MELAKA 28 April – Kerajaan negeri menganugerahkan sebidang tanah seluas empat hektar bagi membina penempatan saudara baru Muslim yang akan diuruskan oleh Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim) di Kampung Lesung Batu, Alor Gajah.
Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam berkata, penempatan baru itu akan dibina beberapa infrastruktur seperti sebuah bangunan yang mempunyai 50 pintu sebagai rumah kediaman, kedai, sekolah tadika, surau, sekolah agama dan beberapa kemudahan lain.
‘‘Kerajaan negeri memberikan tanah untuk dijadikan penempatan baru saudara baru Muslim bertujuan mereka yang hidup dalam keadaan daif dan susah dapat menjalani kehidupan sempurna seperti orang lain,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan majalah Sinar Perkim di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC0 Ayer Keroh di sini hari ini.
Turut hadir ialah Setiausaha Agung Kehormat Perkim, Tan Sri Dr. Abd. Hamid Othman dan Pengerusi Perkim negeri, Abu Pit.
Mohd. Ali berkata, saudara baru Muslim yang tidak mempunyai rumah boleh menyewa rumah kediaman yang akan dibina itu dengan kadar sebanyak RM50 sebulan.
Di samping itu, katanya, penempatan baru yang akan dikenali sebagai Taman Saudara Muslim itu membolehkan aktiviti dakwah dapat dilaksanakan sebagai panduan kepada mereka menjalani kehidupan sebagai Muslim yang baik.
Mengenai penerbitan majalah Sinar Perkim pula, beliau berkata, ia adalah langkah tepat untuk menyebarkan mengenai maklumat terkini mengenai sebarang kegiatan dan aktiviti yang dilakukan oleh pertubuhan itu.
‘‘Melalui Sinar Perkim banyak lagi perkara yang boleh disebarkan bagi mengelakkan sebarang kekeliruan fakta khususnya kepada orang ramai dan saudara baru Muslim,” katanya.
Majalah itu juga, katanya, boleh digunakan oleh Perkim untuk berdakwah selain memuatkan bahan-bahan seperti rencana berunsur ilmiah, nasihat, soal jawab agama dan sebagainya.
Source: Utusan Malaysia Online.
TO ALL MY BLOG READERS
TERIMA KASIH - شكرا لك - THANK YOU - ありがとうございました - 谢谢您 - Teşekkürler - Mulţumesc - Obrigado
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
CLICK NOW
Tajuk Kegemaran
-
Kenangan wuquf di Arafah dalam tahun 2007. Kami sampai agak awal ke Arafah, penduduk tempatan Makkah baru tiba, belum pun mendirikan khemah...
-
KERINDUAN pada masa lalu merebak di kalangan kulit putih Orania di Afrika Selatan yang melaksanakan dasar Apartheid terhadap warga kulit hit...
-
By Idris Talu It is not a surprised any more, Malaysian palm dates can bare fruits now. This amazing record took place in 1985 and it happen...
-
Sumber: Berita Harian Malaysia Online . Tarikh siar: 2010/09/28 NEW YORK: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak melawat Bursa Saham New Y...
-
Hampir semua orang menyadari betapa pentingnya ilmu dalam kehidupan seseorang. Namun begitu, berapa ramaikah yang benar-benar berusaha melen...
-
Penulis coba mencari yang berbahasa Arab atau Inggeris, tetapi belum dijumpai . Video - courtesy Youtube .
-
By Idris Talu Mufti Kerajaan Negeri Perak Darul Ridzuan yang penulis hormati dan kagumi kerana keilmuannya, kediplomasian beliau, dan dedika...
-
By Idris Ismail Talu. Keluarga kecil Idris Talu menyambut Hari Raya Aidil Fitri 1431 Hijriah secara cukup sederhana sekali. Alhamdulillah se...
-
Naskhah akhbar Utusan Melayu keluaran 06 September 2010. Mengikut data terkini (tahun 2010) penduduk Malaysia berjumlah 28.9 juta orang. Per...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan