UTUSAN: Apakah komen Tan Sri terhadap penyenaraian FGVH seperti yang telah diumumkan oleh Perdana Menteri?
MOHD. ISA: Sebenarnya, kalau dilihat prestasi KPF yang dimiliki peneroka, ia telah meraih keuntungan sebanyak RM300 juta daripada penyenaraian MSM Malaysia Holdings Bhd. (MSM) di Bursa Malaysia pada pertengahan tahun ini. Jadi tidaklah hairan, para peneroka mahukan Felda mengulangi kejayaan ini lagi dan pengumuman Perdana Menteri tentang penyenaraian FGVH ini adalah bertepatan pada waktunya.
Ini bakal mendatangkan lagi keuntungan kepada para peneroka yang akan juga menjadi ‘rakan perniagaan’ Felda selepas penyenaraian ini.
Felda yang telah bangun seiring dengan kejayaan negara, kini bakal melonjakkan lagi pertumbuhannya pada 50 tahun kedua di mana Felda bukan sahaja pengusaha ladang yang terbesar di dunia tetapi juga akan menjadi pelaku glokal dalam perniagaan berasaskan perladangan.
Penyenaraian ini hanya melibatkan aset atau tanah milik Felda. Tanah peneroka tidak terlibat dan akan kekal milik peneroka.
Malah generasi baru akan menerima limpahan ekonomi dengan timbulnya peluang pekerjaan dan perniagaan yang bakal dijalankan di ladang hasil daripada penyenaraian ini.
UTUSAN: Boleh Tan Sri jelaskan apakah yang dimaksudkan oleh Perdana Menteri bahawa peneroka Felda akan menerima ‘durian runtuh’?
MOHD. ISA: Dari segi durian runtuh ini, insya-Allah ia akan berlaku. Cuma dari segi angkanya, itu akan diumumkan Perdana Menteri bila sampai waktunya. Kepada para peneroka, saya minta mereka bersabar menanti pengumuman berkenaan.
UTUSAN: Boleh Tan Sri jelaskan bagaimana bentuk transformasi besar yang dimahukan Perdana Menteri?
MOHD. ISA: Datuk Seri Najib mahu warga Felda berfikir di luar kotak, berpandangan jauh untuk membawa kemodenan dalam struktur Felda secara keseluruhan yang mana manfaatnya akan dinikmati oleh mereka serta generasi akan datang.
Pertumbuhan 50 tahun kedua ini jauh bezanya daripada 50 tahun pertama di mana generasi pertama hanya memerlukan tulang empat kerat yang menyaksikan transformasi pertama Felda yang bukan saja telah membangkit kedudukan sosioekonomi malah turut merubah landskap geografi negara.
Transformasi yang sedang dan akan dilalui oleh generasi kedua Felda pula bakal merubahkan landskap landasan pendapatan - yang bukan hanya dijana daripada perladangan tetapi juga daripada hasil sampingan yang berkaitan dengan ladang seperti aktiviti pertengahan dan hiliran.
Jadi di sini, generasi baru perlu melengkapkan diri dengan kemahiran dan teknologi di samping anjakan minda yang akan menentukan hala tuju 50 tahun kedua Felda seiring dengan usaha kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebagai salah sebuah negara berpendapatan tinggi yang turut meliputi penduduk di luar bandar.
UTUSAN: Bagaimana pula kedudukan KPF dalam transformasi ini?
MOHD. ISA: Buat masa sekarang, tiada pemisah di antara aktiviti komersil dan aktiviti sosioekonomi. Dengan adanya transformasi, peranan yang dimainkan oleh setiap entiti Felda telah disusun semula supaya cabang komersil dan cabang sosioekonomi akan lebih fokus dan khusus. Ini untuk kepentingan peneroka juga.
Cabang komersil Kumpulan Felda adalah FGVH sementara cabang sosioekonominya adalah Lembaga Felda. Dalam penstrukturan semula ini, KPF yang merupakan sayap pelaburan Kumpulan Felda telah dikenal pasti sebagai aktiviti komersil.
Transformasi ini akan membolehkan setiap entiti Kumpulan Felda memberi tumpuan khusus dalam aktiviti masing-masing, sama ada aktiviti komersilnya yang melibatkan pengurusan ladang termasuklah pelaburan di dalam dan luar negara ataupun aktiviti sosialnya seperti kebajikan warga peneroka, perumahan, pendidikan dan sebagainya.
Transformasi ini memerlukan peranan setiap entiti di bawah Kumpulan Felda diperkemaskan.
UTUSAN: Apakah pelan transformasi untuk tempoh 10 tahun bagi menjadikan Felda Economic Powerhouse sebelum tahun 2020?
MOHD. ISA: Kumpulan Felda bakal muncul sebagai organisasi perniagaan multinasional berasaskan agribisnes yang bersepadu dan dinamik dengan aktiviti huluan dan hiliran yang mapan yang akan memanfaatkan bukan sahaja warga peneroka malah masyarakat Malaysia dan negara.
Ini akan melibatkan penyusunan dan penstrukturan semula peranan, model perniagaan dan pegangan ekuiti dalam Kumpulan Felda yang bakal memberi manfaat yang lebih kepada warga peneroka.
Dengan populasi warga Felda yang makin meningkat, Felda sebagai Economic Powerhouse akan semakin relevan untuk menampung pertumbuhan ini.
Transformasi ini akan menggalakkan peningkatan pengeluaran dari aset perladangan serta menambah baik nilai Felda.
Generasi baru tidak perlu hanya menjadi golongan peneroka di rancangan tanah sendiri, mereka perlu keluar meneroka sumber dan sektor perniagaan dan perladangan baru di luar negara.
UTUSAN: Ada pihak berpendapat tanggungjawab sosial korporat (CSR) Felda kepada peneroka terlampau banyak sehingga tidak masuk akal seperti menyediakan perumahan untuk generasi kedua?
MOHD. ISA: Felda tidak lagi menerima bantuan daripada kerajaan dan tanggungjawab korporat yang diberikan Felda adalah hasil daripada usaha peneroka sendiri. Ini sama seperti Sime Darby atau Petronas yang menyediakan kemudahan kepada warga mereka.
Pemegang saham utama Felda ialah para peneroka jadi tidak hairanlah jika tanggungjawab korporat dipulangkan semula kepada pembangunan sosioekonomi peneroka serta generasi akan datang.
UTUSAN: Setakat mana kejayaan pendidikan bagi menjana perubahan minda dan idea kepada generasi baru Felda termasuk menjadikan mereka usahawan berjaya?
MOHD. ISA: Pembangunan modal insan amat penting dan anak-anak Felda diberikan peluang yang cukup luas untuk melanjutkan pelajaran sehingga ke peringkat tertinggi.
Ramai anak Felda yang telah berjaya dan kini mencurahkan bakti semula di tanah rancangan. Anak-anak peneroka ini bukan hanya bergantung hasil pendapatan dari perladangan sahaja tetapi turut mempelbagaikan aktiviti berkaitan perladangan yang dapat menambahkan pendapatan ataupun menggunakan teknologi terkini untuk mendapatkan pengeluaran yang efisien.
Ada juga anak peneroka walaupun berkelulusan ijazah tetapi kembali mengusahakan ladang kerana mereka dapat melihat potensi yang boleh diraih daripada hasil tanah.
Pendidikan mampu menjana perubahan minda serta idea dan dengan adanya Internet, banyak yang boleh dipelajari. Kejayaan kini menunjukkan, generasi baru Felda yang berjaya dalam pengajian tinggi adalah seramai 76,483 orang.
Mereka terdiri daripada 28,737 yang memperoleh pendidikan di peringkat ijazah dan seramai 1,567 di kalangan mereka memperoleh ijazah di peringkat kedoktoran (PhD). Seramai 47,688 generasi baru pula memperoleh pendidikan di peringkat diploma.
UTUSAN: Tan Sri, ada pihak yang berpendapat anak-anak syarikat Felda perlu kekal dengan keadaan sedia ada?
MOHD. ISA: Transformasi Felda yang akan melibatkan penyusunan dan penstrukturan semula peranan akan menyerlahkan potensi sebenar anak-anak syarikat ini yang manfaatnya bakal dinikmati para peneroka dari segi pekerjaan dan ekonomi.
Penyenaraian MSM adalah sebahagian daripada program transformasi Felda dan kejayaannya di Bursa Malaysia telah melihat ramai sama ada peneroka ataupun masyarakat Malaysia yang mahu Felda mengulangi kejayaan ini.
Keuntungan yang bakal diperolehi daripada transformasi ini merupakan pemangkin kepada pertumbuhan Felda.
Setiap warga Felda perlu melakukan transformasi ini untuk kelestarian Felda dalam 50 tahun kedua. Jika Felda kekal seperti sedia ada, ini bermakna Felda mengekang potensi pertumbuhan syarikatnya dan secara tidak langsung juga mengekangkan pendapatan dan pertumbuhan generasi baru.
UTUSAN: Patutkah Felda memberi tumpuan untuk menjawab segala tohmahan yang dibuat parti pembangkang?
MOHD. ISA: Ini berlaku kerana kejayaan peneroka Felda sebenarnya dicemburui oleh pihak lain. Selalunya kalau sesuatu rancangan yang berjaya, memanglah ada yang tak puas hati.
Bagi saya walaupun apa sahaja tohmahan, warga Felda sendiri tahu menilai antara emas dan kaca.
UTUSAN: Bagaimanakah langkah transformasi Felda ini seiring dengan penglibatan kerajaan dalam perniagaan (GRIB) sektor swasta?
MOHD. ISA: Penglibatan kerajaan dalam perniagaan sektor swasta ini adalah bertujuan untuk mencari peluang bagi menambah baik kecairan pasaran modal dan mengelakkan keadaan anti persaingan ataupun monopoli dalam sektor swasta.
Ini adalah penting untuk memastikan ekonomi Malaysia yang dipacu oleh sektor swasta adalah lebih kompetitif dan berdaya maju. Berdasarkan rasional ini, badan kerajaan yang kini menjalankan dwifungsi iaitu sebagai badan kawal selia dan juga perniagaan perlu dipisahkan.
Lebih 50 tahun lalu Felda ditubuhkan sebagai satu badan sosial kini telah menjadi satu entiti perniagaan yang berjaya.
Jadi, transformasi Felda yang memisahkan peranan antara komersil dan sosial bakal menyaksikan Felda memainkan peranan penting dalam menjayakan GRIB yang juga akan mempertingkat daya saing Kumpulan Felda.
Source: Mingguan Malaysia Online.
TO ALL MY BLOG READERS
TERIMA KASIH - شكرا لك - THANK YOU - ありがとうございました - 谢谢您 - Teşekkürler - Mulţumesc - Obrigado
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
CLICK NOW
Tajuk Kegemaran
-
By Idris Talu. Nama saintifiknya: Carica papaya. Nama lain: Kulikih, kalikih, parenghek, situkau, sampelo, kapelo, santelo (Minang), p...
-
إدريس اسماعیل تالو Idris Talu Buah pisang kebatu @ kepok @ abu. Pisang abu atau pisang kebatu ini mempunyai kulit teba...
-
By Idris Talu Petai kerayong tidak ada banyak bezanya dengan petai biasa. Petai kerayong bila matang, buah dan kulitnya menjadi keras, tida...
-
By Idris Talu Salah satu usaha ternakan di Ladang Infoternak Sungai Siput Utara ialah ternakan rusa. Usaha ini amat berjaya setakat ini....
-
By Idris Talu. Buah kasai atau dalam bahasa botaninya - “ Pometia pinnata “ - dikenali juga sebagai buah matoa di kepulauan Papua. Kasai...
-
Teks dan gambar Kusyi Hirdan MUNGKIN ada pembaca yang sudah tahu mengenai buah perah ini. Mereka yang berada di Terengganu, Perak, Pahang da...
-
إ دريس تالو Idris Talu Di Barat Semenanjung Tanah Melayu, ramai yang menyebutnya sebagai ikan tongkol atau ikan kayu . Kenapa? Mungk...
-
Kueh Pinukuik Oleh: Rita Desfitri Lukman [R@ntau-Net] MAMBUEK PINUKUIK CARO KAMPUANG Assalamu'alaikum Wr. Wb. Dek sabanta lai mungkin du...
-
Sumber: Utusan Malaysia Online Tarikh siar : 11 Oktober 2010. Oleh AINOL AMRIZ ISMAIL, FARABI SYED SHEIKH AL-JABRI, RIZANIZAM HAMID dan NORA...
-
By Idris Ismail Talu. Selepas kita membakar sampah dan dedaunan kering di kebun, biasanya tidak lama selepas itu, anak-anak pokok pucuk mera...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan