TO ALL MY BLOG READERS

TERIMA KASIH - شكرا لك - THANK YOU - ありがとうございました - 谢谢您 - Teşekkürler - Mulţumesc - Obrigado

Ahad, 13 Mei 2012

GP Joran popularkan negeri Terengganu


2012/05/12

 KARNIVAL memancing GP Joran dan beberapa siri pertandingan memancing lain di Terengganu berjaya meletakkan Dungun sebagai salah satu destinasi terkenal aktiviti luar bersama keluarga di negara ini, kata Pengerusi Jawatankuasa Kemudahan Awam dan Infrastruktur negeri, Datuk Za'abar Mohd Adib.

Beliau berkata, sebagai negeri yang mempunyai pesisir maritim yang luas, Terengganu pasti menjadi tarikan pemancing sama ada dari dalam mahupun luar negara, kerana selain laut negeri terkenal dengan jolokan Sang Penyu itu memiliki tasik serta sungai, sesuai dijalankan pertandingan memancing.

“Beberapa siri kejohanan memancing berprestij yang diadakan di negeri ini bukan saja membawa nama Terengganu sebagai lokasi pancing terkenal, malah menyemarakkan lagi kegiatan pelancongan, di mana memberi kesan limpahan ekonomi kepada pengusaha hotel, peniaga kecil serta pemilik bot.

“Penduduk kampung atau sekitarnya turut menerima limpahan apabila menyewa homestay, penjualan makan dan minum kepada kaki pancing yang mengambil bahagian. Begitu juga ahli keluarga pengunjung bersama-sama memeriahkan kegiatan ekonomi penduduk setempat,” katanya ketika berucap pada majlis penutup dan penyampaian hadiah Karnival Memancing GP Joran Terengganu di Kuala Dungun, Ahad lalu.

Za’abar berkata, selepas beberapa siri penganjuran pertandingan memancing dan karnival yang diadakan, daerah Dungun kini menjadi terkenal sebagai destinasi pilihan pemancing berdasarkan kedatangan tidak putus-putus kaki pancing yang menyewa bot menguji pelbagai spesies ikan bermutu.

“Berikutan acap kali spesies tenggiri paling banyak didaratkan di daerah ini, Terengganu juga sudah mewartakan Dungun sebagai Bandar Tenggiri. Ia sekali gus dapat menarik lebih ramai kaki pancing untuk menduga serta menawan spesies plagik berkenaan,” katanya.

Selain pertandingan memancing GP Joran, acara lain seperti Boat On The Road (BOTR) dan Karnival Candat Sotong Harian Metro banyak membantu kerajaan Terengganu menyemarakkan kegiatan pelancongan di negeri ini.

Sumber: Berita Harian Malaysia Online.

Tiada ulasan:

CLICK NOW

ANDA TETAMU BLOG SAYA

Tajuk Kegemaran