29/08/2012 - 18:18:41 PM
Tan
Sri Profesor Dr Syed Muhammad Naquib al-Attas.
Foto - sumber internet.
KUALA LUMPUR: Perpustakaan
Institut Pemikiran Islam dan Ketamadunan (Istac) kini dikenali sebagai
Perpustakaan Syed Muhammad Naquib Ali Al-Attas bagi menghargai sumbangan tokoh
falsafah Islam dan Tokoh Melayu Terbilang 2011 itu.
Menteri di Jabatan Perdana
Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, sumbangan Tan Sri Profesor Dr
Syed Muhammad Naquib al-Attas dalam kajian mengenai tamadun Islam sangat tinggi
sehingga memberi idea kepada penubuhan Istac pada 1987.
"Tokoh ini telah
menghasilkan banyak karya berkaitan Islam sejak 1970 sehingga kini dan hasil
penubuhan Istac telah membantu penuntut universiti melakukan kajian dan
penelitian mengenai Pemikiran dan Peradaban Islam serta memberikan respon yang
kritis terhadap Peradaban Barat," katanya pada sidang akhbar selepas
merasmikan perpustakaan itu di sini, hari ini.
Turut hadir, Rektor
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Profesor Datuk Seri Zaleha
Kamaruddin dan Datuk Dr Syed Ali Tawfik Al-Attas, yang mewakili bapanya,
Profesor Dr Syed Muhammad Naquib Ali Al-Attas.
Tan
Sri Profesor Dr Syed Muhammad Naquib al-Attas.
Foto - Berita Harian.
Selain sumbangannya dalam
penulisan buku, Jamil Khir berkata, kerajaan juga amat menghargai jasa Prof Dr
Syed Muhammad Naquib dalam membuat kajian dan menyelamatkan dokumen berkaitan
Islam.
"Usaha Prof Dr Syed
Muhammad Naquib menyelamat dan membaiki lebih daripada 10,000 manuskrip dan
pelbagai dokumen serta rekod kandungan perpustakaan abad ke-16 iaitu
Perpustakaan Gazi Husrev Beg di Bosnia dan dipindahkan dalam bentuk 'microfilm'
menerusi kerjasamanya dengan seorang bekas pengajar Istac, Dr Mustafa Ceric,
harus diberi pujian," katanya.
Sehubungan itu, Jamil Khir
berkata, Istac dan UIAM harus memulihara bahan yang terdapat dalam perpustakaan
itu dengan cermat kerana koleksi berkaitan tamadun Islam itu turut diiktiraf
oleh tokoh akademik dari Universiti Oxford , Universiti Cambridge dan
Universiti Harvard.
Sementara itu, ketika
ditanya pemberita mengenai buku Irshad Manji bertajuk "Islam, Liberty and
Love", beliau berkata, ia masih disiasat Kementerian Dalam Negeri (KDN).
Irshad, wanita berfahaman
Islam liberal, turut memperjuangkan hak lesbian, gay, biseksual dan transgender
(LGBT).
Pada 30 Julai 2009, buku
Irshad bertajuk 'The Trouble With Islam Today' diharamkan mengikut Akta Mesin
Cetak dan Penerbitan 1984 kerana kandungannya mempropagandakan akidah, hukum
dan ajaran yang bercanggah dengan fahaman mazhab Ahli Sunah Wal Jamaah. –
BERNAMA
Sumber: Berita HarianMalaysia Online.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan