Oleh RAMLI ABDUL KARIM
ARKIB : 02/09/2001
WALAUPUN rasanya amat pahit, PERIA tetap diminati ramai. Malah, ia menjadi sebahagian daripada ramuan utama dalam masakan tertentu.
Ia selalunya dimasak gulai campur ikan bilis atau udang kering atau digoreng bersama ikan dan juga dimasak taucu.
Pokok peria atau nama saintifiknya Momordica charantia L dari keluarga cucurbitaceae kecil dan memanjat.
Ia banyak terdapat di kawasan tropika. Di Semenanjung Malaysia peria ditanam di sekitar rumah atau di kebun tetapi kadang-kadang hidup liar.
Pokok peria memanjang menggunakan sulur paut manakala daunnya kecil dengan lima cuping telinga yang jelas sementara bunganya berwarna kuning.
Buah peria berbentuk meruncing di kedua-dua hujung dengan kulitnya berkedut-kedut dan berwarna hijau tua ketika masih muda.
Selain dimasak, buah muda peria selalu dibuat jeruk manakala bunganya pula boleh digunakan sebagai perisa makanan.
Bagi mengurangkan rasa pahit, biasanya buah peria yang telah dihiris direndam terlebih dahulu dengan air garam.
Peria mengandungi pelbagai zat makanan yang diperlukan oleh manusia untuk kesihatan.
Setiap 100 gram (g) peria mengandungi 0.8g protein untuk membina tisu-tisu badan, 2.9g karbohidrat untuk tenaga, 0.9g fiber untuk penghadaman dan 56 miligram (mg) kalsium untuk menguatkan gigi dan tulang.
Peria juga mengandungi 140ug karatenea beta untuk penglihatan di samping zat besi (6.1mg), fosforus (10mg) dan kalium (116mg). Ketiga-tiganya adalah garam galian untuk metabolisme yang mengekalkan fungsi badan.
Kurator Muzium Negara, Zainal Abidin Jamaluddin yang ditemui ketika Pameran Ulam dan Peram berlangsung di ibu negara bulan lalu memberitahu, ramai yang tidak mengetahui bahawa peria juga mempunyai pelbagai khasiat.
Menurutnya, buah peria muda selalunya dijadikan sebagai tonik yang berkesan untuk membersihkan darah.
``Amalan memakan peria bagus untuk pesakit darah tinggi dan kencing manis di samping merawat batuk serta mengubati cirit-birit.
``Peria juga bertindak sebagai antiradang, menurunkan panas, menyegarkan badan dan mematikan cacing,'' kata Zainal Abidin.
Tambah beliau, sama ada dimakan atau disapukan, buah peria boleh mematangkan bisul, menyuburkan rambut bayi dan menghilangkan parut luka.
``Daun peria yang ditumbuk halus bersama-sama kunyit boleh dijadikan ubat sapu untuk menghilangkan gatal akibat campak.
``Air rebusan daunnya pula boleh mengatasi masalah susah membuang air besar,'' tambah Zainal Abidin.
Orang ramai yang ingin memberi maklum balas, maklumat dan pertanyaan mengenai herba boleh mengemukakannya menerusi e-mel herba@utusan.com.my.
Source: Utusan Malaysia Online.
TO ALL MY BLOG READERS
TERIMA KASIH - شكرا لك - THANK YOU - ありがとうございました - 谢谢您 - Teşekkürler - Mulţumesc - Obrigado
Rabu, 19 Oktober 2011
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
CLICK NOW
Tajuk Kegemaran
-
KERJASAMA bersejarah di antara Malaysia Airlines System Bhd. (MAS) dan AirAsia Bhd. (AirAsia) sudahpun termeterai. Bagaimanapun, kerjasama t...
-
By Idris Ismail Talu. Hulu Sungai Gopeng merupakan suatu lokasi menarik untuk aktiviti memancing dan mandi manda kerana sungainya yang jerni...
-
Tarikh siar: 2011/07/01 SINGAPURA: Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong menyifatkan penutupan stesen kereta api KTM Berhad di Tanjong ...
-
By Idris Ismail Talu. Juadah untuk berbuka puasa biasanya terdiri dari penganan atau kuih yang agak lembut, mudah untuk dikunyah dan dih...
-
23/08/2011 IPOH 22 Ogos - Bagi memperingati sumbangan yang banyak oleh Guru Besar pertamanya, Hamdan Sheikh Tahir, Sekolah Tunku Abdul...
-
By Idris Ismail Talu Arrowhead atau ngaku, atau kentang Cina merupakan sejenis “ubi” yang lembut yang kononnnya ditanam di dalam sawah berai...
-
By Idris Ismail Talu. Di negeri Perak, buah nadir ini dinamakan sebagai buat “seralat” atau “salat” sahaja. Sementara di tempat-tempat lain ...
-
By Idris Ismail Talu Nyawa Di Hujung Pedang – begitulah namanya sebuah novel pendek berkaitan sejarah Peperangan Dunia Yang Kedua. Novel pen...
-
Teks dan gambar Kusyi Hirdan MUNGKIN ada pembaca yang sudah tahu mengenai buah perah ini. Mereka yang berada di Terengganu, Perak, Pahang da...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan