2011/04/08
KUALA LUMPUR: Dalang di sebalik telur tiruan akan dikenakan tindakan mengikut Akta Perlindungan Pengguna 1999 dan juga akta lain yang mungkin berkaitan.
Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Tan Lian Hoe, berkata langkah itu bagi mengekang kegiatan tersebut daripada tersebar ke seluruh negara. "Pegawai kami masih di akar umbi bagi menyiasat perkara ini dan kami berharap dapat menahan dalang di sebalik kegiatan ini secepat mungkin kerana kita tidak mahu mengorbankan nyawa pengguna demi keuntungan mereka," katanya kepada pemberita, di sini hari ini. Beliau ditemui selepas penyampaian cek bernilai RM10,000 sumbangan Wanita Gerakan kepada mangsa gempa bumi dan tsunami Jepun.
Tan turut meminta pengguna membuat laporan segera jika mengetahui kegiatan itu wujud di tempat mereka.
"Sebagai pengguna mereka patut tampil melaporkan kepada kementerian dan pada masa yang sama memboikot perniagaan seperti ini kerana ia tidak beretika," katanya.
Semalam, pegawai penguatkuasa kementerian itu merampas 270 biji telur tiruan daripada beberapa gerai di Pasar Pulau Tikus, Pulau Pinang susulan dakwaan telur tiruan dijual di situ. - BERNAMA
Source: Berita Harian Malaysia Online.
TO ALL MY BLOG READERS
TERIMA KASIH - شكرا لك - THANK YOU - ありがとうございました - 谢谢您 - Teşekkürler - Mulţumesc - Obrigado
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
CLICK NOW
Tajuk Kegemaran
-
Kenangan wuquf di Arafah dalam tahun 2007. Kami sampai agak awal ke Arafah, penduduk tempatan Makkah baru tiba, belum pun mendirikan khemah...
-
KERINDUAN pada masa lalu merebak di kalangan kulit putih Orania di Afrika Selatan yang melaksanakan dasar Apartheid terhadap warga kulit hit...
-
By Idris Talu It is not a surprised any more, Malaysian palm dates can bare fruits now. This amazing record took place in 1985 and it happen...
-
Sumber: Berita Harian Malaysia Online . Tarikh siar: 2010/09/28 NEW YORK: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak melawat Bursa Saham New Y...
-
Hampir semua orang menyadari betapa pentingnya ilmu dalam kehidupan seseorang. Namun begitu, berapa ramaikah yang benar-benar berusaha melen...
-
Penulis coba mencari yang berbahasa Arab atau Inggeris, tetapi belum dijumpai . Video - courtesy Youtube .
-
By Idris Talu Mufti Kerajaan Negeri Perak Darul Ridzuan yang penulis hormati dan kagumi kerana keilmuannya, kediplomasian beliau, dan dedika...
-
By Idris Ismail Talu. Keluarga kecil Idris Talu menyambut Hari Raya Aidil Fitri 1431 Hijriah secara cukup sederhana sekali. Alhamdulillah se...
-
Naskhah akhbar Utusan Melayu keluaran 06 September 2010. Mengikut data terkini (tahun 2010) penduduk Malaysia berjumlah 28.9 juta orang. Per...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan