TO ALL MY BLOG READERS

TERIMA KASIH - شكرا لك - THANK YOU - ありがとうございました - 谢谢您 - Teşekkürler - Mulţumesc - Obrigado

Isnin, 28 Mei 2012

Tahun Melawat Perak 2012 - Tempat-Tempat Menarik Di Ipoh


إدريس تالو
‎Idris Talu


Sempena kempen Tahun Melawat Perak 2012, tempat-tempat terkenal dan bersejarah yang terdapat di bandar Ipoh, yang patut kita ketahui ialah:-

 Masjid Sultan Idris Shah II atau dikenali juga dengan nama Masjid Negeri.

Bangunan Perak Darul Ridzuan

Bangunan Sri Perak darul Ridzuan.

Mahkamah Syariah Negeri Perak.

Stesen Keretapi Ipoh.

Dewan Bandaran Ipoh.

Muzium Darul Ridzuan.


Ahad, 27 Mei 2012

Tony Fernandes pindah ke Jakarta


Oleh SAHARUDIN MUSTHAFA, saharudin.musthafa@utusan.com.my

JAKARTA 26 Mei - Dalam usaha meluaskan operasi perniagaan AirAsia di peringkat Asia khususnya di Indonesia, Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Berhad, Tan Sri Tony Fernandes akan berpindah ke kotaraya ini.

Usahawan ternama Malaysia yang mengasaskan syarikat penerbangan tambang rendah itu dijangka ke ibu negara Indonesia ini dalam tempoh dua minggu akan datang.

Tokoh korporat itu bertanggungjawab melonjakkan populariti AirAsia ke peringkat global bermula dengan dua buah pesawat dan kini meningkat kepada 110 buah pesawat dalam tempoh sedekad mengambil alih kedudukan Penerbangan Malaysia (MAS).

Syarikat penerbangan itu juga akan membuka sebuah pejabat serantau di Jakarta sementara Malaysia akan terus kekal sebagai ibu pejabat AirAsia.

Hasrat Tony untuk berpindah ke kotaraya metropolitan ini dilaporkan dalam akhbar The Jakarta Post hari ini.

AirAsia melalui perkembangan yang menakjubkan dalam industri penerbangan bermula dengan laluan domestik sebelum merentasi negara-negara serantau seperti Indonesia, Thailand dan terbaru ke Filipina dan Jepun.

Pada masa depan, Tony berhasrat untuk mewujudkan kerjasama konsep penerbangan yang serupa dengan rakan perniagaan di Korea Selatan, Vietnam dan negara-negara di Timur Tengah.

"Saya telah banyak terikat dengan operasi di Malaysia," kata Tony kepada wartawan di Toulouse, selatan Perancis di mana beliau menerima pesawat ke-100 Airbus SAS A320.

Kata Tony lagi: "Saya juga perlu melihat pasaran Jepun dan Indonesia".

Menurut Tony, bakal menyertai beliau ke pejabat serantau di Jakarta kelak ialah 20 kakitangan dari ibu pejabat AirAsia di Kuala Lumpur untuk membantu mengendalikan strategi pemasaran serantau.

Syarikat penerbangan AirAsia juga kata Tony, telah membuat tempahan sebanyak 200 buah pesawat A320 neo sebagai persediaan untuk usaha meluaskan lagi laluan penerbangan.

Beliau juga tidak menolak kemungkinan melakukan tambahan tempahan pesawat Airbus single-aisle.

Akhbar itu turut melaporkan, keputusan Tony untuk berpindah dibuat susulan daripada keputusan Khazanah Nasional Bhd. yang mengumumkan pembatalan perjanjian pertukaran saham antara MAS dan AirAsia Bhd. setelah gagal mendapat sokongan pemegang kepentingan untuk meneruskan usaha sama itu.

Sebelum ini, pada Julai tahun lalu, Tony pernah memberi kenyataan kepada media Indonesia bahawa AirAsia bakal memindahkan ibu pejabatnya bagi kawasan serantau dari Kuala Lumpur ke Jakarta.

Ia terkandung dalam strategi terbaru syarikat penerbangan itu untuk memperluaskan dan memperkukuhkan kedudukan AirAsia di rantau ini.

Bagaimanapun, syarikat berkenaan kemudiannya menafikan laporan tersebut dengan memberitahu ibu pejabat syarikat penerbangan itu akan terus berlokasi di Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT) di Sepang. – MINGGUAN

Kumpulan Pertama Penerbangan LTSM – Jeddah.


450 ke Mekah
Oleh ISWAN SHAFIQ MAT ISA, utusanterengganu@utusan.com.my



KUALA TERENGGANU 26 Mei - Seramai 450 jemaah yang berangkat ke Tanah Suci Mekah bagi menunaikan umrah awal pagi ini menjadi kumpulan penumpang pertama yang menggunakan perkhidmatan penerbangan terus dari Lapangan Terbang Sultan Mahmud (LTSM) ke Jeddah.

Penerbangan menggunakan pesawat Airbus 350 itu berlepas dari LTSM kira-kira pukul 3.50 pagi.

Hadir menyaksikan pelepasan jemaah umrah itu ialah Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said dan Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Penerangan negeri, Khazan Che Mat.

Penerbangan itu susulan daripada termeterainya memorandum persefahaman (MoU) antara kerajaan negeri dengan syarikat penerbangan Saudi Arabian Airlines bagi meningkatkan pengendalian urusan umrah dan haji secara terus dari sini pada 19 April lalu.

Kerjasama strategik itu juga sebahagian daripada usaha kerajaan negeri menjadikan Terengganu sebagai hab umrah dan haji di Pantai Timur dengan kemudahan lebih luas untuk rakyat menunaikan ibadat itu.



‘Terima kasih PM peluang masuk UiTM'


Oleh Mohd Idris Sulaiman, bhnews@bharian.com.my

2012/05/27

 NUR ZAKIAH memeluk ibunya, Salmah Ali Sahab sebagai tanda gembira kerana menerima tawaran melanjutkan pelajaran dalam program Mengubah Destini Anak Bangsa (MDAB).

Program MDAB bantu pelajar miskin ke IPTA

SERI ISKANDAR: “Terima kasih PM (Perdana Menteri), ” kata Nur Zakiah Jamaluddin, 18, yang berpeluang mengikuti pengajian Pra-Universiti Program Mengubah Destini Anak Bangsa (MDAB) di Universiti Teknologi MARA (UiTM) di sini.

Nur Zakiah, anak pemandu lori menzahirkan kegembiraan itu kerana dapat belajar di UiTM Kampus Seri Iskandar secara percuma sekali gus memenuhi impian belajar ke institusi pengajian tinggi awam (IPTA).

Program yang diilhamkan oleh Datuk Seri Najib Razak itu berjaya memberi kesempatan kepadanya dan penuntut lain khususnya dari keluarga berpendapatan rendah memasuki universiti.

Nur Zakiah berkata, sebelum ini beliau telah ditawarkan ke kolej swasta, namun terpaksa ditolak kerana tidak mampu untuk membiayai yuran pengajian serta perbelanjaan sara hidup ketika pengajian.

“Dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) lalu, saya tidak mendapat sebarang A, justeru program UiTM medan terbaik saya menebus kekecewaan lalu,” katanya kepada Berita Minggu pada majlis penyerahan surat tawaran program MDAB di UiTM Perak kelmarin.

Majlis itu disempurnakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Blanja, Datuk Mohd Zaim Abu Hasan yang turut dihadiri oleh Ahli Parlimen Parit, Mohd Nizar Zakaria.

Program MDAB itu usaha sama Gerakan Destini Anak Bangsa (GDAB) untuk memberi ruang kepada Bumiputera kurang berkemampuan menimba ilmu di peringkat tertinggi.

Nur Fatihaizma Sabaruddin, 18, berkata program MDAB mengubat kekecewaan untuk meneruskan pengajian kerana gagal mencapai keputusan yang cemerlang dalam SPM tahun lalu.

“Sebelum ini, saya rasa agak sedih dan terkilan kerana tidak mendapat sebarang tawaran belajar ke mana-mana tempat.

“Dengan adanya program seumpama ini memberi peluang kepada saya membuktikan saya juga mampu berjaya sehingga ke peringkat lebih tinggi.

“Saya mahu membanggakan keluarga dan mengubah nasib keluarga yang berkorban untuk saya. Terima kasih terutama kepada PM kerana mengilhamkan program seumpama ini, " katanya.


CLICK NOW

Tajuk Kegemaran