By Idris Talu
Pejam celik, pejam celik, Ramadhan sudah menghampiri kita. Pada masa dahulu, sebelum kemudahan telefon selular berkembang maju, kawasan Pasir Panjang di daerah Manjung tidak mempunyai liputan selular lagi.
Telekom Malaysia sudah mempunyai liputan perkhidmatan menggunakan ATUR dengan menggunakan stesen radio di Changkat Keruing.
Oleh itu, setiap kali Jawatankuasa Melihat Anak Bulan Negeri Perak melakukan tinjauan anak bulan Ramadhan atau Syawal, Telekom Malaysia memberikan bantuan teknikal ini, iaitu kemudahan perhubungan antara Jawatankuasa Negeri dengan Jawatankuasa Peringkat Pusat untuk memaklumkan keputusan penglihatan anak bulan pada hari itu.
Sekarang saya tidak pasti, tambahan pula kini, kemudahan selular sudah tidak menjadi masalah lagi.
Biasanya kami bertolak dari Ipoh semasa waktu Zohor dan tiba di Pasir Panjang sebelum masukknya waktu Asyar. Kami akan sembahyang berjemaah dengan orang ramai yang datang untuk melihat anak bulan (samada Ramadhan atau Syawal) di sebuah surau di tepi pantai yang panjang di situ.
Untuk pengetahuan ramai, masa dahulu, Pantai Pasir Panjang tidak berpenghuni. Sekarang saya tidak pasti.
Jika waktu melihat anak bulan Ramadhan, selalunya terlalu ramai yang datang ke situ. Antara yang datang, selain ahli jawatakuasa melihat anak bulan, ialah para pelajar dari pusat pengajian tinggi yang terdapat di negeri Perak - untuk membuat tugasan praktikal mereka. Biasanya satu universiti, sebuah bas yang datang.
Kalau untuk melihat anak bulan Syawal, pengunjungnya berkurangan kerana biasanya pelajar akan bercuti balik kampung untuk persediaan hari raya.
Biasanya, selesai solat Asyar berjemaah, Dato' Mufti akan memulakan kuliah agama untuk semua umat Islam yang hadir. Kandungan kuliah bergantung kepada keperluan ummah semasa.

Yang Berbahagia, Dato Mufti, Dato' Haji Harussani, menyampaikan kuliah agama kepada hadirin yang datang untuk bersama-sama untuk melihat anak bulan Ramadhan.
Pihak Bekalan Air membawa air khas untuk jemaah berwuduk kerana di sini semasa itu belum ada bekalan air, kecuali dari sebuah telaga.
Dato' Seri Mufti memberikan kuliahnya.
Tuan Haji Kamarul, Allahyarham Zambry dan En Megat.
Saya bersama dengan Allahyarham Zambry.
Saya, En. Mohammad Anuar Hj Salleh dan En. Kuchi Muhammad.
Di waktu yang lain pula, bersama Tuan Haji Hassan Suhaimi dan En. Kuchi Muhammad, membantu memberikan kemudahan perhubungan telefon kepada Jawatankuasa Melihat Anak Bulan Negeri Perak di Pasir Panjang, Manjung.
©IdrisTalu@2009
Tiada ulasan:
Catat Ulasan