TO ALL MY BLOG READERS

TERIMA KASIH - شكرا لك - THANK YOU - ありがとうございました - 谢谢您 - Teşekkürler - Mulţumesc - Obrigado

Sabtu, 12 Mei 2012

Arshad Ayub, Adibah Amin Tokoh Melayu Terbilang UMNO


2012/05/12

 Tan Sri Arshad Ayub.

KUALA LUMPUR: Tan Sri Arshad Ayub dan Khalidah Adibah Amin dianugerahkan Tokoh Melayu Terbilang UMNO 2012 pada sambutan ulang tahun ke-66 UMNO di Stadium Nasional Bukit Jalil malam tadi.

Anugerah itu, yang disampaikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang juga Presiden UMNO, sebagai menghargai sumbangan mereka kepada negara dan parti.

Arshad, 84, yang juga Pro-Canselor Universiti Teknologi Mara (UiTM), terharu dan bersyukur menerima anugerah itu.

Beliau berharap orang Melayu tidak bersikap seperti kacang lupakan kulit kerana UMNO sudah banyak berkorban masa dan tenaga untuk kepentingan rakyat dan negara.

"Sehingga hari ini, saya belum jumpa bukti parti Melayu lain yang boleh menerajui negara seperti UMNO," katanya ketika ditemui pemberita.

Arshad masih aktif sebagai seorang pentadbir, khususnya dalam dunia korporat dan pendidikan, dan antara pelopor dalam pembangunan UiTM serta menjadi pengarah pertamanya pada 1967 hingga 1975.

 Adibah Amin

Khalidah Adibah, 76, pula diiktiraf Tokoh Melayu Terbilang UMNO kerana sumbangan beliau terhadap ketamadunan ilmu persuratan, kesusasteraan dan bahasa.

Anak kepada pejuang kemerdekaan Tan Sri Zainon Sulaiman atau Ibu Zain itu amat prihatin dalam mengangkat latar hidup masyarakat ke dunia penulisan. – BERNAMA.


Tiada ulasan:

CLICK NOW

Tajuk Kegemaran