TO ALL MY BLOG READERS

TERIMA KASIH - شكرا لك - THANK YOU - ありがとうございました - 谢谢您 - Teşekkürler - Mulţumesc - Obrigado

Ahad, 5 Ogos 2012

'Serve no pork' tak jamin halal

Oleh Mohd Izham Unnip Abdullah
thaddius@bharian.com.my


Tiada hidangan babi belum pasti ikut syariat Islam


Kota Kinabalu: Ungkapan serve no pork digunakan peniaga bukan Islam di premis mereka tidak boleh dianggap sebagai halal menerusi Akta Perihal Dagangan (APD) 2011 Berkaitan Halal yang berkuat kuasa, 1 Julai lalu.

JHEAINS tak boleh ambil tindakan

Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) tidak boleh mengambil tindakan ke atas pengusaha restoran menggunakan ungkapan itu kerana tiada unsur halal cuba ditonjolkan bagi meyakinkan pelanggan mereka.

Pengecualian mengambil kira makna ungkapan itu yang tidak bermaksud meyakinkan umat Islam bahawa premis atau makanan disajikan adalah halal kerana hanya menyebut tiada babi dihidangkan di premis terbabit.

Ungkapan dituju kepada pengguna bukan Islam

Pengarah JHEAINS, Datuk Amri Suratman, berkata pengecualian itu turut mengambil kira pandangan bahawa ungkapan itu ditujukan kepada pengguna bukan Islam yang tidak memakan babi.

Katanya, umat Islam tidak harus keliru dengan penggunaan ungkapan itu kerana jelas tiada unsur halal dinyatakan dan ia seharusnya dianggap sebagai premis bukan halal yang tidak wajar dikunjungi umat Islam.
Ia berbeza dengan ungkapan ditanggung halal, kedai orang Islam, bufet Ramadan, makanan Islam atau premis memaparkan simbol Islam seperti ayat suci al-Quran yang jelas ditujukan kepada pengguna Islam.

Tak boleh dianggap halal

Premis memaparkan ungkapan serve no pork tidak boleh dianggap halal kerana walaupun tiada babi dihidangkan, bahan untuk memasak mungkin tidak menepati syarat halal seperti ayam tidak disembelih atau ada arak dijual, katanya.

Beliau berkata demikian selepas Majlis Sungkai Perdana yang dihadiri Menteri di Jabatan Ketua Menteri, Datuk Nasir Sakaran di sini, kelmarin.

Tiada ulasan:

CLICK NOW

Tajuk Kegemaran