TO ALL MY BLOG READERS

TERIMA KASIH - شكرا لك - THANK YOU - ありがとうございました - 谢谢您 - Teşekkürler - Mulţumesc - Obrigado

Isnin, 13 Ogos 2012

JANGAN BAWA SAUDARA MARA KE JAKARTA


Oleh Saharuddin Musthafa
ARKIB : 13/08/2012

JAKARTA 12 Ogos - Setiap kali menjelang lebaran, pesanan yang sering disampaikan kerajaan Indonesia kepada penduduk Jakarta ialah jangan sesekali membawa saudara-mara mereka kembali ke kota itu selepas menyambut Aidilfitri.

Seandainya amalan itu diteruskan seperti tahun-tahun sebelum ini, bandar raya Jakarta akan bertambah padat berikutan penghijrahan orang baru.

Gabenor Jakarta, Fauzi Bowo merayu kepada semua warga Indonesia yang ketika ini sudah mula sibuk pulang ke kampung halaman untuk menyambut lebaran agar prihatin dengan kepadatan di Jakarta.

Warga Jakarta jangan bawa saudara kalau kembali semula ke Jakarta. Jakarta sudah terlalu padat," kata Fauzi ketika melancarkan kempen balik kampung di sini hari ini.

Pada masa ini, jumlah penduduk Jakarta mencapai lebih daripada 9.5 juta orang dan dijangkakan pada tahun 2030, jumlah berkenaan akan meningkat kepada 12.5 juta orang.

Setiap kali sambutan Aidilfitri, Jakarta akan sepi memandangkan sebahagian besar daripada penduduk di kota itu akan pulang ke kampung halaman masing-masing.

Untuk tahun ini, biarpun Aidilfitri dijangka disambut hujung minggu ini, namun sudah ramai yang meninggalkan Jakarta sejak Sabtu lalu. – UTUSAN

Tiada ulasan:

CLICK NOW

Tajuk Kegemaran