TO ALL MY BLOG READERS

TERIMA KASIH - شكرا لك - THANK YOU - ありがとうございました - 谢谢您 - Teşekkürler - Mulţumesc - Obrigado

Ahad, 5 Ogos 2012

Tindakan terhadap cubaan murtadkan umat Islam

Datuk Seri Jamil Khir Baharom

YAN 5 Ogos - Majlis Agama Islam Negeri melalui peruntukan enakmen sedia ada boleh mengambil tindakan undang-undang terhadap pendakwah agama lain yang cuba menyebarkan fahaman mereka kepada umat Islam.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata melalui enakmen itu, penganut agama lain tidak boleh menyebarkan agama mereka kepada orang Islam.

"Penyebaran dalam bentuk bahan bercetak, video dan penulisan tidak dibenarkan kerana akan menimbulkan rasa kurang senang umat Islam terhadap kegiatan mereka," katanya ketika mengulas isu pelancong asing yang menyebarkan fahaman Kristian di Pulau Pinang yang dilaporkan akhbar Khamis lepas.

Menurut laporan itu, dua lelaki yang dipercayai pelancong asing cuba menyampaikan ajaran agama mereka ketika umat Islam bersiap sedia untuk berbuka puasa.

Jamil Khir menasihati mereka yang menjalankan kegiatan itu agar memahami terlebih dahulu peraturan majlis agama di negara ini dan perlu mematuhinya agar tidak dikenakan tindakan undang-undang. – BERNAMA

Tiada ulasan:

CLICK NOW

Tajuk Kegemaran