TO ALL MY BLOG READERS

TERIMA KASIH - شكرا لك - THANK YOU - ありがとうございました - 谢谢您 - Teşekkürler - Mulţumesc - Obrigado

Jumaat, 10 Julai 2009

Ipoh - Majlis Perpisahan Dengan TOMA Perak

By Idris Talu

Majlis ini diadakan oleh kawan-kawan serta bos-bos saya semasa di TOMA Perak dahulu. TOMA (Transmission Operation & Maintenance Area) Perak, merupakan satu bahagian besar dalam Telekom Malaysia (TM).

Bahagian ini ditugaskan untuk mampastikan semua peralatan telekomunikasi milik TM dan syarikat-syarikat yang diselenggarakan oleh TM seperti TV3, NT7 dan sebagainya sentiasa berada dalam keadaan terbaik.

Saya agak lama (lebih 30 tahun) berada di bidang Transmission ini. Keadaan memerlukan saya dipindahkan ke bahagian jualan (Sales & Marketing). Saya terima dengan rasa syukur.



AGM kami En. Radin menyampaikan ucapan perpisahan untuk saya.

Sedih jugak....

Bos - bos saya di TOMA Perak perihatin dengan ucapan En. Radin
Selesai ucapan demi ucapan perpisahan, saya dihadiahkan sebuah cerderamata/cenderahati oleh bos-bos serta rakan-rakan di TOMA Perak. .

En. Radin menyampai hadiah tersebut kepada saya.

Hadiah ini menjadi kenangan yang abadi dalam hidup saya

Selesai berucap, selesai beri cenderamata, kita pun sorulah.....

Makan-makan, minum-minum. Jamuan diuruskan oleh Tuan Haji Kamarul Bahrin - juga bekas anggota TOMA Perak.

Kenangan bersama-sama "bunga-bunga" TOMA Perak. Budi dan jasa anda semua tidak dapat saya lupakan!



©idristalu@2009

Tiada ulasan:

CLICK NOW

Tajuk Kegemaran