DYMM Paduka Seri Sultan Perak.
IPOH 7 Ogos - Sultan Perak Sultan Azlan Shah selamat
menjalani pembedahan bahu di sebuah hospital di London pada 30 Julai lepas.
Dalam satu kenyataan hari ini, Setiausaha Sulit kepada
Sultan Perak Kol (B) Datuk Abdul Rahim Mohamad Nor berkata baginda mengalami
kegeringan di bahu ketika berada di London.
Katanya keberangkatan baginda ke London pada 23 Julai adalah
bagi menyempurnakan tanggungjawab sebagai Ahli Lembaga Rayuan acara hoki
Olimpik London 2012 dan menghadiri Mesyuarat Lembaga Eksekutif Persekutuan Hoki
Antarabangsa (FIH) atas kapasiti baginda sebagai Presiden Persekutuan Hoki Asia
(AHF) yang dijadual berlangsung pada 8 Ogos ini.
Beliau berkata baginda akan terus berada di London untuk menjalani
rawatan pasca pembedahan dan berangkat kembali ke tanah air apabila
dinasihatkan sesuai berbuat demikian oleh pakar perubatan yang merawat baginda.
"Sama-samalah didoakan semoga baginda dilimpahkan
rahmat dari Ilahi untuk segera pulih dan kembali berada dalam keafiatan,"
katanya. – BERNAMA
Sumber: Utusan Malaysia Online.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan