TO ALL MY BLOG READERS

TERIMA KASIH - شكرا لك - THANK YOU - ありがとうございました - 谢谢您 - Teşekkürler - Mulţumesc - Obrigado

Selasa, 15 Mei 2012

Kunjungan Ke Rumah Kelahiran Bung Hatta.


إدريس تالو
Idris Talu

 Bung Hatta.

Dalam suatu kunjungan ke Bukittinggi, penulis dan isteri sempat singgah di rumah ini, yang dikatakan tempat kelahiran Drs. H. Mohammad Hatta. Tarikh kelahiran beliau ialah 12 Ogos 1902. Alamat rumahnya ialah di nombor 37, Jalan Soekarno-Hatta, Bukittinggi, Sumatera barat. Beliau lebih dikenali dengan nama Bung Hatta.

Bung Hatta merupakan salah seorang proklamator kemerdekaan Indonesia. Pernah menjawat jawatan Wakil Presiden (Naib Presiden) di zaman Sukarno, tetapi meletakkan jawatan tersebut dalam tahun 1956 kerana tidak bersependapat dengan Presiden Sukarno.


Usaha membangunkan semula rumah tempat kelahiran Bung Hatta bukan sahaja sebagai penghormatan kepada tokoh nasional Indonesia kelahiran Bukittinggi ini, malah sebagai motivasi kepada seluruh warga Indonesia untuk meneruskan semangat perjuangan beliau untuk menyatupadukan Indonesia sebagai suatu bangsa yang gagah dan dihormati seluruh dunia.

 Rumah asal Bung Hatta.

 Ruang tamu.

 Salbiah di ruang makan rumah.

Bilik tidur.

 Bahagian belakang rumah.

Rumah beliau tidak menggambarkan ciri-ciri keMinangkabauannya, merupakan bentuk rumah biasa orang bandar di Bukittinggi. Ini mungkin kerana ruang yang terhad atau sebab-sebab lain yang kita tidak tahu.


Tiada ulasan:

CLICK NOW

Tajuk Kegemaran