Tarikh siar: 2011/04/24
ALOR SETAR: Disiplin tinggi jemaah haji Malaysia mendapat pujian kerajaan Arab Saudi sehingga dijadikan kayu pengukur disiplin jemaah dari seluruh dunia yang datang ke tanah suci untuk mengerjakan ibadah tersebut, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom.
Beliau berkata, sanjungan Arab Saudi terhadap jemaah Malaysia seharusnya dipupuk dan dipelihara sepanjang masa oleh setiap pihak yang berkaitan.
"Oleh itu jemaah dan syarikat-syarikat pengendali pakej haji tidak harus mengambil kesempatan melanggar peraturan pada musim haji untuk kepentingan diri," katanya selepas merasmikan mesyuarat agung kali ke-34 Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia cawangan Kedah di sini, hari ini.
Beliau berkata, Arab Saudi memantau pergerakan jemaah dan setiap kesalahan yang dikesan akan ditegur dalam pertemuan dengan Menteri Haji negara itu setiap tahun, dan menurutnya beliau akan berlepas ke Arab Saudi pada 1 Mei ini untuk menemui Menteri Haji (Arab Saudi).
"Apabila pulang nanti saya akan bermesyuarat dengan syarikat-syarikat pengendali haji serta Tabung Haji (TH) bagi menyampaikan teguran kerajaan Arab Saudi supaya mereka tidak melanggar peraturan walaupun didesak jemaah untuk memenuhi kepentingan mereka," tambahnya.
Jamil berkata, antara pelanggaran peraturan yang kerap dikesan ialah tidak mengikut laluan yang ditetapkan kerana hendak mencari jalan senang selain tidak mematuhi jadual perjalanan terutama semasa kemuncak haji.
Mengenai pendeposit Tabung Haji yang mencecah tujuh juta orang, beliau berkata, trend itu meningkat 10 peratus sejak 2007 hasil program Kelab Taha, yang menggalakan kanak-kanak menyimpan dalam Tabung Haji, bermula dengan hanya RM2.
"Tabung Haji adalah antara agensi yang mengeluarkan dividen tertinggi, sebanyak 5.5 peratus. Jika dicampur dengan zakat 2.5 peratus, jumlahnya adalah lapan peratus. Bank pun tidak boleh bayar sebanyak ini," katanya. – BERNAMA.
Source: Berita Harian Malaysia Online.
TO ALL MY BLOG READERS
TERIMA KASIH - شكرا لك - THANK YOU - ありがとうございました - 谢谢您 - Teşekkürler - Mulţumesc - Obrigado
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
CLICK NOW
Tajuk Kegemaran
-
KUALA LUMPUR 13 Jan. – Forum Setiakawan Malaysia-Indonesia anjuran Gabungan Persatuan Penulis Nasional Malaysia (Gapena) dan Utusan Malaysia...
-
A lovely song by Momoe Yamaguchi Momoe Yamaguchi, penyanyi legenda Jepun yang dilahirkan di Tokyo dalam tahun 1959 ini sebenarnya tidak lama...
-
(Oleh Tuan Haji Duan Yusof) Bahan-bahannya : Daging Segar (samada daging kerbau atau lembu)- Lebih Kurang 1 kilogram…Lobi...
-
Mekah & Madinah 1428H/2007 By Idris Talu Ziarah Wida' Dan Subuh Terakhir Di Madinah Sebelum Balik Ke Malaysia. Inilah saat yang pali...
-
By Idris Ismail Talu Arrowhead atau ngaku, atau kentang Cina merupakan sejenis “ubi” yang lembut yang kononnnya ditanam di dalam sawah berai...
-
Teks dan gambar Kusyi Hirdan MUNGKIN ada pembaca yang sudah tahu mengenai buah perah ini. Mereka yang berada di Terengganu, Perak, Pahang da...
-
Foto ihsan Utusan. Oleh Azman Anuar , rencana@utusan.com.my Allahyarham Tan Sri Mohamed Noah Omar meninggal dunia pada 1990. ...
-
By Idris Talu. Buah kasai atau dalam bahasa botaninya - “ Pometia pinnata “ - dikenali juga sebagai buah matoa di kepulauan Papua. Kasai...
-
Oleh ZULKIFL ABDULLAH, pengarang@utusan.com.my BANDUNG 28 Jan. - Malaysia dan Indonesia boleh membantu ASEAN menjadi kuasa ketiga terbesar d...
-
By Idris Ismail Talu. Di negeri Perak, buah nadir ini dinamakan sebagai buat “seralat” atau “salat” sahaja. Sementara di tempat-tempat lain ...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan