TO ALL MY BLOG READERS

TERIMA KASIH - شكرا لك - THANK YOU - ありがとうございました - 谢谢您 - Teşekkürler - Mulţumesc - Obrigado

Rabu, 9 Mei 2012

Jas, Perian, Temponek atau Jias - Artocarpus rigidus


إدريس اسماعیل  تالو
Idris Ismail Talu

 Buah jas @ jias @ perian @ temponek.

Ada juga yang memanggilnya sebagai nangka kera.

Buah jias, atau jas atau perian atau temponek ini adalah dari keluarga “artocarpus” iaitu keluarga cempedak, nangka, terap sukun dan sebagainya.

Buah ini dikenali di sesetengah tempat di Perak sebagai buah jias atau buah jas. Sementara di Pahang ianya dikenali sebagai buah perian. Pokoknya boleh mencapai ketinggian 30 meter.

Di dalam Kamus Dewan (Dr Teuku Iskandar) terbitan/cetakan tahun 1970, ianya juga dikenali sebagai “mendeluka”, “tampang”, dan “tempunai” (Artocarpus rigidus). Dalam bahasa Vietnam, buah jas ini disebut  "mít nài".

Selain dari nama-nama di atas, ianya dikenali juga sebagai nangka kera (monkey jack) atau temponek. Setakat ini belum dihybridkan lagi, di mana pokoknya tetap tinggi melayut tidak seperti tarap di Sabah dan Sarawak yang telah dihybridkan.


2 ulasan:

Rafikasastras berkata...

Assalamualaikum tuan. Tuan tahukah di mana hendak mendapat anak benih temponek ini?

Rafikasastras berkata...

Assalamualaikum Tuan. Tuan tahukah di mana saya boleh mendapatkan anak benih pokok ini?

CLICK NOW

ANDA TETAMU BLOG SAYA

Tajuk Kegemaran