TO ALL MY BLOG READERS

TERIMA KASIH - شكرا لك - THANK YOU - ありがとうございました - 谢谢您 - Teşekkürler - Mulţumesc - Obrigado

Rabu, 9 Mei 2012

Jual batu delima palsu


BANDAR SERI BEGAWAN: Tiga lelaki Indonesia semalam, mengaku bersalah menipu orang ramai dengan menjual batu delima palsu yang dikatakan mempunyai kuasa merawat penyakit.

Majistret Kanan, Pengeran Masni Pengeran Haji Bahar mendengar pertuduhan terhadap Fahrizal Abdul Hamid, Abdullah Siraj Ishak dan Mohamad Sabran dari Pontianak Indonesia yang datang ke negara itu sebagai pelancong. Mereka akan dijatuhkan hukuman pada 14 Mei.

Pada 10 Oktober, 2011, ketiga-tiga defendan pergi ke pusat beli-belah Yayasan SHHB untuk menjual batu delima palsu yang dibeli di Indonesia dengan harga RP200,000 (RM67).

Mereka terjumpa seorang lelaki tua duduk di bangku di tingkat bawah tanah bangunan itu lalu mengajaknya berbual.

Mereka memberitahu lelaki itu batu delima itu berharga B$3,000 (RM7,400) dan sesiapa yang memilikinya akan bernasib baik dan ia boleh mengubat segala penyakit.

Mangsa mengeluarkan dompet dan berkata dia hanya mempunya B$300 (740) dan defendan mengatakan ia menerima harga itu lalu mengambil wang mangsa.

Pada hari yang sama, mangsa sedar dia ditipu lalu membuat laporan polis.

Pada 7 November, 2011, Abdullah dan Sabran bertemu seorang wanita tua berjalan sendirian di lorong di belakang Hotel Brunei dan bercerita mengenai batu delima itu.

Mangsa berkata tidak mempunyai wang tetapi bersetuju menukarnya dengan menyerahkan rantai emas yang mempunyai tiga loket.

Setelah melakukan pertukaran, barulah mangsa sedar dia ditipu lalu membuat laporan polis.

Abdullah dan Sarban sekali lagi mencari mangsa dan menemui seorang wanita tua dekat pusat beli-belah Kota Mutiara. Kejadian berlaku pada Disember, 2011.

Mangsa ketiga ditipu ketika dua defendan itu bertanya sekiranya mangsa tahu kedai emas di mana mereka boleh menjual batu delima yang mempunyai kuasa untuk merawat penyakit. - Brunei Times

Tiada ulasan:

CLICK NOW

ANDA TETAMU BLOG SAYA

Tajuk Kegemaran