TO ALL MY BLOG READERS

TERIMA KASIH - شكرا لك - THANK YOU - ありがとうございました - 谢谢您 - Teşekkürler - Mulţumesc - Obrigado

Memaparkan catatan dengan label Pahang. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Pahang. Papar semua catatan

Selasa, 28 Disember 2010

Daftar dulu haji walaupun duit belum cukup

Tabung Haji Kuantan.

KUANTAN 28 Dis. - Umat Islam di negeri Pahang ini yang berhasrat menunaikan ibadat haji dinasihat membuat pendaftaran awal walaupun perbelanjaan untuk tujuan itu belum mencukupi.

Pengarah Tabung Haji negeri Pahang, Mohyen Mosman berkata, pendaftaran haji sentiasa dibuka kepada mereka yang berhasrat menunaikan rukun Islam kelima itu dengan bayaran minimum sebanyak RM1,300.

"Saya menggalakkan mereka yang belum mendaftar untuk menunaikan haji supaya berbuat demikian sekarang dan jangan hanya tunggu sehingga berumur lanjut atau perbelanjaan telah mencukupi.

"Masalahnya, kebanyakan bakal haji membuat pendaftaran apabila perbelanjaan mengerjakan haji telah mencukupi.

"Sebenarnya, mereka boleh mendaftar awal kerana ia akan memendekkan masa menunggu ekoran kuota yang ditetapkan adalah terhad," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan kelengkapan persekolahan kepada fakir miskin dan anak yatim di sini hari ini.

Seramai 43 pelajar sekolah rendah dan menengah menerima pakaian sekolah termasuk kasut dan wang saku sempena sesi persekolahan yang bermula minggu depan.

Menurut Mohyen, bakal haji boleh menyimpan duit sedikit demi sedikit selepas membuat pendaftaran.

"Selain itu, mereka yang terpilih perlu menghadiri kursus yang dijalankan oleh Tabung Haji sebagai persediaan untuk menunaikan Rukun Islam kelima itu.

"Sekiranya mereka menghadiri dan memberi tumpuan semasa kursus dijalankan, segala urusan di Mekah akan menjadi lebih mudah," jelasnya sambil memberitahu perbelanjaan mengerjakan haji pada masa ini sebanyak RM9,980 seorang.

Tambahnya, bakal haji juga disaran menjaga kesihatan dengan baik kerana ia merupakan faktor utama untuk menjalani ibadah tersebut dengan sempurna.

Source: Utusan Malaysia Online

UiTM Pahang pilihan rakyat dan majikan


Oleh SALEHUDIN MAT RASAD
utusanpahang@utusan.com.my


KUANTAN 28 Dis. - Universiti Teknologi Mara (UiTM) Pahang disifatkan sebagai antara institut pengajian tinggi terbaik apabila berjaya melahirkan ramai graduan bumiputera profesional dan berkemahiran tinggi bagi memenuhi aspirasi negara.

Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Mohammad Safian Ismail berkata, budaya penyelidikan dan penerokaan ilmu yang diketengahkan UiTM telah menjadikan institusi itu pilihan rakyat dan majikan.

Katanya, budaya positif itu menjadi pemangkin kepada graduan untuk meningkatkan lagi pengetahuan dan kemahiran demi pembangunan bangsa, agama dan negara.

''Pengiktirafan UiTM sebagai sebuah universiti unggul perlu dipertahankan menerusi kualiti graduan yang berdaya saing, global dan pengurusan yang mematuhi keperluan ISO 9001:2008.

''Dalam hal ini pengurusan dan pentadbiran UiTM wajar memastikan semua kehendak dan keperluan piawaian yang ditetapkan oleh ISO 9001:2008 dipatuhi," katanya ketika berucap merasmikan Hari Kualiti UiTM Pahang 2010 di Hotel De Rhu Beach Resort di sini baru-baru ini.

Hadir sama, Pengarah UiTM Pahang, Prof. Madya Dr. Hilmi Ab. Rahman.

Mohammad Safian berkata, misi UiTM mempertingkatkan bidang keilmuan dan kepakaran kaum bumiputera dalam semua bidang perlu disokong sepenuhnya oleh semua pihak di negara ini.

Katanya, matlamat itu hanya dapat dicapai menerusi program profesional, penyelidikan dan penglibatan masyarakat yang berlandaskan pada nilai-nilai murni dan etika profesional.

Tambahnya, peranan UiTM sangat besar kerana ia menyediakan peluang maksimum kepada rakyat untuk mengikuti pendidikan bertaraf profesional dalam bidang sains, industri, teknologi, perdagangan dan seni.

''UiTM menyediakan program pengajaran yang berkualiti dan inovatif serta memenuhi kehendak pasaran dan pelanggan.

''Ia sekali gus dapat memastikan produk UiTM dapat memenuhi pasaran guna tenaga manusia tempatan dan di peringkat global," ujarnya.

UiTM tambahnya, perlu mempertahankan legasi itu untuk muncul sebagai sebuah organisasi cemerlang dalam bidang pengurusan sumber manusia dan kewangan.

Source: Utusan Malaysia Online

Khamis, 17 Disember 2009

Kenangan Lama Di Kuala Lipis - 1970an

By Idris Talu

Gambar ini diambil di rumah En Hamzah (kakitangan Pejabat Pos masa itu) dan isterinya Puan Aishah (kakitangan Majlis Daerah Kuala Lipis) yang kami panggil Kak Chah saja.

Turut serta di rumah Encik Hamzah dan Kak Chah ialah En. Taufik Mohd Jamaluddin (asal dari Jerkoh, Benta - bertugas di Majlis Daerah Kuala Lipis).

Turut hadir seorang kakitangan Majlis Daerah Kuala Lipis (penulis lupa namanya).

Rumah Encik Hamzah terletak di sebelah kiri jalan untuk naik ke Pejabat Daerah Kuala Lipis, berhampiran dengan Balai Polis Baru yang bersetentangan dengan Bukit Residen, di mana terletaknya rumah residen British dahulu yang kini dijadikan Rumah Rehat yang baru.

Penulis menduduki sebuah dari dua buah rumah kuarters milik Jabatan Telekom di kala itu, di atas Bukit Residen tersebut.



Dari kiri, En. Hamzah, di tengah - En. Taufik dan penulis (paling kanan).

Penulis menyuapkan Along (Ikhwan) makan, di rumah En. Hamzah.



©IdrisTalu@2009

CLICK NOW

Tajuk Kegemaran