Papan tanda nama bandaraya Ipoh telah dipasang di atas bukit batu kapur di pinggir Jalan Kuala Kangsar - di belakang sebuah stesen minyak.
Walau pun tidak sebesar yang terdapat di Hollywood, papan tanda nama ini cukup gah terutamanya di waktu malam, kerana ianya disuluh cahaya lampu yang terang.
Papan nama Ipoh di Jalan Kuala Kangsar.
Saya baru berkesempatan mengambil gambar dari sebelah Utara. Insya Allah akan mengambil yang dari sebelah Selatan pula - berhampiran Gopeng (orang di Gopeng kata Gopenhagen dekat-dekat dengan Copenhagen (København) Denmark).
Betul-betul di belakang stesen minyak ini.
Ianya boleh dilihat oleh pengguna lebuhraya PLUS dari arah Utara, sebaik saja anda melintasi jejantas ke Meru Raya. Agak kecil kelihatan dalam foto di bawah:
Lebuhraya PLUS dekat rumah penulis di Ipoh.
©idristalu@2009
Tiada ulasan:
Catat Ulasan