05:11:02 AM
Bera: Lebih 1.5 juta pelajar institut pengajian tinggi awam
(IPTA) bakal menikmati kemudahan potongan harga ketika membeli di pasar raya
dan kedai terpilih apabila kad diskaun Siswa 1Malaysia dilancarkan September
ini.
Menteri Perdagangan dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan
(KPDNKK) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata melalui kad itu mereka
mendapat potongan sehingga 60 peratus bergantung kepada barangan yang dibeli.
Katanya, setakat ini 100 kedai sudah memberi persetujuan
menyertai skim ini antaranya pengusaha makanan, penjual buku, premis makanan
segera, menjual peralatan sukan dan komputer.
“Kad ini bertujuan meringankan bebanan penuntut di samping
membolehkan mereka membeli barangan dengan harga murah dan berpatutan.
“Inilah kaedah yang digunakan kerajaan untuk membantu
mahasiswa berbelanja secara berhemah berikutan kenaikan harga barangan sekarang,”
katanya selepas majlis penyampaian Wang Pendahuluan Pembiayaan lebih 182
pelajar dalam Parlimen Bera di Dewan UMNO Bera di sini.
Sumber: Berita Harian Malaysia Online.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan