTA).
Katanya, sejajar dengan matlamat menjayakan transformasi ekonomi negara bagi mencapai status negara maju pada 2020, kerajaan perlu melahirkan modal insan berpengetahuan tinggi, inovatif dan kreatif.
“Menerusi program itu, kita dapat merealisasikan hasrat menjadikan Malaysia hab inovasi apabila hasil penyelidikan dan kajian dilakukan di IPT tempatan dan bukan lagi di luar negara.
“Dalam konteks PhD Industri pula, ia dilihat sebagai satu pendekatan inovatif untuk melebarkan penyertaan khususnya profesional dan pengamal industri untuk menyambung pengajian di peringkat PhD melalui mod pengajian bukan konvensional,” katanya pada majlis pra pelancaran program tersebut, di sini hari ini.
Katanya, pendekatan baru strategik itu bakal memperkasa lagi hubungan industri dan akademia khususnya melalui penyeliaan bersama, penggunaan kemudahan serta perkongsian kepakaran sesama mereka.
Mohamed Khaled berkata, sebanyak 15 IPT tempatan telah menyatakan kesediaan untuk bekerjasama menawarkan PhD Industri dan jumlah itu akan bertambah dari semasa ke semasa.
Beliau berkata, dari segi kaedah pelaksanaannya, penuntut disyaratkan bekerja dalam negara sebagai syarat kontrak dan perlu membayar balik kepada kerajaan jika didapati bekerja di luar negara.
Katanya, bagi MyMaster pula, tiada syarat dikenakan tetapi jika penuntut gagal menghabiskan pengajian, mereka perlu membayar balik pembiayaan sebanyak RM10,000.
Menurutnya, jumlah maksimum bagi pembiayaan MyPhD ialah RM24,000 manakala bagi MyPhD Industri sebanyak RM50,000 kerana ia melibatkan soal penyeliaan yang perlu dilakukan pihak industri.
“PhD Industri memberi tumpuan kepada profesional dan pengamal industri dalam menghasilkan inovasi dan meningkatkan daya saing melalui penyelidikan berasaskan industri,” katanya.
Permohonan dalam talian yang sudah mula dibuka hari ini dan terbuka kepada pelajar awam, kakitangan swasta dan pensyarah IPTS.
Antara IPT yang menawarkan tempat pengajian ialah semua IPTA dan IPTS berkaitan dengan kerajaan seperti Universiti Teknologi Petronas, Universiti Multimedia dan Universiti Tenaga Nasional.
Source: Utusan Malaysia Online
TO ALL MY BLOG READERS
TERIMA KASIH - شكرا لك - THANK YOU - ありがとうございました - 谢谢您 - Teşekkürler - Mulţumesc - Obrigado
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
CLICK NOW
Tajuk Kegemaran
-
(Oleh Tuan Haji Duan Yusof) Bahan-bahannya : Daging Segar (samada daging kerbau atau lembu)- Lebih Kurang 1 kilogram…Lobi...
-
By Idris Talu Sesuai dengan peranan Kementerian Pelajaran Malaysia yang telah menginstitusikan elemen pembangunan akhlak mulia dalam Teras ...
-
By Idris Ismail Talu Anak-anak mengajak abah dan emaknya berehat di Cameron Highlands. Penulis dan isteri setuju saja. Pergilah kami, anak b...
-
Mekah & Madinah 1428H/2007 By Idris Talu Ziarah Wida' Dan Subuh Terakhir Di Madinah Sebelum Balik Ke Malaysia. Inilah saat yang pali...
-
By Idris Talu. Buah kasai atau dalam bahasa botaninya - “ Pometia pinnata “ - dikenali juga sebagai buah matoa di kepulauan Papua. Kasai...
-
Oleh Rohaniza Idris, roha@bharian.com.my Courtesy: Berita Harian Malaysia Sejarah Haji di Malaysia Foto: Courtesy - Berita Harian Dipercaya...
-
By Idris Talu Buah yang agak jarang boleh ditemui. Di kampung penulis, ianya dikenali dengan nama "gucil". Di tempat lain, penu...
-
Source: Mingguan Malaysia Selak-selak surat khabar lama, terjumpalah gambar ini. Nostalgik bukan? Suatu gambaran cara kita masak dodol zaman...
-
Dipetik dari akhbar Mingguan Malaysia 11 Januari 1976. Gambar ini merupakan gambar keluarga terakhir yang diambil oleh keluarga Allahyarham ...
-
Kuala Lumpur, 2 Februari 2010 Courtesy: Portal Rasmi Kementerian Penerangan Komunikasi & Kebudayaan Foto: Muhamad Zulfadli Selamat. Sour...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan