TO ALL MY BLOG READERS

TERIMA KASIH - شكرا لك - THANK YOU - ありがとうございました - 谢谢您 - Teşekkürler - Mulţumesc - Obrigado

Jumaat, 4 Mei 2012

16 wartawan Indonesia lawat Loji Percetakan Utusan di Pulau Pinang


BUKIT MERTAJAM 4 Mei - Seramai 16 orang wartawan dari pelbagai media di Indonesia melakukan lawatan sambil belajar ke Loji Percetakan Utusan Melayu (M) Berhad di Seberang Jaya di sini hari ini.

Mereka terdiri daripada wartawan TV Indonesia, Majalah Teras, Banten Post, Warta Banten, Radio Hot FM, Kabar Banten, Jaya Pos dan Suluh Banten.

Ketibaan mereka ke loji itu disambut oleh wartawan-wartawan Utusan Malaysia dan Kosmo! serta Penyelia Pengeluaran Utusan Seberang Jaya, Tajudin Mohd. Zaini.

Taklimat ringkas mengenai operasi akhbar Utusan Malaysia dan Kosmi! kepada rombongan tersebut disampaikan oleh Penolong Ketua Biro Kosmo!, Zaki Salleh.


Ketua Persatuan Wartawan Indonesia (PWI), Firdaus Zainudin berkata, penerangan yang disampaikan itu banyak memberi maklumat yang lebih jelas mengenai operasi akhbar di Malaysia termasuk akhbar Utusan Malaysia dan Kosmo!.

Katanya, usaha yang diambil oleh PWI ini adalah baik sekali dan berharap wartawan dari Malaysia dapat membuat lawatan ke Indonesia pula selepas ini.

"Lawatan ini boleh merapatkan hubungan antara wartawan kedua-dua negara jiran," katanya. – UTUSAN

Tiada ulasan:

CLICK NOW

Tajuk Kegemaran