TO ALL MY BLOG READERS

TERIMA KASIH - شكرا لك - THANK YOU - ありがとうございました - 谢谢您 - Teşekkürler - Mulţumesc - Obrigado

Ahad, 5 Disember 2010

MAHA 2010: MAHA medan bagi individu rajin: Dr M


Oleh Nadia Hamid, nnadia@bharian.com.my


Tarikh - 2010/12/05

Penganjuran mampu tingkat pendapatan petani, penternak
SERDANG: Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Antarabangsa (MAHA) yang berlangsung sehingga hari ini menjadi medan bagi meningkatkan industri pertanian dan penternakan negara ke peringkat antarabangsa.


Di antara bas-bas yang membawa pengunjung MAHA 2010.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, berkata penyertaan pempamer luar negara juga membuktikan pameran ini bukan saja mendapat sambutan dari negara luar malah berkembang setiap tahun serta mampu menarik sasaran lebih dua juta pengunjung. Dr Mahathir yang juga pengunjung setia MAHA berkata, penganjuran pameran itu mampu meningkatkan pendapatan individu yang rajin terutama golongan petani dan penternak yang bijak mencari peluang.

“Pameran ini menjadi medan bagi individu yang rajin berusaha. Di Malaysia, seharusnya tiada rakyat miskin kerana jika berusaha dan berdaya saing, mereka akan berjaya,” katanya selepas melawat laman ternakan di pameran MAHA 2010, di sini, semalam.

Bas-bas pembawa para pengunjung MAHA 2010.
Beliau turut diiringi isteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali dan Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Johari Baharum.

Tiada ulasan:

CLICK NOW

Tajuk Kegemaran