27/10/2011 5:05pm
NANNING 27 Okt. - Malaysia menandatangani perjanjian kerjasama ekonomi bernilai AS$10 bilion (AS$1 bersamaan RM3.10) dengan China semasa dialog rundingan meja bulat antara Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan pemimpin korporat terpilih China pada Ekspo China-ASEAN (CAEXPO) kelapan, yang baru berakhir.
Setiausaha Agung Sekretariat CAEXPO Zheng Junjian bagaimanapun tidak memberikan butiran lanjut mengenainya.
Dialog meja bulat pada 21 Oktober, satu program khas untuk Malaysia selaku Negara Kehormat, bermatlamat membangunkan kerjasama ekonomi dan perdagangan antara China dan Malaysia dalam semua bidang.
Najib turut menyaksikan majlis menandatangani perjanjian antara usahawan Malaysia dan China.
Ia termasuk kontrak kejuruteraan, pemerolehan dan pembinaan antara KLS Energy Sdn Bhd dan China Machinery Engineering Corp untuk projek tenaga hibrid angin/solar di Jaffna (Sri Lanka) serta JAKS Resources Bhd dan China National Technical Import and Export Corp untuk melaksanakan projek loji tenaga termal di Vietnam. Projek lain ialah Perak Transit (The Combined Bus Services Sdn Bhd) dan Xiamen King Long United Automative Industry Co Ltd selain perjanjian antara Proton Marketing Sdn Bhd dan Hawtai Motor Group.
Beliau berkata, pelbagai program yang diatur oleh Malaysia mencatat keputusan positif.
"Ia termasuk pertemuan sambil bersarapan pagi antara Najib dan Perdana Menteri China Wen Jiabao yang menjurus kepada pemeteraian projek Taman Perindustrian Malaysia-China Qinzhou, selain dialog meja bulat.
"Program-program ini membuahkan hasil yang positif,” katanya.
Beliau berkata demikian pada majlis penutupan CAEXPO kelapan, yang berlangsung dari 21 hingga 26 Oktober 2011.
Sementara itu, Malaysia memenangi tiga anugerah pada CAEXPO — Anugerah Organisasi Pameran Terbaik; Anugerah Organisasi Pembelian Terbaik; dan Anugerah Peringatan Negara Kehormat.
Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia ialah penganjur Pavalion Malaysia pada CAEXPO. – Bernama
Source: Utusan Malaysia Online.
TO ALL MY BLOG READERS
TERIMA KASIH - شكرا لك - THANK YOU - ありがとうございました - 谢谢您 - Teşekkürler - Mulţumesc - Obrigado
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
CLICK NOW
Tajuk Kegemaran
-
By Idris Talu Sesuai dengan peranan Kementerian Pelajaran Malaysia yang telah menginstitusikan elemen pembangunan akhlak mulia dalam Teras ...
-
(Oleh Tuan Haji Duan Yusof) Bahan-bahannya : Daging Segar (samada daging kerbau atau lembu)- Lebih Kurang 1 kilogram…Lobi...
-
Pembentangan Bajet 2015 oleh YAB Dato' Sri Mohd Najib. Telah didengar dengan tekun, Sedari jusa sampai pekebun, Lunaknya ba...
-
Sumber: Utusan Malaysia Online Tarikh siar: 19 Oktober 2010. KUCHING 18 Okt. - Seorang budak perempuan disahkan terkorban, dua lagi hilang ...
-
إدريس تالو Idris Talu Buah rokam - flacourtia inermis yang masih muda . Rokam - flacourtia inermis Nama Saintifikn...
-
By Idris Talu Di Perak biasa disebut “ceghopu” sementara di Negeri Sembilan disebut disebut “kecupu”. Tidak kiralah bagaimana ianya disebut,...
-
Teks dan gambar Kusyi Hirdan MUNGKIN ada pembaca yang sudah tahu mengenai buah perah ini. Mereka yang berada di Terengganu, Perak, Pahang da...
-
ARKIB : 09/02/2012 Ditulis oleh - Oleh HASHIM P. MAMAT utusanutara@utusan.com.my KUALA KANGSAR 8 Feb. Sungguhpun pepa...
-
Kisah Biasa Yang Pesara Lalui By Idris Talu Sebermula, maka tersebutlah sebuah kisah, seorang rakan penulis yang kebetulan penulis temui di ...
-
Oleh Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani Tarikh siar -2010/12/24 PROFESOR dalam bahasa Latin bermaksud seseorang yang menguasai sesuatu ilmu sama ad...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan