TO ALL MY BLOG READERS

TERIMA KASIH - شكرا لك - THANK YOU - ありがとうございました - 谢谢您 - Teşekkürler - Mulţumesc - Obrigado

Sabtu, 4 Ogos 2012

Had usia pengeluaran penuh Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) tidak dinaikkan



IPOH 4 Ogos - Kerajaan tidak bercadang menaikkan had usia bagi pengeluaran penuh caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dari 55 tahun kepada 60 tahun.

Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berkata, keputusan kerajaan melanjutkan had usia persaraan minimum bagi pekerja swasta kepada 60 tahun baru-baru ini tidak melibatkan pengeluaran penuh KWSP.

"Pada peringkat ini, kerajaan tidak bercadang melaksanakan sistem tersebut. Mereka yang mempunyai akaun dengan KWSP boleh mengeluarkan wang tersebut pada umur 55 tahun," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menghadiri majlis penyampaian kain jubah, buah tamar dan air zam-zam kepada jawatankuasa masjid seluruh Parlimen Tambun di sini hari ini.

Tiada ulasan:

CLICK NOW

Tajuk Kegemaran