TO ALL MY BLOG READERS
TERIMA KASIH - شكرا لك - THANK YOU - ありがとうございました - 谢谢您 - Teşekkürler - Mulţumesc - Obrigado
Ahad, 24 April 2011
Tiada percanggahan mengenai tarian senaman poco-poco : Mufti Kelantan
Tarikh siar: 2011/04/24
KOTA BHARU: Tiada percanggahan fatwa antara Muzakarah Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan yang membolehkan tarian poco-poco dengan Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria yang mengharamkan tarian itu, kata Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad.
Beliau berkata, umat Islam harus melihat kedua-dua keputusan itu dari skop yang lebih luas dan menyeluruh sebelum memberi pandangan masing-masing. "Saya tidak nampak ia wujud percanggahan pendapat berhubung isu itu jika penilaian dibuat secara menyeluruh dan mendalam dari sudut kepentingan kepada pengamal-pengamal senaman itu," katanya di sini, hari ini.
Beliau diminta mengulas keputusan Muzakarah Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan berhubung isu itu yang memutuskan masyarakat Islam di Malaysia boleh terus mengamalkan tarian poco-poco selagi tidak bertentangan dengan ajaran Islam dan garis panduan Amalan Kebatinan Dalam Persembahan Kesenian Tradisional Masyarakat Melayu 2007.
Mohamad Shukri berkata, isu itu tidak mengelirukan umat Islam jika mereka benar-benar memahami tentang konsep dan tujuan pengamalannya.
"Mana-mana amalan boleh dilakukan umat Islam asalkan ia tidak bertentangan dengan agama Islam dan menyerupai agama lain, dan jika ia hanya melibatkan anggota fizikal untuk kesihatan," katanya.
Beliau berkata, pembabitan seseorang dalam apa juga dan menyerupai agama lain dan bertantangan dengan ajaran Islam, adalah haram.
"Tetapi dalam konteks tarian senaman poco-poco ini pada pandangan saya ia tidak bertentangan dengan ajaran Islam," katanya.
Sebelum ini, timbul keraguan apabila tarian poco-poco yang banyak diamalkan masyarakat di negara ini diharamkan oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak.
Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan, Prof Emeritus Tan Sri Dr Abdul Shukor Husin, berkata umat Islam boleh mengamalkan tarian atau senaman itu selagi mematuhi panduan termasuk etika berpakaian, tiada pergaulan bebas, mistik, ritual, kebatinan, tahyul dan khurafat yang boleh jejaskan akidah.
Bagaimanapun, jawatankuasa itu menghormati keputusan Perak mengharamkan poco-poco di negeri itu Januari lalu. – BERNAMA
Source: Berita Harian Malaysia Online.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
CLICK NOW
Tajuk Kegemaran
-
By Idris Talu It is not a surprised any more, Malaysian palm dates can bare fruits now. This amazing record took place in 1985 and it happen...
-
By Idris Talu Taman Gunung Lang is one of city attractions in Ipoh. Almost three km from city center, can be reached through Kuala Kangsar ...
-
By Idris Talu We planned to visit an Orang Asli village nearby (almost an hour boat ride). We had a small gathering as induction meeting as ...
-
By Idris Talu Pada pagi hari yang keempat di Johor Bahru. Sarapan di Johor Bahru. Sarapan pagi. Haji Mustaffa, Sdr Mohd Kahar dan Sdr Abu Ba...
-
By Idris Talu Welcome to Ulu Kenas. Situated in Kuala Kangsar district. We have to take Kuala Kangsar-Manong route to reach there. How to g...
-
By Idris Talu Sesuai dengan peranan Kementerian Pelajaran Malaysia yang telah menginstitusikan elemen pembangunan akhlak mulia dalam Teras ...
-
(Oleh Tuan Haji Duan Yusof) Bahan-bahannya : Daging Segar (samada daging kerbau atau lembu)- Lebih Kurang 1 kilogram…Lobi...
-
By Idris Talu Pagi hari yang kedua berada di Johor Bahru, selepas solat Subuh, penulis mula mengambil gambar di sekeliling Hotel Selesa. Pen...
-
Pembentangan Bajet 2015 oleh YAB Dato' Sri Mohd Najib. Telah didengar dengan tekun, Sedari jusa sampai pekebun, Lunaknya ba...

Tiada ulasan:
Catat Ulasan