
Oleh Siti Zarinah Sahib , sitizarinah@hmetro.com.my
TARIKAN hantaran bukan saja terletak pada hiasan, tetapi pengisian digunakan. Kini penggunaan barang berteknologi seperti telefon bimbit, kamera digital dan komputer tablet memecah tradisi dalam pemberian hantaran untuk perkahwinan. Bagi pasangan yang inginkan kelainan, pemberian buku juga dilihat sebagai unik, jarang digunakan serta bermaklumat untuk pasangan.



“Penampilan hantaran lain daripada lain pastinya memeriahkan lagi majlis perkahwinan. Ini kerana selain pengantin, barang hantaran sering menjadi tumpuan utama dan ditunggu-tunggu tetamu. Hantaran yang menyerlah tentunya menjadi ikutan untuk majlis seterusnya,” katanya.



Untuk menambah kemasan pastikan buku disusun secara berdiri mengikut ukuran besar dan kecil. Kemudian ikat riben mengikut cita rasa masing-masing.
Terima kasih Zaifie Zainal Creation Bridal Gallery, Cheras Kuala Lumpur atau layari laman sesawang www. zaifiezainal.blogspot.com
Source: Harian Metro Malaysia Online.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan