Oleh Yusmawati Mhd Yusof dan Arifin
Salleh, am@hmetro.com.my
ALOR GAJAH:
“Sebaik membuka pintu bilik, saya nampak seorang lelaki sebelum dia membaling
pemotong besi yang mengenai kepala menyebabkan saya melepaskan sedas tembakan
ke arah kaki kirinya,” kata mangsa samun bersenjata, Mohd Shamir Fauzi, 28.
Dalam
kejadian kira-kira jam 4 pagi di Pantai Belimbing, Durian Tunggal, dekat sini,
rumah didiami Mohd Shamir bersama isteri, Azarita Abd Rahim, 28, ibunya Nory Md
Noor, 58, serta anak tunggal mereka, Muhammad Reza Fauzi, 2, dipecah masuk tiga
lelaki bersenjatakan parang, pisau dan pemotong besi.
Bagaimanapun,
cubaan ketiga-tiga suspek untuk menyamun rumah berkenaan gagal apabila seorang
daripada mereka cedera di kaki kiri dan seorang lagi cedera di perut akibat
terkena tembakan senapang patah dilepaskan Mohd Shamir yang turut cedera di
dahi.
Seorang
lelaki warga Indonesia berusia 37 yang ditembak di kaki, berjaya ditahan polis
kira-kira 100 meter dari rumah mangsa dalam keadaan mengerang kesakitan
manakala rakannya yang cedera di perut serta seorang lagi sempat melarikan
diri.
Mohd Shamir
berkata, sejurus dia melepaskan satu tembakan, seorang rakan penjenayah itu
yang turut berada dalam rumah, menjerit sambil membaling basikal, kerusi dan
pelbagai peralatan ke arah saya yang mengarahkan mereka menyerah diri.
Sumber:
Harian Metro Malaysia Online.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan