TO ALL MY BLOG READERS

TERIMA KASIH - شكرا لك - THANK YOU - ありがとうございました - 谢谢您 - Teşekkürler - Mulţumesc - Obrigado

Isnin, 13 Ogos 2012

SUPER KINTA BAKAL JADI PUSAT TRANSFORMASI BANDAR - UTC - IPOH

Bangunan Pasar Besar Ipoh - Super Kinta di dalamnya.

Oleh AMIZUL TUNIZAR AHMAD TERMIZI
ARKIB : 12/08/2012

IPOH 11 Ogos - Bangunan pasar raya Super Kinta di sini yang ditutup sembilan tahun lalu bakal dibangunkan semula sebagai Pusat Transformasi Bandar (UTC) iaitu sebuah pusat sehenti untuk penduduk bandar mendapatkan pelbagai perkhidmatan daripada agensi kerajaan dan swasta.

Setiausaha Bahagian Kawalan dan Pemantauan Kementerian Kewangan, Datuk Bukhari Hassan berkata, pihaknya sedang membuat penilaian terhadap kesesuaian bangunan tersebut untuk dijadikan sebagai UTC Ipoh.

"Tempat ini sesuai, begitu juga dengan keluasannya. Kita akan buat penilaian rapi mengenainya dan dapatkan maklum balas berhubung kesesuaian bangunan ini selepas Hari Raya Aidilfitri.

"Jika cadangan ini menjadi realiti, ia akan menjadi UTC yang ketiga selepas di Melaka dan Kuala Lumpur," katanya kepada pemberita selepas meninjau bangunan Super Kinta itu di sini semalam.

Turut serta dalam lawatan tersebut, Datuk Bandar Ipoh, Datuk Roshidi Hashim serta pegawai-pegawai Majlis Bandaraya Ipoh (MBI).

Bukhari berkata, UTC ditubuhkan kerana kerajaan mahu memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat di bandar.

"Semua perkhidmatan kerajaan dan swastanya akan ada di sini seperti pembayaran sebarang bil termasuk saman polis, cukai dan sebagainya.

"Selain itu, tempat ini akan menyediakan kemudahan lain seperti kedai buku, Klinik Gigi 1Malaysia dan banyak lagi kemudahan lain untuk rakyat," katanya.

Sementara itu, Roshidi mengalu-alukan hasrat Kementerian Kewangan menubuhkan UTC di bangunan Super Kinta itu kerana ia akan memberikan impak besar kepada ekonomi dan pembangunan di bandar raya itu.

Tiada ulasan:

CLICK NOW

Tajuk Kegemaran