PUTRAJAYA: “Anugerah ini menjadi inspirasi serta dorongan kepada saya terus berusaha demi negara,” kata penerima Tokoh Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan 1432H/2010M, Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz, 63.
Zeti yang juga penerima wanita pertama sejak Tokoh Maal Hijrah dianjurkan 24 tahun lalu berkata, anugerah itu juga penghargaan besar kepadanya, dan tidak menyangka terpilih untuk diberikan pengiktirafan itu.
“Ini pengiktirafan dan penghormatan amat besar kepada saya dan saya tidak sangka. Saya sangat berterima kasih dan ini juga sebagai dorongan untuk saya terus berusaha untuk negara,” katanya ketika ditemui media selepas Majlis Perhimpunan Sambutan Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan 1432H/2010M di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini, semalam.
Anugerah disampaikan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Mizan Zainal Abidin. Hadir sama, Raja Permaisuri Agong, Tuanku Nur Zahirah; Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Jamil Khir Baharom.
Beliau menerima hadiah wang tunai RM100,000, pingat, plak dan sijil penghargaan.
Zeti yang juga Gabenor Bank Negara (BNM) berkata, beliau percaya lebih ramai wanita di negara ini mampu mencapai kejayaan seperti dikecapinya, sekiranya mereka berusaha bersungguh-sungguh.
“Mesti ada wanita lain boleh berjaya, di Bank Negara sendiri ada timbalan dan Penolong gabenor wanita, jadi pada masa depan saya percaya lebih ramai wanita akan berjaya bukan saja dalam sektor kerajaan tetapi juga dalam sektor swasta.
Ibu kepada dua anak itu juga berkata, beliau gemar membaca dan kebanyakan masanya dihabiskan membaca buku terutama mengenai bidang kewangan, pembangunan kepemimpinan dan pembinaan diri.
Beliau turut menasihatkan pelajar sekolah mempunyai keinginan dan perasaan ingin tahu mengenai sesuatu perkara memperoleh lebih banyak pengetahuan.
Sementara bapa Zeti, Prof Diraja Ungku Aziz berkata, beliau amat terharu anak tunggalnya diberi pengiktirafan terbabit, sekali gus menjadi generasi kedua dalam keluarganya yang menerima anugerah berkenaan.
“Saya terharu sebab dia wanita pertama dan pakar ekonomi sulung (yang menerima anugerah berkenaan). Saya rasa dia boleh mentadbir masalah ekonomi dan kewangan khususnya kepakarannya dalam kewangan Islam.
Ditanya pendekatan diambil untuk mendidik anaknya, beliau berkata beliau sentiasa memberi kebebasan kepada Zeti termasuk memilih sendiri subjek diminati atau mahu sambung belajar di mana tanpa sebarang paksaan.
“Saya bincang dengan dia tapi dia buat keputusan, saya tak pernah paksa dan cuba mempengaruhinya. Saya sendiri anak yatim sebelum perang dan saya perlu berdikari,” katanya.
Zeti terpilih sebagai Tokoh Maal Hijrah dibuat jawatankuasa pemilihan dipengerusikan Jamil Khir mendapati beliau memenuhi semua kriteria ditetapkan termasuk berpengetahuan luas dan mendalam dalam disiplin ilmu dimanfaatkan ke arah pembangunan ummah, agama dan negara.
Selain itu, beliau juga mempunyai sifat dan peribadi unggul yang boleh dijadikan teladan, memberi sumbangan cemerlang dalam perkembangan syiar Islam dan pembangunan ummah serta ketokohannya mendapat pengiktirafan dan diterima masyarakat umum.
Beliau yang memulakan karier sebagai penyelidik ekonomi di Pusat Penyelidikan dan Pembelajaran Bank Pusat Asia Tenggara pada 1979, turut menjadi tokoh penting kerana berjaya memulihkan ekonomi Malaysia daripada krisis kegawatan ekonomi pada 1998.
Berpegang pada prinsip ‘Hidup biarlah menabur bakti dan jasa, isteri kepada Dr Tawfiq Ayman itu juga berjaya mengangkat Malaysia sebagai sebuah pusat kewangan dan perbankan Islam unggul mempunyai landskap kewangan Islam komprehensif hingga menjadi rujukan dunia.
Source: Harian Metro Malaysia Online
TO ALL MY BLOG READERS
TERIMA KASIH - شكرا لك - THANK YOU - ありがとうございました - 谢谢您 - Teşekkürler - Mulţumesc - Obrigado
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
CLICK NOW
Tajuk Kegemaran
-
إدريس اسماعیل تالو Idris Talu Buah pisang kebatu @ kepok @ abu. Pisang abu atau pisang kebatu ini mempunyai kulit teba...
-
By Idris Talu. Buah kasai atau dalam bahasa botaninya - “ Pometia pinnata “ - dikenali juga sebagai buah matoa di kepulauan Papua. Kasai...
-
By Idris Talu. Nama saintifiknya: Carica papaya. Nama lain: Kulikih, kalikih, parenghek, situkau, sampelo, kapelo, santelo (Minang), p...
-
By Idris Talu Salah satu usaha ternakan di Ladang Infoternak Sungai Siput Utara ialah ternakan rusa. Usaha ini amat berjaya setakat ini....
-
Kueh Pinukuik Oleh: Rita Desfitri Lukman [R@ntau-Net] MAMBUEK PINUKUIK CARO KAMPUANG Assalamu'alaikum Wr. Wb. Dek sabanta lai mungkin du...
-
By Idris Talu Petai kerayong tidak ada banyak bezanya dengan petai biasa. Petai kerayong bila matang, buah dan kulitnya menjadi keras, tida...
-
By Idris Ismail Talu Arrowhead atau ngaku, atau kentang Cina merupakan sejenis “ubi” yang lembut yang kononnnya ditanam di dalam sawah berai...
-
By Idris Ismail Talu. Selepas kita membakar sampah dan dedaunan kering di kebun, biasanya tidak lama selepas itu, anak-anak pokok pucuk mera...
-
Oleh Helmy Abd Rahman, helmy@hmetro.com.my BANK Islam Malaysia Bhd (BIMB) mengintai peluang untuk bekerjasama dengan rakan kongsi berpotensi...
-
Sumber: Utusan Malaysia Online Tarikh siar: 02 Oktober 2010. Oleh ZUARIDA MOHYIN, Gambar ASMARUDDIN JAMALUDDIN KOMBINASI reka bentuk seni bi...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan