TO ALL MY BLOG READERS

TERIMA KASIH - شكرا لك - THANK YOU - ありがとうございました - 谢谢您 - Teşekkürler - Mulţumesc - Obrigado

Memaparkan catatan dengan label Kuala Lipis. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kuala Lipis. Papar semua catatan

Khamis, 14 April 2011

Bandar Kuala Lipis, Pahang.

By Idris Ismail Talu.

Penulis sempat merakamkan beberapa keping foto mengenai keadaan bandar Kuala Lipis, Pahang. Bandar ini pernah menjadi ibu negeri Pahang Darul Makmur suatu masa dahulu.


Suasana di Jalan Jelai
- di sisi Sungai Jelai yang mengalir di tengah-tengah bandar Kuala Lipis.




Dalam tahun 1970an dahulu, di kawasan rumah kedai ini
terletaknya sebuah stesen petrol dan lintasan keretapi.


Isnin, 21 Mac 2011

Kenangan Di Rumah En Baharum Di Kuala Lipis

By Idris Ismail Talu

Semasa berkunjung ke Kuala Lipis baru-baru ini, penulis bersama isteri dan dua orang anak telah dijemput oleh Saudara Baharum untuk bersarapan di rumahnya di kawasan Sungai Kerpan, Kuala Lipis. Kami telah dijamu dengan pelbagai kueh-mueh, mee hoon goreng, pulut tanak beserta rendangnya sekali. Hari itu penulis dan isteri nampaknya terpaksa melanggar pantang.


Penulis dan isteri diapit oleh Saudara Baharum dan isteri.

Selepas sarapan, kami bergambar kenangan - entah bila agaknya dapat ke Kuala Lipis lagi. Penulis dan keluarga sungguh terhutang budi dengan layanan yang diberikan oleh Saudara Baharum, isteri dan anaknya.



Pisang emas dibawa belayar
Masak sebiji di atas peti,
Hutang emas boleh dibayar
Hutang budi dibawa mati.

http://idristalu.blogspot.com/

Ahad, 20 Mac 2011

Kuala Lipis - Masjid Sultan Mahmud.

By Idris Ismail Talu



Pintu utama untuk memasuki Masjid Sultan Mahmud
di Kuala Lipis.



Cuaca agak mendung pagi itu.









Keindahan Masjid Sultan Mahmud, Kuala Lipis.


Kuala Lipis - Bandar

By Idris Ismail Talu.



Batu tanda jalan istimewa di Kuala Lipis.


Jalan Stesen - menghala ke stesen keretapi Kuala Lipis.


Medan Tangga, Kuala Lipis.
Dulu ianya dikenali sebagai Cross Street.


Dulunya rumah Residen British.


Pos Malaysia Kuala Lipis.



Hari Ahad, Pejabat Pos ditutup.


Khamis, 3 Februari 2011

2 maut dalam 3 kemalangan berasingan di Kuala Lipis

03/02/2011 6:54pm

KUALA LIPIS 3 Feb. – Dua maut dalam tiga kemalangan berasingan melibatkan masing-masing dua bas dan kereta serta sebuah motosikal dalam tempoh lima jam di Jalan Kuala Lipis–Merapoh, malam tadi dan awal pagi ini.

Kemalangan yang berlaku antara pukul 10.30 malam hingga pukul 3 pagi itu mengakibatkan seorang kanak-kanak, Anis Najwa Maisarah Abdul Rahim, 1, dan seorang warganegara Pakistan, Rahman Shahmin, 25, meninggal dunia di tempat kejadian. – Utusan

Source: Utusan Malaysia Online.

Rabu, 24 Februari 2010

Sekolah Orang Putih di Kuala Lipis, Pahang

Dipetik dari akhbar Mingguan Malaysia 15 Februari 1976.

Allahyarham Dr. Ishak bin Haji Muhammad atau yang lebih dikenali sebagai Pak Sako menceritakan bahawa sekolah ini dahulu nya disebut sebagai sekolah orang putih, walau pun payah hendak menjumpai seorang pun anak orang putih yang belajar di situ.

Di bawah gambar itu ditulis "Sekolah Clifford 50 tahun yang lampau", dari tahun 1976 hingga sekarang 2010 sudah pun berjarak selama 34 tahun. Ini bermakna gambar sekolah itu pada masa 84 tahun yang lalu - pada tahun 1926 - tahun banjir besar di Pahang.




Pengetua sekarang itu maksudnya tahun 1976.


Dipetik dari akhbar Mingguan Malaysia 15 Februari 1976.

Selasa, 2 Februari 2010

Sekolah Menengah Kebangsaan Clifford Kuala Lipis

By Idris Ismail Talu

Sekolah Menengah Kebangsaan Clifford di Kuala Lipis banyak menyimpan peristiwa bersejarah di negeri Pahang Darul Makmur. Ramai tokoh-tokoh terkenal negara pernah belajar di sini. Antaranya ialah Allahyarham Dr Ishak Haji Muhammad atau Pak Sako.

Mengambil nama dari salah seorang Residen British yang menjadi penasihat kepada kerajaan Pahang di zaman penjajahan dahulu. Di Kuala Kangsar Perak, terdapat sebuah sekolah mengambil nama Clifford ini.

Gambar ini penulis ambil dalam tahun 1986 dahulu.



©idrisismailtalu@2010

Isnin, 1 Februari 2010

Pejabat-Pejabat Kerajaan Kuala Lipis

By Idris Ismail Talu

Kompleks Pejabat-Pejabat Kerajaan Kuala Lipis ini, penulis ambil dari atas Bukit Residen. Gambar ini juga diambil dalam bulan April tahun 1986 dulu. Pasti telah berubah wajahnya sekarang - sudah kebih 20 tahun.



©idrisismailtalu@2010

Rumah Rehat Kerajaan di Bukit Residen Kuala Lipis

By Idris Talu

Semasa membelek album gambar lama, bersualah dengan gambar ini - gambar Rumah Rehat Kerajaan di Bukit Residen di Kuala Lipis, Pahang Darul Makmur. Gambar ini penulis ambil dengan menggunakan kamera Nikon FG pada April 1986.

Bangunan Rumah Rehat Kerajaan ini asalnya ialah rumah Residen British yang menjadi penasihat kepada kerajaan Pahang semasa penjajahan dulu. Rumah ini mencatat banyak sejarah di Pahang.






©idrisismailtalu@2010

Khamis, 17 Disember 2009

Kenangan Lama Di Kuala Lipis - 1970an

By Idris Talu

Gambar ini diambil di rumah En Hamzah (kakitangan Pejabat Pos masa itu) dan isterinya Puan Aishah (kakitangan Majlis Daerah Kuala Lipis) yang kami panggil Kak Chah saja.

Turut serta di rumah Encik Hamzah dan Kak Chah ialah En. Taufik Mohd Jamaluddin (asal dari Jerkoh, Benta - bertugas di Majlis Daerah Kuala Lipis).

Turut hadir seorang kakitangan Majlis Daerah Kuala Lipis (penulis lupa namanya).

Rumah Encik Hamzah terletak di sebelah kiri jalan untuk naik ke Pejabat Daerah Kuala Lipis, berhampiran dengan Balai Polis Baru yang bersetentangan dengan Bukit Residen, di mana terletaknya rumah residen British dahulu yang kini dijadikan Rumah Rehat yang baru.

Penulis menduduki sebuah dari dua buah rumah kuarters milik Jabatan Telekom di kala itu, di atas Bukit Residen tersebut.



Dari kiri, En. Hamzah, di tengah - En. Taufik dan penulis (paling kanan).

Penulis menyuapkan Along (Ikhwan) makan, di rumah En. Hamzah.



©IdrisTalu@2009

CLICK NOW

Tajuk Kegemaran