TO ALL MY BLOG READERS

TERIMA KASIH - شكرا لك - THANK YOU - ありがとうございました - 谢谢您 - Teşekkürler - Mulţumesc - Obrigado

Sabtu, 9 April 2011

Hentian R n R Bukit Gantang Arah Utara

By Idris Talu.

Hentian Rehat dan Rawat, Bukit Gantang (Arah Utara) merupakan salah satu R & R di sepanjang laluan Lebuhraya Utara Selatan, terletak di antara Bandar DiRaja Kuala Kangsar dan bekas ibu negeri Perak iaitu Taiping.

R & R Bukit Gantang ini sebenarnya tidak ada dalam perencanaan asal pembinaan Lebuhraya Utara Selatan. Sedangkan kawasan Bukit Gantang ini merupakan kawasan dusun-dusun durian dan buah-buahan tropika yang lainnya yang diusahakan oleh penduduk tempatan. Mereka tidak mempunyai tempat untuk menjual hasil tanaman mereka.

Oleh itu, aktiviti penjualan durian dan buah-buahan lain yang dilakukan oleh pekebun-pekebun di kawasan ini di tepi Lebuhraya Utara Selatan ini menimbulkan masalah keselamatan yang kritikal. Oleh itu, R & R ini dibina untuk memudahkan penduduk tempatan menjual hasil pertanian mereka.

Pihak berkuasa sepatutnya menyedari faedah yang sepatutnya dinikmati bersama oleh penduduk tempatan dalam setiap projek pembangunan, bukan membiarkan penduduk terkulat-kulat melihat orang dari daerah lain yang menikmati hasil pembangunan di tempat mereka.


Suasana R & R Bukit Gantang Arah Utara.

Pengguna lebuhraya santai berehat di sini.

Suasana R & R yang damai.

Pesta Durian di R & R Bukit Gantang.

Pengunjung Pesta Durian.

R & R yang cukup bersih dan selesa.

Pesta Durian.

Durian - ikon Bukit Gantang yang signifikan.

Gerai-gerai jualan di R & R Bukit Gantang.

Buah-buahan tempatan.

Durian Bukit Gantang.

Memasak lempok di Bukit Gantang.

Buah-buahan tempatan di Bukit Gantang.

Kawasan berehat yang cukup bersih dan menarik.

Dusun di R & R Bukit Gantang.

Pohon-pohon durian yang cantik di R & R Bukit Gantang.

Dusun-dusun di sepanjang Lebuhraya Utara Selatan

http://idristalu.blogspot.com/

Tiada ulasan:

CLICK NOW

ANDA TETAMU BLOG SAYA

Tajuk Kegemaran