TO ALL MY BLOG READERS

TERIMA KASIH - شكرا لك - THANK YOU - ありがとうございました - 谢谢您 - Teşekkürler - Mulţumesc - Obrigado

Memaparkan catatan dengan label Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah. Papar semua catatan

Sabtu, 19 Mei 2012

Eksport produk halal ke Afrika Utara, Eropah


IPOH 19 Mei - Malaysia berhasrat mengeksport produk halal ke Afrika Utara dan Eropah menerusi kerjasama dengan Tunisia di bawah program Strategi Perkongsian Negara Anggota (MCPS) yang dilancarkan oleh Bank Pembangunan Islam (IDB) baru-baru ini.

Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berkata, Tunisia merupakan platform terbaik kerana negara tersebut turut membentuk kerjasama ekonomi dengan empat lagi negara Afrika Utara yang mempunyai hubungan perdagangan baik dengan Eropah.

"Selain Tunisia, negara Afrika Utara lain iaitu Libya, Maghribi, Mauritania, Libya dan Algeria telah membentuk satu kerjasama ekonomi dengan pasarannya kira-kira 90 juta penduduk.

"Oleh kerana hubungan perdagangan negara-negara itu dengan Eropah amat rapat, ini merupakan platform terbaik untuk kita mengeksport produk halal ke Eropah yang mempunyai lebih 22 juta penduduk Islam," katanya kepada pemberita selepas majlis minum petang dengan guru-guru sekolah di kawasan Parlimen Tambun di sebuah hotel di sini hari ini.

Isnin, 20 Disember 2010

Semak peraturan lapuk

Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah.

Oleh AMIZUL TUNIZAR AHMAD TERMIZI, utusanperak@utusan.com.my

IPOH 18 Dis. - Kementerian Kewangan sedang menyemak semula semua peraturan kewangan yang sudah'lapuk' dan tidak lagi relevan untuk dipinda agar sesuai dengan peredaran semasa.

Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berkata, langkah tersebut dibuat supaya peraturan-peraturan kewangan tersebut tidak menjadi penghalang kepada pelaksanaan sesuatu inisiatif.

Katanya, peraturan-peraturan yang diperkenalkan lama dahulu mungkin sesuai pada zaman itu tetapi ia mungkin tidak begitu relevan pada masa kini.

''Sebagai contoh, kita hendak bawa masuk guru bahasa Inggeris. Kita hendak belajar bahasa Inggeris dari mulut orang yang bercakap bahasa Inggeris.

''Kemudian kita kenakan bon jaminan kepada pembekal. Jadi, untuk apa? Bon jaminan itu boleh menjadi halangan kepada pelaksanaannya," katanya kepada pemberita selepas menyerahkan cek RM34,000 kepada Pengarah Penyiaran Perak, Noraini Idris untuk pembelian peralatan kamera jabatan itu, di sini hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai reaksi kepada saranan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, agensi kerajaan perlu berani mengkaji semula syarat atau keputusan membabitkan kepentingan umum supaya apa yang dirancang dapat dilaksanakan dengan berkesan.

Perdana Menteri berkata, ini kerana sebelum ini keputusan yang dibuat mungkin dirasakan tepat namun bila ditetapkan syarat, ia menyukarkan pelaksanaan sesuatu perkara atau projek itu.

Dalam pada itu, mengulas mengenai Bajet 2012 nanti, Ahmad Husni memberitahu, pihaknya telah mendapatkan bantuan Bank Dunia untuk mengkaji pengurusan perbelanjaan awam negara.

Jelasnya, ia bagi memastikan perbelanjaan negara mempunyai nilai untuk wang.

''Kita sudah beritahu kepada Bank Dunia supaya dapat menyiapkan kajian tersebut sebelum bajet akan datang agar kita dapat gunakannya bagi penyediaan Bajet 2012 nanti," ujarnya.

Source: Mingguan Malaysia Online

CLICK NOW

Tajuk Kegemaran