TO ALL MY BLOG READERS

TERIMA KASIH - شكرا لك - THANK YOU - ありがとうございました - 谢谢您 - Teşekkürler - Mulţumesc - Obrigado

Isnin, 20 Disember 2010

Semak peraturan lapuk

Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah.

Oleh AMIZUL TUNIZAR AHMAD TERMIZI, utusanperak@utusan.com.my

IPOH 18 Dis. - Kementerian Kewangan sedang menyemak semula semua peraturan kewangan yang sudah'lapuk' dan tidak lagi relevan untuk dipinda agar sesuai dengan peredaran semasa.

Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berkata, langkah tersebut dibuat supaya peraturan-peraturan kewangan tersebut tidak menjadi penghalang kepada pelaksanaan sesuatu inisiatif.

Katanya, peraturan-peraturan yang diperkenalkan lama dahulu mungkin sesuai pada zaman itu tetapi ia mungkin tidak begitu relevan pada masa kini.

''Sebagai contoh, kita hendak bawa masuk guru bahasa Inggeris. Kita hendak belajar bahasa Inggeris dari mulut orang yang bercakap bahasa Inggeris.

''Kemudian kita kenakan bon jaminan kepada pembekal. Jadi, untuk apa? Bon jaminan itu boleh menjadi halangan kepada pelaksanaannya," katanya kepada pemberita selepas menyerahkan cek RM34,000 kepada Pengarah Penyiaran Perak, Noraini Idris untuk pembelian peralatan kamera jabatan itu, di sini hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai reaksi kepada saranan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, agensi kerajaan perlu berani mengkaji semula syarat atau keputusan membabitkan kepentingan umum supaya apa yang dirancang dapat dilaksanakan dengan berkesan.

Perdana Menteri berkata, ini kerana sebelum ini keputusan yang dibuat mungkin dirasakan tepat namun bila ditetapkan syarat, ia menyukarkan pelaksanaan sesuatu perkara atau projek itu.

Dalam pada itu, mengulas mengenai Bajet 2012 nanti, Ahmad Husni memberitahu, pihaknya telah mendapatkan bantuan Bank Dunia untuk mengkaji pengurusan perbelanjaan awam negara.

Jelasnya, ia bagi memastikan perbelanjaan negara mempunyai nilai untuk wang.

''Kita sudah beritahu kepada Bank Dunia supaya dapat menyiapkan kajian tersebut sebelum bajet akan datang agar kita dapat gunakannya bagi penyediaan Bajet 2012 nanti," ujarnya.

Source: Mingguan Malaysia Online

Tiada ulasan:

CLICK NOW

ANDA TETAMU BLOG SAYA

Tajuk Kegemaran